Muzium Daerah Belait

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muzium Daerah Belait
Map
Muzium Daerah Belait is located in Bumi
Muzium Daerah Belait
Muzium Daerah Belait (Bumi)
Lokasi di Brunei
Maklumat am
DitubuhkanJulai 2016 (2016-07)
Maklumat geografi
NegaraBrunei
Lokasi
Jalan Maulana, Kuala Belait
Koordinat4°35′20″N 114°11′28″E / 4.588844°N 114.191072°E / 4.588844; 114.191072Koordinat: 4°35′20″N 114°11′28″E / 4.588844°N 114.191072°E / 4.588844; 114.191072
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Muzium Daerah Belait ialah sebuah muzium di Kuala Belait, pekan utama Daerah Belait, Brunei. Muzium ini dibuka pada Julai 2016 pada sebuah bangunan yang pada asalnya merupakan kediaman rasmi Penolong Residen British dari tahun 1938 dan kemudiannya Pegawai Daerah Belait dari tahun 1990.[1][2] Muzium ini ditadbir oleh Jabatan Muzium-Muzium, sebuah jabatan kerajaan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.[3]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Terdapat empat galeri kekal dan satu galeri sementara dalam Muzium Daerah Belait.[2] Galeri-galeri kekal ialah Galeri Warisan Budaya, Galeri Sejarah Daerah Belait, Galeri Sejarah Industri Minyak dan Gas dan Galeri Warisan Alam Semulajadi. Pada masa ini galeri sementara menempatkan pameran berkaitan dengan keberangkatan KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah bercemar duli di Daerah Belait sempena hari keputeraan baginda yang diadakan setiap tahun bermula dari tahun 1970.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Muhammed, Noraisah (2017-09-10). "Muzium Daerah Belait simpan pelbagai sejarah warisan". www.pelitabrunei.gov.bn. Dicapai pada 2018-05-17.
  2. ^ a b c Hazwan, Amir (2017-05-22). "Belait Museum: A history of Belait under one roof". sutera.co (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-17. Dicapai pada 2018-05-17.
  3. ^ "Jabatan Muzium-muzium ditutup setengah hari". mediapermata.com.bn. 2018-02-21. Dicapai pada 2018-05-17.