Muzium Negeri Terengganu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Muzium Negeri Terengganu
موزيوم نڬري ترڠڬانو
Logo MuziumTerengganu.gif
Logo Muzium Negeri Terengganu
Muziumdfef.jpg
Gambar yang diambil pada tahun 2011
Maklumat am
Ditubuhkan1976
JenisMuzium sejarah
Maklumat pentadbiran
PengarahHaji Che Muhamad Azmi bin Ngah[1]
Maklumat geografi
Negara Malaysia
Negeri
Bandar raya
Lokasi
Kampung Bukit Losong, Paloh, Kuala Terengganu, Terengganu
Maklumat pelawat
Bilangan pelawat
159,000 orang (2018)[2]
Laman sesawang
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Muzium Negeri Terengganu yang lebih dikenali dengan nama Muzium Losong dalam kalangan penduduk tempatan ini[3] terletak di kawasan seluas 27 hektar di Kampung Bukit Losong, Paloh, Kuala Terengganu.[4]

Visi & Misi[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah[5]
Visi

  • Menjadikan Muzium Negeri Terengganu Muzium Terbaik di Malaysia Menjelang 2020

Misi

  • Memperkasakan Muzium Sebagai Pusat Rujukan Warisan Sejarah dan Budaya Negeri Melalui Amalan Pemuziuman Yang Kreatif dan Inovatif Kepada Stakeholder dan Pelanggan

[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah[6]

Bentuk Lambang[sunting | sunting sumber]

  • Berbentuk 6 segi melambangkan 6 daerah dalam Negeri Terengganu.

Ukiran Tepi Keliling[sunting | sunting sumber]

  • Berukiran awan larat perang melambangkan seni tradisi Terengganu.

Tanah Hijau[sunting | sunting sumber]

  • Simbol keislaman yang berkekalan dari zaman dahulu lagi.

Jata Kebesaran Negeri Terengganu[sunting | sunting sumber]

  • Mahkota yang mengandungi pedang, keris panjang, cokma, Al-Quran, buku undang-undang, tampan wali, bulan bintang melambangkan pemerintahan DiRaja yang beragama Islam.

Batu Bersurat[sunting | sunting sumber]

  • Melambangkan warisan sejarah kedatangan Islam di Terengganu.

Keliling Tepi Putih Hitam[sunting | sunting sumber]

  • Putih menunjukkan negeri di bawah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan
  • Lingkungan hitam menunjukkan rakyat

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Muzium Negeri Terengganu ini ditubuhkan pada tahun 1976 di bawah Enakmen Bil. 9 Tahun 1976. Kemudian, ianya berkuatkuasa pada 1 November 1977 selepas Dewan Undangan Negeri meluluskannya pada 28 Disember 1976.

Perjalanan muzium ini bermula dengan sejarah Syed Hussein Ghulam Al Bukhari menjumpai Batu Bersurat Terengganu di Kampung Buloh, Hulu Terengganu pada tahun 1902. Pada tahun 1923, Batu Bersurat itu kemudiannya dibawa ke Singapura untuk disimpan dan dipamerkan di Muzium Gambar Raffles. Pembentukan sebuah jawatankuasa yang menguruskan hal ehwal berkaitan penubuhan Muzium Negeri dilakukan pada 3 Februari 1974.

Pentadbiran Muzium Negeri terletak di bawah bidang kuasa Bahagian Pentadbiran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Pada tahun 1979, usaha mengumpulkan bahan bersejarah telah dipergiatkan. Pada tahun 1981, Muzium Negeri diterajui oleh seorang kurator yang telah dilantik. Kemudian jawatan ini telah ditingkat kepada jawatan Pengarah ketika menjelang tahun 1985.

Pada bulan Julai 1992, Muzium Negara telah menyerahkan kembali Batu Bersurat Terengganu kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Pada bulan April 1994, segala urusan pentadbiran, pengurusan dan pameran telah berpindah ke lokasi Kompleks Muzium Negeri Terengganu sekarang ini.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]