Muzium Negeri Kedah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muzium baru negeri Kedah

Muzium Negeri Kedah adalah bekas Istana Kota Setar, yang merupakan pusat pemerintahan baginda Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Shah II. Bangunan Muzium Negeri Kedah dibina pada tahun 1736 dan memaparkan adunan kesenian Melayu dan kesenian pengaruh Siam.

Semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddi Mukarram Shah, bangunan Muzium Negeri Kedah ini juga dikenali sebagai Istana Pelamin kerana menjadi persada upacara perkahwinan di raja untuk beberapa kali. Muzium Negeri Kedah menyimpan pelbagai khazanah Kesultanan Kedah dan pusaka kebudayaan negeri Kedah Darul Aman.