Muzium Nelayan Tanjung Balau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Muzium Nelayan Tanjung Balau
Tanjung Balau Fishermen Museum.JPG
Maklumat umum
JenisMuzium
LokasiTanjung Balau, Daerah Kota Tinggi, Johor, Malaysia
Pembinaan bermula20 Ogos 1990
Disiapkan pada
8 Julai 1992
Pembukaan1992
PembiayaanMYR1.48 juta
Butiran teknikal
Keluasan tingkat
8 hektar
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Muzium Nelayan Tanjung Balau dibina di Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor, Malaysia oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora). Muzium ini menyimpan dan mempamerkan pelbagai khazanah para nelayan tradisional negeri Johor seperti sampan, jaring, pancing, bubu dan lain-lain. Kompleks muzium ini mempunyai 4 galeri tambahan lain iaitu Galeri Geologi, Galeri Keselamatan Laut, Galeri Kapal Karam Desaru dan Galeri Pameran Khas.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembinaan muzium ini bermula pada 20 Ogos 1990 dan disiapkan pada 8 Julai 1992 dengan jumlah kos MYR1.48 juta.

Pameran[sunting | sunting sumber]

Muzium ini turut membincangkan mengenai kaedah dan kemahiran nelayan dahulu serta pengetahuan yang mereka perlukan untuk belayar. Antaranya adalah pengetahuan dalam melihat bintang serta maksud yang dibawa oleh keadaan bintang tersebut. Selain itu, ia turut menerangkan mengenai amalan-amalan para nelayan dahulu kala sebelum mereka turun ke laut.

Waktu beroperasi[sunting | sunting sumber]

Muzium ini dibuka setiap hari dari 9:00 a.m. hingga 6:00 p.m.[1] kecuali pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Tiket masuk adalah berharga Rm 2.00 dewasa dan Rm 1.00 bagi kanak- kanak. Muzium Nelayan Tanjung Balau menerima tempahan mengadakan aktiviti berkumpulan seperti Explorace dan pelbagai aktiviti menarik yang lain. Muzium ini dikawalselia oleh seorang Penolong Kurator iaitu Encik Muhammed Iqbal bin Rosli bersama 4 anggota tetap muzium iaitu 2 pembantu muzium, seorang pembantu am pejabat dan seorang pekerja awam.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mohd. Arsad, Maznah (23 February 2010). "Muzium paparkan kehidupan nelayan" (dalam bahasa Malay). Utusan Online. Dicapai pada 20 October 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)