Muzik@Ria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Muzik@Ria merupakan satu rancangan berbentuk hiburan yang terdapat dalam saluran Astro Ria. Rancangan ini dihoskan oleh Yasmin Hani, seorang pengacara yang terkenal di Malaysia. Muzik@Ria kini telah memasuki musim keenam di Astro.

Rancangan ini berkeudara selama satu jam.Rancangan ini menawarkan pelbagai klip video pilihan yang mana penonton boleh mengundi lagu pilihan mereka untuk ditayangkan di rancangan ini.Penonton juga boleh mengirim e-mel kepada pengacara untuk dibacakan.

Terdapat juga klip video yang pertama kali ditayangkan secara ekslusif di Muzik@Ria yang mana klip vido ini tidak pernah ditayangkan di mana-mana stesen televisyen di Malaysia sebelum ini.

Selain itu terdapat juga info mengenai klip video serta artis.Terdapat juga selebriti-selebriti yang dijemput ke studio yang membincangkan mengenai perkembangan terbaru mereka mengenai muzik dan album baru.

Dalam rancangan ini juga diselitkan 10 lagu yang mendapat pilihan pendengar radio tertinggi menerusi Carta Era, sebuah carta lagu yang popular dari radio Era FM.