Muzium Misteri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Muzium Misteri
Genre
Ditulis olehMF Kencana
PengarahHashim Rejab
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Adam Ariez
  • Wan Zarra Rania
  • Wan Larra Armani
PenerbitWan Zamri Wan Abd Kadir
Penyunting
  • Selamat Yusof
  • Fariza Izuani Fadzil
  • Sawaluddin Abu Jasman
SinematografiAzli Azlin Saidin
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Zamries Golden Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar1080i (SDTV)
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal3 Oktober 2017 – 15 November 2017
Kronologi
MengikutiJangan Ikut Aku
Diikuti olehKisah Yang Hilang

Muzium Misteri ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 arahan Hashim Rejab, dibintangi oleh Nasrizal Ngasri, Shah Sulaiman dan Along Eyzendy. Siri ini memulakan tayanya perdana di Slot Seramedi TV3 dari 3 Oktober 2017 hingga 15 November 2017 menggantikan Jangan Ikut Aku.[1][2][3]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[4]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Adam (Along Eyzendy) dan Shah (Bell Ngasri), penuntut kejuruteraan di Jepun kembali pulang ke Malaysia pulang setelah tamat pengajian. Mereka berdua merupakan pelajar yang bijak. Sekembalinya ke Malaysia, mereka berdua masih belum mendapat peluang pekerjaan.

Sewaktu menuntut di Jepun, mereka mencipta alat untuk menangkap lembaga atau hantu bersama beberapa penuntut dari Jepun. Mereka mendapat idea untuk menjadi penangkap hantu dengan alat ciptaan mereka. Adam dan Shah mengajak Danial (Shah Sulaiman), rakan sekampung mereka untuk membantu. Bermulalah mereka bertiga dengan pekerjaan ala “Ghostbusters” di seluruh pelusuk kampung. Walaupun begitu, niat mereka untuk menjadi penangkap hantu pada mulanya tidak mendapat restu ibu Adam kerana ibunya merasakan ia adalah perbuatan yang sia-sia sedangkan dia berkelulusan tinggi.

Shah pula ditinggalkan Hana (Sasqia) kekasihnya kerana keluarga Hana enggan bermenantukan Shah yang hanya bekerja mencari hantu sedangkan itu hanyalah alasan Hana kerana dia sudah punya pilihan lain yang lebih kacak daripada Shah. Danial pula mempunyai ramai adik beradik yang bersekolah jadi dia tiada pilihan pekerjaan selain mengikut Shah dan Adam mencari hantu. Tetapi pekerjaan mereka ini kemudiannya viral di Facebook dan mula mendapat permintaan yang tinggi daripada orang ramai.

Sementara itu, Encik Bad (AR. Badul) memiliki sebuah muzim yang mempamerkan replika makhluk ghaib dan lembaga yang menakutkan iaitu Muzium Misteri. Encik Bad merasakan tubuhnya bagai telah diganggu sesuatu. Apabila terlihat video viral Adam, Danial dan Shah, Encik Bad menghubungi mereka bertiga dan meminta bantuan untuk mengimbas badannya. Ternyata memang benar Encik Bad telah diganggu oleh Penunggu yang menumpang di badannya. Encik Bad kemudian mendapat idea untuk memajukan lagi perniagaanya. Sejak kebelakangan ini, muzium kurang mendapat sambutan lebih-lebih lagi apabila terdapat muzium baharu yang diusahakan oleh pesaingnya iaitu Encik Tar (Kamarul Hj. Yusof).

Encik Bad mengupah Adam, Danial dan Shah dengan kepakaran mereka untuk menangkap hantu yang seterusnya akan dipamerkan di muziumnya. Sudah pasti jika menggunakan hantu atau lembaga yang betul, muziumnya bakal mendapat sambutan. Pada mulanya Adam dan Shah enggan. Danial pula hanya ikut sahaja. Tetapi sebaik sahaja Adam dan Shah ternampak Nur (Chacha Maembong), anak Encik Bad yang cantik mereka berdua terus setuju.

Encik Tar pula apabila melihat muzim Encik Bad semakin ramai dengan pengunjung mula tidak senang duduk. Encik Tar sanggup melakukan apa saja untuk memusnahkan Muzium Lembaga Encik Bad. Adakah Encik Tar akan berjaya? Apakah Adam, Danial dan Shah akan kekal bersatu selamanya untuk menangkap hantu?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon sampingan[sunting | sunting sumber]

Watak lembaga
  • Ieka Zulkifli sebagai Lembaga Drama
  • Azzim Ramli sebagai Lembaga Helmet
  • Fiera Fendi sebagai Lembaga Neng Nak
  • Wanzetty sebagai Lembaga Selfie
  • Haziq Samrat sebagai Lembaga Senyum
  • Gbob Raja Lawak sebagai Lembaga Kuali/Lelaki Rambut Panjang
  • Rose sebagai Lembaga Cermin
  • Faiz Badai sebagai Lembaga Penunggu
  • Bibu Ashya sebagai Lembaga Langsuir
  • Ariff sebagai Lembaga Gitar/Lembaga Tepung
  • Azzpha Hassan sebagai Lembaga Pocong

Pelakon tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Mak Wan sebagai Mak Jah
  • Pablo Amirul sebagai Pakwan Jamil
  • Iswan Ismail sebagai BF Hana
  • Illey Mohtada sebagai Merry
  • Zaid Zahari sebagai Penjual Bunga
  • Awanda Ghazali sebagai Husna
  • Firdaus Saidin sebagai Tuan Rumah

Episod[sunting | sunting sumber]

No. episod
keseluruhan
No. episod
musim
Tajuk Tarikh siaran pertama
11"Hantu Jembalang/Hantu Saka"3 Oktober 2017
22"Penanggal"4 Oktober 2017
33"Hantu Air"5 Oktober 2017
44"Pocong"10 Oktober 2017
55"Hantu Raya"11 Oktober 2017
66"Toyol"12 Oktober 2017
77"Kuntilanak"17 Oktober 2017
88"Sundel Bolong"18 Oktober 2017
99"Hantu Cermin"19 Oktober 2017
1010"Hantu Lilin"24 Oktober 2017
1111"Mak Lampir Nenek Serintil"25 Oktober 2017
1212"Jenglot"26 Oktober 2017
1313"Hantu Kum Kum"31 Oktober 2017
1414"Hantu Jepun"1 November 2017
1515"Mama"2 November 2017
1616"Siam Ghost"7 November 2017
1717"Sister Nurse"8 November 2017
1818"Jerangkung"9 November 2017
1919"Hantu Tanpa Kepala"14 November 2017
2020"Memburu Hantu-Hantu"15 November 2017

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan Ruj.
2018 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 Aktor Pilihan Along Eyzendy, Bell Ngasri & Shah Tapaw Dicalonkan [5]
Aktres Pilihan Chacha Maembong Dicalonkan
Pengarah Pilihan Hashim Rejab Dicalonkan
Lagu Pilihan Last Kopek - Havoc Dicalonkan
Drama Pilihan Muzium Misteri Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Muzium Misteri (TV3) My Infotaip (2 Oktober 2017). Dicapai pada 3 Mei 2018.
  2. ^ Budiey (29 September 2017). Apabila Bell Ngasri, Along Eyzendy dan Shah Sulaiman tangkap hantu Sensasi Selebriti. Dicapai pada 3 Mei 2018.
  3. ^ Kerja tangkap hantu dalam Muzium Misteri Harian Metro (8 Oktober 2017). Dicapai pada 3 Mei 2018.
  4. ^ Muzium Misteri (2017): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 9 Ogos 2018.
  5. ^ Kuasa pilih pemenang Anugerah DFKL 2018 di tangan peminat Utusan Borneo (6 Februari 2018). Dicapai pada 7 Mei 2018.