Muzium Pertanian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Muzium Pertanian

Muzium Pertanian terletak di tengah-tengah Pekan Jasin bersebelahan Balai Polis Jasin di Melaka, Malaysia. Suatu ketika dahulu Daerah Jasin merupakan pengeluar bijih timah dan hasil pertanian terawal di Melaka. Muzium yang diwujudkan ini bertujuan untuk memaparkan sejarah aktiviti dan ekonomi masyarakat tempatan, khususnya di bidang pertanian.

Objektif Penubuhan

  • Untuk memulihara dan mempamerkan bahan-bahan penting berkaitan dengan sektor pertanian.
  • Untuk menjadi tempat kajian dan penyebaran maklumat mengenai sektor pertanian.
  • Untuk memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai jenis pertanian dan kepentingannya kepada ekonomi negara serta kesejahteraan rakyat. "Pertanian Menjamin Kehidupan"

Bayaran Masuk[sunting | sunting sumber]

Percuma

Waktu Operasi[sunting | sunting sumber]

9 pagi - 5.30 petang (Ditutup pada hari Isnin)

Rujukan[sunting | sunting sumber]