Pergi ke kandungan

Muzium Besar Mesir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muzium Besar Mesir
المتحف المصري الكبير
Pintu masuk Muzium Besar Mesir
Muzium Besar Mesir yang terletak di Mesir
Muzium Besar Mesir
Lokasi di Mesir
Maklumat umum
JenisMuzium arkeologi, muzium sejarah
Gaya seni binaModen
LokasiGiza, Kaherah Raya
AlamatEl Remayah Sq., Cairo-Alex. Road, Giza Sunting nilai ini di Wikidata
NegaraMesir
Koordinat29°59′37″N 31°7′11″E Sunting ini di Wikidata
Pembinaan bermula12 Mac 2012 (2012-03-12)[1]
Disiapkan padaFebruari 2023
Dibuka pada
  • Oktober 2024 (Akses Terhad)[2]
  • November 2025 (akses penuh yang dirancangkan)[3][4]
Dirasmikan pada1r November 2025 Sunting nilai ini di Wikidata
Pembiayaan$1 bilion[5]
Pelanggan/klienKementerian Kebudayaan Mesir
PemilikKerajaan Mesir
Butiran teknikal
Keluasan tingkat490,000 meter persegi (5,300,000 ka2)[6]
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekHeneghan Peng
Jurutera penstrukturanArup
Jurutera perkhidmatanBuro Happold
Pereka bentuk lainAtelier Brückner
Kontraktor utamaOrascom Construction/BESIX
Tapak web
visit-gem.com
Facebook: GrandEgyptianMuseum Twitter: GrandEGMuseum Instagram: grandegyptianmuseum Youtube: UCyMqfRvXJWj0G81PukB19yg Youtube: GrandEgyptianMuseum Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Muzium Besar Mesir (bahasa Inggeris: Grand Egyptian Museum, GEM; Arab Mesir: المتحف المصري الكبير, rumi: al-Matḥaf al-Miṣriyy al-Kabir; Jawi: موزيوم بسر مصر) ialah sebuah muzium arkeologi yang terletak di Giza, Mesir. Ia juga berfungsi sebagai muzium kebangsaan Mesir. Ia merupakan muzium terbesar di dunia bagi satu tamadun sahaja.[7][8] Ia terletak kira-kira dua kilometer (1.2 batu) dari Kompleks Piramid Giza.

Muzium ini diumumkan pada tahun 1992[7] tetapi pembinaan sebenar bermula pada tahun 2005,[9] dan siap sepenuhnya pada tahun 2023[10] dengan kos sebanyak RM5.0 bilion atau AS$1.2 bilion.[11] Pembukaan percubaan bermula pada Oktober 2024, dan pembukaan rasmi berlangsung pada 1 November 2025.[12]

Muzium ini menempatkan koleksi artifak Mesir dari pelbagai zaman tamadun Mesir, dari Zaman Pradinasti hingga Mesir Rom, dengan jumlah anggaran lebih daripada 100,000 artifak,[13] termasuk sekurang-kurangnya 20,000 yang akan dipamerkan buat kali pertama, antaranya koleksi lengkap Raja Tutankhamun yang merangkumi 5,398 buah objek.[14] Koleksi Tutankhamun dipamerkan di ruang seluas 7,500 m2 di dalam muzium tersebut.[15] Beberapa artifak yang baru dipulihara juga akan dipamerkan buat kali pertama, seperti kapal suria kedua milik Khufu,[16] koleksi Permaisuri Hetepheres (ibunda kepada Raja Khufu),[17] dan koleksi Yuya dan Thuya (ibu bapa kepada Permaisuri Tiye).

Muzium ini meliputi kawasan seluas 500,000 m2[18][19] (5,381,955 kaki persegi), dengan keluasan binaan 167,000 m2[20] (1,797,573 kaki persegi) dan lantai 81,000 m2[21] (872,000 kaki persegi). Ia juga mempunyai galeri pameran tetap, pameran sementara, pameran khas, muzium kanak-kanak serta skrin berformat besar dan maya dengan jumlah keluasan lantai 32,000 m2 (344,445 kaki persegi).

Muzium ini dibina melalui usaha sama antara syarikat Mesir, Orascom Construction, dan kumpulan BESIX dari Belgium.[22]

Idea untuk menubuhkan Muzium Besar Mesir bermula pada awal tahun 1990-an melalui Farouk Hosni, yang berkhidmat sebagai Menteri Kebudayaan dari tahun 1987 hingga 2011. Menurut Hosni, Muzium Mesir di Dataran Tahrir telah menjadi ketinggalan zaman dan “Setiap kali saya melawat muzium itu, ia memberi saya sakit kepala dan kemurungan, dan kerja pemuliharaannya satu malapetaka”.[23]

Projek ini dilancarkan secara rasmi oleh kerajaan pada tahun 1992 di bawah Presiden Hosni Mubarak, yang mengumumkan rancangan untuk membina sebuah muzium baharu bagi menempatkan koleksi artifak yang lebih besar dan menghimpunkan khazanah-khazanah purba. Pada tahun 2002, batu asas projek tersebut telah diletakkan,[24] dan pada tahun 2005 kerja pembinaan sebenar bermula.[25]

Pembukaan dan penangguhan

[sunting | sunting sumber]

Pembukaan Muzium Besar Mesir telah beberapa kali ditangguhkan:

  • 2020–2021: Muzium Besar Mesir dijadualkan untuk dibuka pada tahun 2020, namun ditangguhkan ke 2021 akibat pandemik COVID-19 yang menjejaskan persiapan dan logistik.[26]
  • 2021–2023: Setelah penangguhan dari 2020 ke suku terakhir 2021 akibat pandemik, muzium menghadapi kelewatan tambahan kerana cabaran logistik yang berterusan, termasuk penyempurnaan pembinaan, pemindahan artifak, dan persediaan operasi percubaan. Pengumuman dibuat bahawa pembukaan rasmi akan ditangguhkan ke akhir tahun 2022 atau awal tahun 2023,[27] dengan operasi percubaan terhad dijangka bermula dalam tempoh tersebut.[28] Ketua Kesatuan Pemandu Pelancong Mesir, Basem Halaka, menyatakan bahawa muzium ini akan dibuka pada akhir tahun 2023.[29]
  • 2023–2024: Menteri Pelancongan Ahmed Issa menyatakan bahawa pembukaan Muzium Besar Mesir akan diadakan pada bulan Mei 2024.[30] Hal ini tidak berlaku, namun muzium dibuka untuk tempoh percubaan kepada empat ribu pengunjung pada Oktober 2024.[31][32][33] Selepas itu, tarikh pembukaan rasmi ditetapkan pada 3 Julai 2025.[34]
  • 2025: Kementerian Pelancongan dan Antikuiti mengumumkan bahawa pembukaan muzium yang dijadualkan pada 3 Julai 2025 ditangguhkan.[35] Dalam kenyataan lain kepada akhbar tempatan, Perdana Menteri Mostafa Madbouly berkata, “Semua tanda menunjukkan bahawa konflik yang sedang berlaku akan berterusan untuk tempoh yang lama dan tidak akan berakhir dalam beberapa hari, dan oleh itu akan memberi kesan kepada seluruh rantau dan semua acara yang dirancang"[36][37] merujuk kepada konflik ketenteraan berterusan antara Iran dan Israel.

Tarikh pembukaan rasmi akhir

[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Ogos 2025, Perdana Menteri Mostafa Madbouly mengumumkan bahawa Presiden Abdel Fattah el-Sisi bersetuju untuk menetapkan tarikh pembukaan GEM pada 1 November.[38][12] Namun, muzium ditutup sementara dari 15 Oktober hingga 3 November 2025. Muzium kembali menerima pelawat pada 4 November, bertepatan dengan ulang tahun ke-103 penemuan makam Tutankhamun.[39]

Pembukaan Rasmi

[sunting | sunting sumber]
Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi bersama para wakil negara asing di majlis pembukaan Muzium Besar Mesir

Muzium Besar Mesir dirasmikan sepenuhnya pada 1 November 2025. Majlis pembukaan dihadiri oleh Presiden Abdel Fattah el-Sisi, Wanita Pertama, wakil-wakil negara asing, serta tokoh-tokoh ternama. Antara tetamu kehormat ialah Raja Philippe dari Belgium, Raja Felipe VI dari Sepanyol, Putera Albert II dari Monaco, Permaisuri Rania dari Jordan, Permaisuri Mary dari Denmark, bekas Grand-Duke Henri dari Luxembourg, Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier, Presiden Portugal Marcelo Rebelo de Sousa, Perdana Menteri Yunani Kyriakos Mitsotakis, Perdana Menteri Hungary Viktor Orbán dan lain-lain.

Majlis dimulakan dengan ucapan Profesor Sir Magdi Yacoub, Mantan Menteri dan seniman abstrak Farouk Hosny, serta aktivis alam sekitar terkenal Mounir Neamatalla. Seterusnya diikuti ucapan para penaja termasuk taikun hartanah Hisham Talaat Moustafa, hartawan keluli Ahmed Ezz, Mohamed Mansour, Hassan Allam, Mohamed El-Etreby, dan Khaled Abbas.[perlu rujukan]

Topeng emas Firaun Tutankhamun

Muzik majlis digubah oleh Hisham Nazih dan dipimpin oleh Nayer Nagui. Majlis diperkenalkan oleh seniman veteran Mesir Sherihan, bersama penyanyi soprano Mesir Fatima Said dan Raggaeddin, serta bintang Broadway Shereen Ahmed. Yasmina Elabd memperkenalkan acara dalam bahasa Inggeris. Pelakon Mesir Ahmed Malek, Ahmed Ghozzi, Huda Elmufti, dan Salma Abu Dief mengambil bahagian dalam prolog yang menggambarkan para raja dan permaisuri Mesir purba, bersama atlet-atlet Olimpik Feryal Abdelaziz, Ahmed ElGendy dan Farida Othman. Suara Mona Zaki dan Karim Abdelaziz digunakan untuk pengisahan persembahan.[perlu rujukan]

Pengunjung berkerumun di hadapan topeng emas Firaun Tutankhamun

Sejak Oktober 2024, muzium ini telah menerima kira-kira 1.5 juta pelawat dalam tempoh 10 bulan, dengan purata 4,000 pelawat sehari semasa pembukaan percubaan.[40]

Pada hari pertama pembukaan rasmi kepada orang awam, muzium menerima 18,000 pelawat, termasuk 7,000 warga Mesir.[41][42]

Koleksi dan lawatan

[sunting | sunting sumber]

Muzium ini mengandungi lebih daripada 100,000 artifak yang dibahagikan kepada 12 buah dewan pameran kekal yang utama, di samping beberapa dewan penting lain.

Dewan Besar (Atrium)

[sunting | sunting sumber]
Dewan Besar (Atrium) dengan patung Firaun Ramesses II

Atrium (Dewan Besar) Muzium Besar Mesir ialah dewan pintu masuk utamanya dengan keluasan 10,000 meter persegi. Direka dengan bumbung kaca dan muka depan bangunan yang lut sinar, Piramid Giza dapat dilihat dari dalam.

Ia menempatkan patung Firaun Ramesses II (11 meter, 83 t (183,000 lb)) dan 20 – 30 artifak besar dari pelbagai era, menjadikannya satu pameran pengenalan. Tangga Besar menghubungkan 12 dewan pameran utama. Patung tersebut telah dipindahkan dari Dataran Ramses di Kaherah ke lokasinya (GEM) pada tahun 2006 dan diletakkan di Dewan Besar (Atrium) pada tahun 2018.[43]

Tangga Besar

[sunting | sunting sumber]

Tangga Besar berfungsi sebagai galeri peralihan dengan lebih daripada 60 artifak, menuju ke 12 buah dewan. Dengan keluasan 6,000 m2 (65,000 ka2), struktur ini setinggi enam tingkat (lebih kurang 50 m (160 ka)), menghubungkan lobi utama (atrium), dewan pameran sementara dan bilik simpanan arkeologi utama ke teres atas, memberikan sudut pandangan lain bagi Piramid-Piramid Giza.[44]

Ia menempatkan lebih daripada 60 artifak, disusun kepada empat bahagian bertema yang mewakili perjalanan merentas zaman (Imej Diraja: memfokuskan pada bagaimana dan mengapa firaun menggambarkan diri mereka, dengan patung-patung diraja; Rumah Suci: mengenai kuil dan hubungan antara dewa-dewi dan firaun, dengan karya seni keagamaan; Para Dewa & Raja: meneroka dewa-dewi Mesir purba dan perkaitan mereka dengan pemerintah; Bahagian Pengebumian: mempamerkan keranda batu dan sarkofagus dari pelbagai era, termasuk sebuah hermione (kepala piramid) dari Dinasti ke-13.

Dua belas dewan utama

[sunting | sunting sumber]

Pameran meliputi kira-kira satu pertiga daripada seluruh kawasan muzium yang seluas 50 he (5,400,000 ka2), mempamerkan lebih daripada 24,000 artifak dalam 12 buah galeri disusun mengikut zaman (s. 3100 SM~400 SM). Artifak-artifaknya telah dipindahkan dari penyimpanan dan pelbagai muzium di Kaherah, Luxor, Minya, Sohag, Assiut, Beni Suef, Faiyum, Delta Nil dan Iskandariah.[45][46]

12 dewan utama Zaman yang dicakupi setiap dewan Artifak Mesir purba dari dewan tersebut
Dewan (1-2-3) Era prasejarah, era pradinasti, era dinasti awal, era Kerajaan Lama, dan era perantaraan pertama.
Patung Pradinasti (GEM)
Dewan (4-5-6) Kerajaan Pertengahan dan Perantaraan Kedua.
Senwosret I (s. 1878-1839 SM) memakai mahkota merah Mesir Hilir, Lisht (GEM)
Dewan (7-8-9) Era Kerajaan Baru.
Firaun Hatshepsut, 1479-1458 SM (GEM)
Dewan (10-11-12) Perantaraan Ketiga, Zaman Akhir, Zaman Rom dan Yunani Mesir.
Topeng mumia lelaki, kartonaj emas (Muzium Manchester)

Dewan Tutankhamun

[sunting | sunting sumber]
Topeng emas Firaun Tutankhamun di dalam (GEM)

Dua daripada dua belas dewan dikhaskan untuk mempamerkan 5,398 artifak milik Raja Tutankhamun, firaun Dinasti Kelapan Belas (memerintah s. 1332–1323 SM). Ini kali pertama keseluruhan koleksi firaun itu dipamerkan di satu tempat, dibandingkan dengan pameran separa di Muzium Mesir di Dataran Tahrir sebelum ini. Kedua-dua dewan ini meliputi kawasan seluas 7,000 meter persegi.[47][48]

Sarkofagus Firaun Tutankhamun di dalam (GEM)

Tarikan utamanya ialah Topeng Tutankhamun yang diperbuat daripada emas. Terdapat tiga keranda bertindih: satu diperbuat daripada emas (110 kg)[49] dan dua daripada kayu bersalut emas. Takhta Emas ialah kerusi bersalut emas dan perak, menunjukkan adegan Tutankhamun dan isteri baginda Ankhesenamun. Terdapat patung-patung dewa seperti Anubis, serta tangkal azimat dan perhiasan seperti rantai dan cincin. Alat harian termasuk senjata (pisau belati, busur), perabot (katil, kerusi), dan perkakas makan. Terdapat usyabti: patung-patung kecil atau figura yang digunakan di alam akhirat untuk melayani raja).[50]

Mumia Tutankhamun akan kekal di Lembah Raja dan tidak akan dipindahkan.[51]

Dewan ini direka serupa dengan Makam Tutankhamun asal di Lembah Raja. Sistem kawalan persekitaran (seperti pengawal suhu dan kelembapan) melindungi item-item yang sensitif, terutamanya yang diperbuat daripada emas, kayu dan fabrik.[52]

Muzium Kapal Khufu

[sunting | sunting sumber]
Kapal Khufu, sebuah tongkang matahari bersaiz penuh, di muzium tongkang matahari Giza, lokasi lama sebelum dipindahkan ke GEM

Muzium Kapal Khufu ialah dewan berasingan yang dikhaskan untuk mempamerkan dua perahu suria Raja Khufu (pembina Piramid Besar), iaitu antara kapal kayu tertua yang ditemui dalam sejarah, berusia lebih kurang 4,600 tahun.[53] Dengannya dilengkapi paparan interaktif yang menerangkan barangkali apa tujuannya (mungkin untuk mengangkut raja ke alam akhirat atau perjalanannya dengan dewa matahari Ra). Ia dipindahkan pada bulan Ogos 2021 dari Muzium Giza Lama.[54]

Muzium Kanak-Kanak

[sunting | sunting sumber]

Muzium Kanak-Kanak di GEM ialah ruang interaktif untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun, menekankan pembelajaran melalui permainan, lebih daripada pameran tradisional. Ia meliputi keluasan 5,000 meter persegi, dengan pengalaman yang ada termasuk skrin interaktif, realiti terimbuh (AR), dan permainan guna tangan, serta pelbagai pameran visual dan program berpandu. Sebahagiannya telah dibuka sejak Ogos 2024.[55]

Pusat Persidangan

[sunting | sunting sumber]
Pemandangan Piramid Giza dari Muzium Besar Mesir

Pusat Persidangan Muzium Besar Mesir direka untuk berfungsi sebagai hab antarabangsa untuk komunikasi antara muzium dan institusi kebudayaan. Ia bertujuan untuk menganjurkan persidangan, seminar dan acara pendidikan berkaitan tamadun Mesir purba dan arkeologi.

Ia seluas 40,000 m2 (430,000 ka2), dibahagikan kepada beberapa kawasan serba guna. Ia mempunyai sebuah auditorium utama dengan kapasiti 1,000 tempat duduk, tiga dewan seminar dengan kapasiti 250 tempat duduk setiap satu, serta ruang pameran, bilik mesyuarat, pusat perniagaan, dan bilik akhbar. Terdapat juga teater 3D dengan 250 tempat duduk. Reka bentuknya diilhamkan oleh tapak-tapak purba dari zaman firaun.[56] Berada di dalam kompleks utama, ia boleh diakses melalui atrium utama, dengan kemudahan untuk orang kurang upaya, seperti lif dan kawasan rehat.

Dewan Pameran Sementara

[sunting | sunting sumber]

Empat Dewan Pameran Sementara, dikhaskan untuk pameran artifak sementara atau pameran antarabangsa. Ini mempunyai keluasan 5,000 m2 (54,000 ka2). Ini sebahagian daripada 32,000 m2 (340,000 ka2) yang dikhaskan untuk pameran bukan tetap.[57]

Pusat Pemuliharaan

[sunting | sunting sumber]
Pusat Pemuliharaan GEM

Pusat Pemuliharaan Muzium Besar Mesir merupakan salah satu pusat pemuliharaan dan pemulihan artifak terbesar di dunia, dan merupakan pusat pemulihan artifak terbesar di Timur Tengah. Ia ditubuhkan pada tahun 2006 dan dibuka pada tahun 2010.[58] Ia terletak di sebelah barat muzium dan dihubungkan kepadanya melalui sebuah terowong sepanjang kira-kira 200 meter. Pusat ini menempatkan 19 makmal makmal pemulihan mumia, kayu, batu, lukisan dinding, dan logam, selain makmal pemuliharaan pencegahan serta dokumentasi saintifik. Ia juga mengandungi enam bilik simpanan untuk memelihara artifak dalam keadaan persekitaran terkawal.[59]

Reka bentuk

[sunting | sunting sumber]

Reka bentuk bangunan diputuskan melalui satu pertandingan seni bina yang diumumkan pada 7 Januari 2002.[60] Penganjur menerima 1,557 penyertaan dari 82 negara, menjadikannya pertandingan seni bina kedua terbesar dalam sejarah.[61] Dalam peringkat kedua pertandingan, 20 penyertaan menyerahkan maklumat tambahan mengenai reka bentuk masing-masing. Penilaian selesai pada 2 Jun 2003. Pertandingan dimenangi oleh arkitek Róisín Heneghan dan Shi-Fu Peng, serta syarikat mereka Heneghan Peng Architects dari Ireland; hadiah kemenangan berjumlah AS$250,000.[62] Heneghan Peng, Buro Happold, Arup dan ACE Consulting Engineers (Moharram and Bakhoum) bekerjasama dalam reka bentuk bangunan tersebut. Pelan induk landskap dan tapak direka oleh West 8; pelan induk pameran, reka bentuk pameran, dan ilmu muzium diketuai oleh Atelier Brückner.[63] Pada 2 Februari 2010, Hill International mengumumkan bahawa Kementerian Kebudayaan Mesir telah menandatangani kontrak dengan usaha sama Hill dan EHAF Consulting Engineers untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan projek semasa reka bentuk dan pembinaan Muzium Besar Mesir.[64]

Bentuk bangunan ini berbentuk segi tiga yang dipotong pada sudutnya. Ia dibina di atas tapak 2 kilometer (1.2 batu) ke barat laut piramid-piramid, berhampiran persimpangan lebuh raya. Dinding utara dan selatan bangunan sejajar terus dengan Piramid Besar Khufu dan Piramid Menkaure. Bahagian depan muzium merangkumi dataran besar yang dipenuhi pokok kurma serta muka bangunan yang diperbuat daripada batu alabaster lut cahaya. Di dalam pintu masuk utama terdapat atrium besar tempat arca-arca besar dipamerkan.

Muka hadapan muzium ini diperbuat daripada marmar dan kaca serta dihiasi dengan kartusy dan bentuk bujur yang mengelilingi hieroglif Mesir yang bertulis nama raja-raja dan ratu.[65]

[sunting | sunting sumber]
Logo GEM

Pada 10 Jun 2018, logo muzium telah diperkenalkan. Logo tersebut direka oleh Tariq Atrissi.[66] Kos reka bentuk berjumlah 800,000 paun Mesir, yang termasuk kos mereka bentuk pameran muzium yang dilaksanakan oleh syarikat Jerman Atelier Bruckner.[67]

Pengurusan

[sunting | sunting sumber]

Struktur pengurusan GEM merangkumi Lembaga Pemegang Amanah, Lembaga Pengarah, dan CEO Muzium serta naib presiden.

Lembaga Pemegang Amanah merupakan badan penyelia yang bertanggungjawab meluluskan dasar dan perancangan Pihak Berkuasa Muzium.[68] Ia terdiri daripada sebuah majlis 16 orang yang berkhidmat bagi tempoh 3 tahun. Komposisi, tempoh perkhidmatan dan bidang tugas Lembaga Pemegang Amanah ditentukan oleh Presiden Mesir.[69]

Muzium ini telah menganjurkan pelbagai acara seni dan budaya sejak pembukaannya secara berperingkat. Pada 20 Januari 2023, konsert muzikal pertama yang diadakan di muzium ini menampilkan soprano Mesir Fatma Said bersama United Philharmonic Orchestra & Choir diketuai oleh Nader Abbassi.[70]

  1. ^ "Construction Begins of Japan-Backed Egyptian Museum". The Japan Times. 15 March 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 August 2012. Dicapai pada 15 July 2012.
  2. ^ "Grand Egyptian Museum to open main galleries for trial run to 4,000 visitors". The Guardian. 15 October 2024.
  3. ^ "مصر: لافتتاح المتحف الكبير أول نوفمبر". الشرق الأوسط. Dicapai pada 2025-08-06.
  4. ^ "Preparing for the official opening. The Grand Egyptian Museum will close from October 15 to November 4". Dicapai pada 2025-08-14.
  5. ^ "Egypt's New £889 Million Museum Is Fit for a Pharaoh". National Geographic. 19 October 2022. Dicapai pada 23 October 2022.
  6. ^ "Construction of the Grand Egyptian Museum Has Been Kicked-Off". Japan International Cooperation Agency. 12 March 2012. Dicapai pada 3 November 2014.
  7. ^ a b "Grand Egyptian Museum (GEM) | History, Collection, Opening, Architect, & Facts | Britannica". www.britannica.com (dalam bahasa Inggeris). 2025-08-05. Dicapai pada 2025-08-07.
  8. ^ Gaskins, Ty (2025-04-24). "Inside the Grand Egyptian Museum: A First Look at the World's Largest Museum Dedicated to a Single Civilisation". Vogue Arabia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-07.
  9. ^ "The Grand Egyptian Museum is about to open". We Build Value (dalam bahasa Inggeris). 2024-01-17. Dicapai pada 2025-08-07.
  10. ^ Read, Johanna (2023-03-16). "Giza and Saqqara, Egypt". TIME (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-07.
  11. ^ Knell, Yolande; Hussein, Wael (2025-11-01). "Egypt's Grand Museum opens, displaying Tutankhamun tomb in full for first time". BBC News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-11-01.
  12. ^ a b "Grand Egyptian Museum to open on 1 November - Society - Egypt". Ahram Online. Dicapai pada 2025-08-07.
  13. ^ Khaled, Fatma (2025-05-26). "Egyptian archaeologists discover three tombs in Luxor". AP News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-07.
  14. ^ "Grand Egyptian Museum partially opens to public". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2024-10-16. Dicapai pada 2025-08-07.
  15. ^ "العناني يكشف عن مكونات المتحف المصري الكبير والموقف التنفيذي لعملية نقل القطع الأثرية". مصراوي.كوم (dalam bahasa Arab). Dicapai pada 2025-08-07.
  16. ^ "Khufu's boat to be reassembled - Heritage - Al-Ahram Weekly". Ahram Online. Dicapai pada 2025-08-14.
  17. ^ Sarkar, Somudranil (2024-12-07). "Grand Egyptian Museum in Giza Partially Opens: Explore New 15,000 Artifacts Showcasing Egypt's Ancient Civilization Near the Pyramids". Travel And Tour World (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-07.
  18. ^ presidency.eg, presidency.eg. "إنشاء المتحف المصري الكبير".
  19. ^ "Grand Egyptian Museum to serve as int'l hub for Egyptology studies: Tourism minister - Tourism - Egypt". Ahram Online. Dicapai pada 2025-08-07.
  20. ^ "Grand Egyptian Museum – Integratedfs" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-07.
  21. ^ "المتحف المصرى الكبير .. حكـاية حضارية عظيمـة - جريدة الجمهورية". algomhuria.gomhuriaonline.com (dalam bahasa Arab). 2025-04-18. Dicapai pada 2025-08-07.
  22. ^ "Grand Egyptian Museum". Besix (dalam bahasa Belanda). Dicapai pada 2025-08-07.
  23. ^ "فاروق حسني يتحدث لـ«العين الإخبارية»: نعم كنت قريبا من مبارك والمتحف الكبير فكرتي". العين الإخبارية (dalam bahasa Arab). 2025-06-10. Dicapai pada 2025-10-27.
  24. ^ "المتحف المصري الكبير.. صورة نادرة للحظة وضع حجر الأساس". مصراوي.كوم (dalam bahasa Arab). Dicapai pada 2025-10-29.
  25. ^ "Everything You Need to Know About the Grand Egyptian Museum Opening". Egyptian Streets (dalam bahasa Inggeris). 2025-10-28. Dicapai pada 2025-10-29.
  26. ^ "Grand Egyptian Museum Opening Delayed to 2021 Amid Covid-19 Fears". Egyptian Streets (dalam bahasa Inggeris). 2020-04-04. Dicapai pada 2025-08-06.
  27. ^ Samir, Nehal (2023-01-02). "Several Egyptian museums to open in 2023 - Dailynewsegypt" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-06.
  28. ^ "مدير عام الترميم بالمتحف المصري الكبير يوضح حقيقة "الافتتاح التجريبي" للمتحف". اليوم السابع (dalam bahasa Arab). 2023-02-09. Dicapai pada 2025-08-06.
  29. ^ "Grand Egyptian Museum to be inaugurated by the end of 2023: Official". Egypt Independent (dalam bahasa Inggeris). 2023-09-04. Dicapai pada 2025-08-06.
  30. ^ Lam, Sophie (2023-11-07). "Egypt's $1bn museum to open spring 2024 as Egypt sees increase in British visitors". The i Paper (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-06.
  31. ^ "Grand Egyptian Museum to open main galleries for trial run to 4,000 visitors". The Guardian. 15 October 2024.
  32. ^ "مع بدء التشغيل التجريبى.. تعرف على أسعار تذاكر الزيارة بالمتحف المصرى الكبير". اليوم السابع (dalam bahasa Arab). 2024-10-16. Dicapai pada 2025-08-06.
  33. ^ "Long-awaited Grand Egyptian Museum opens for trial run". CNN (dalam bahasa Inggeris). Associated Press. 2024-10-16. Dicapai pada 2025-08-06.
  34. ^ "رسميًا.. موعد افتتاح المتحف المصري الكبير 2025 | المصري اليوم". Al Masry Al Youm (dalam bahasa Arab). Dicapai pada 2025-08-06.
  35. ^ Gronlund, Melissa (2025-06-16). "Grand Egyptian Museum opening delayed again due to 'current regional developments'". The Art Newspaper (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-06.
  36. ^ "رئيس الوزراء يعلن تأجيل افتتاح المتحف المصري الكبير للربع الأخير من 2025" [Prime Minister Announces Postponement of Grand Egyptian Museum Opening to Last Quarter of 2025]. اليوم السابع (dalam bahasa Arab). 14 June 2025. Dicapai pada 14 June 2025.
  37. ^ "مصر ترجئ افتتاح المتحف المصري الكبير.. وتحدد الموعد الجديد" [Egypt Postpones Opening of Grand Egyptian Museum and Sets New Date]. سكاي نيوز عربية (dalam bahasa Arab). Dicapai pada 14 June 2025.
  38. ^ "مصر لافتتاح المتحف الكبير أول نوفمبر". Aawsat (dalam bahasa Arab). Dicapai pada 2025-08-06.
  39. ^ "استعدادًا للافتتاح الرسمي.. إغلاق المتحف المصري الكبير بدءًا من 15 أكتوبر حتى 4 نوفمبر المقبل". القاهرة 24 (dalam bahasa Arab). 2025-08-14. Dicapai pada 2025-08-14.
  40. ^ "Grand Egyptian Museum to open main galleries for trial run to 4,000 visitors". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Associated Press. 2024-10-15. ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2025-11-02.
  41. ^ "رئيس المتحف المصرى الكبير: عدد زوار المتحف اليوم تجاوز 18 ألف زائر". صدى البلد (dalam bahasa Arab). 2025-11-04. Dicapai pada 2025-11-04.
  42. ^ "وزير السياحة: المتحف المصري الكبير أحد أهم الصروح الثقافية في العالم". القاهرة 24 (dalam bahasa Arab). 2025-11-06. Dicapai pada 2025-11-06.
  43. ^ الرحمن, محمد عبد (2025-11-01). "تمثال رمسيس.. رحلة الفرعون من ميت رهينة إلى المتحف المصري الكبير". اليوم السابع (dalam bahasa Arab). Dicapai pada 2025-11-02.
  44. ^ "The Grand Egyptian Museum (GEM)". Experience Egypt (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-10-21.
  45. ^ Keyes, Allison (21 December 2016). "For the First Time, All 5,000 Objects Found Inside King Tut's Tomb Will Be Displayed Together". Smithsonian.com. Dicapai pada 21 December 2016.
  46. ^ "Two Royal Statues Placed in GEM's Great Staircase". Egypt Today. 26 August 2020.
  47. ^ "163 Treasures From King Tut's Tomb Arrive at the Grand Egyptian Museum". Artnet News (dalam bahasa Inggeris). 2025-05-13. Dicapai pada 2025-10-21.
  48. ^ Tag, Nadine (2024-10-18). "King Tutankhamun's Collection Will Move to Grand Egyptian Museum for Display". Egyptian Streets (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-10-21.
  49. ^ "Innermost Gold Coffin of Tutankhamun". Egypt Museum (dalam bahasa Inggeris). 2021-10-27. Dicapai pada 2025-10-21.
  50. ^ "4 King Tut Artifacts You'll Find at the Grand Egyptian Museum". Discover Magazine (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-10-21.
  51. ^ "King Tutankhamun's mummy won't be transferred to the Grand Egyptian Museum". Egypt Independent (dalam bahasa Inggeris). 2025-06-16. Dicapai pada 2025-10-21.
  52. ^ Pappas, Costa Beavin (2025-01-03). "Grand Egyptian Museum, With 12 Galleries Now Open, Recontextualizes Ancient Egyptian History". ARTnews.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-10-21.
  53. ^ Davis-Marks, Isis. "Why King Khufu's Solar Boat Is on the Move After 4,600 Years". Smithsonian Magazine (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-11-04.
  54. ^ "Khufu Ship - Madain Project (en)". madainproject.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-10-21.
  55. ^ "Grand Egyptian Museum". visit-gem.com. Dicapai pada 2025-10-21.
  56. ^ "Grand Egyptian Museum - Hill International" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-10-21.
  57. ^ "المتحف المصري الكبير". mota.gov.eg. Dicapai pada 2025-10-21.
  58. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Turndigital2
  59. ^ "قبل افتتاحه.. تعرف على مراكز ترميم المتحف المصري الكبير". مصراوي.كوم (dalam bahasa Arab). Dicapai pada 2025-11-04.
  60. ^ Mansour, Yasser (2003). The Grand Museum of Egypt: International Architecture Competition. American Univ in Cairo Press. ISBN 978-9-773-05471-7. Dicapai pada 1 November 2016.
  61. ^ Mansour, Yasser (11 November 2003). "The Grand Museum of Egypt: International Architecture Competition". American Univ in Cairo Press – melalui Google Books.
  62. ^ "Musée du Caire - Résultats". Diarkibkan daripada yang asal pada 4 November 2014. Dicapai pada 28 March 2014.
  63. ^ "Atelier Brückner Website". www.atelier-brueckner.com/en. Dicapai pada 7 May 2025.
  64. ^ "Hill International-Led Joint Venture Selected as Project Manager for the Grand Egyptian Museum".
  65. ^ Mohammed, Khaled (2023-01-22). "Unpublished Marble Head of Serapis Kept in the Grand Egyptian Museum". Shedet. 0: 23–33. doi:10.21608/shedet.2023.281322. ISSN 2536-9954.
  66. ^ "Tarek Atrissi Design". atrissi.com. 12 July 2018.
  67. ^ "The Grand Egyptian Museum Logo Launch". .atelier-brueckner. 12 June 2018.
  68. ^ "President of the Republic of Egypt No. 600 of 2024" (PDF).
  69. ^ حبيب, كتب عبد الرحمن (2025-06-14). "قرب الافتتاح.. تعرف على الهيكل التنظيمي للمتحف المصري الكبير". اليوم السابع (dalam bahasa Arab). Dicapai pada 2025-10-29.
  70. ^ "Egypt's Soprano Fatma Said Along with Acclaimed Conductor Nader Abbassi to Perform in the 1st Concert at the Grand Egyptian Museum". EgyptToday. 20 January 2023. Dicapai pada 5 January 2025.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]