Muzium Samudera Fasa II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Muzium Samusera Fasa II)
Jump to navigation Jump to search
Muzium Samudera II, Melaka.

Muzium Samudera Fasa II terletak di bangunan gudang lama Guthrie yang telah dibaik pulih oleh JKR bersebelahan replika kapal Flor de La Mar (Muzium Samudera asal). Muzium Samudera Fasa II merupakan kesinambungan dari penubuhan Muzium Samudera. Muzium ini diperlengkapkan dengan pameran alam samudera. Ia meliputi beberapa tema seperti penerokaan samudera, kehidupan di laut, khazanah dari laut dan yang terbaru sekali adalah pameran WWF.

Muzium Samudera Fasa II telah dibuka kepada orang ramai bermula dari 23 Mei 1998. Majlis pra-pembukaannya telah disempurnakan oleh YB Datuk Poh Ah Tiam, Pengerusi Jawatankuasa Neqeri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar. Ruang pamerannya menggunakan teknologi audio dan pencahayaan khas yang moden dangan tema-tema yang berkaitan dengan dunia maritim.

Objektif penubuhan[sunting | sunting sumber]

Untuk mempamerkan keperibadian alam samudera dan kaitannya dengan alam kemanusiaan yang mengambil kira proses ketamadunan dan perubahan teknologi yang seiring dengan arus pembangunan moden negara.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]