Muzium Sungai Lembing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Muzium Sungai Lembing mula dibuka kepada pengunjung pada 2001. Muzium ini memiliki keluasan 2.235 hektar.

  • 1906-1986 Perlombongan bijih timah Sungai Lembing dijalankan oleh Pahang Consolidated Company Limited (PCCL).
  • 1911 Bangunan ini asalnya sebuah banglo pengurus Eropah yang duduk di sini. Muzium ini menghadap Sungai Kenau. Senibinanya bercirikan senibina kolonial. Asalnya hanya beratapkan daun nipah dan menggunakan kulit-kulit kayu.
  • Lebih 100 peralatan berkaitan perlombongan bijih timah dipamerkan dan pasti mengimbau kembali nostalgia kegemilangan bijih timah di Malaysia dan Pahang khususnya .
  • Antara yang menarik ialah diorama dalam lombong bawah tanah dengan cahaya suram, suasana jijik dan kotor serta rel dan gerabak keretapi yang digunakan dalam lohong bawah tanah.
  • Pelombong ketika itu terpaksa menggunakan topi keselamatan, lampu kabaid dan lampu berkuasa bateri sahaja. Keberanian bekerja dalam terowong amat penting. Keselamatan menjadi perkara kedua.

INFORMASI MUZIUM SINGAI LEMBING ANTARA PAMERAN DAN GALERI DI MUZIUM SUNGAI LEMBING

PEMBAHAGIAN GALERI MUZIUM

Aras satu

•Kaunter Informasi •Pengenalan Sungai Lembing •Sejarah PCCL •Diorama Perlombongan •Pameran Luar

Aras Dua

•Sejarah Perlombongan Geologi & Geomorfologi Mining Arcade

•Mining Memoir Ekonomi Perlombongan Kaedah Perlombongan Peralatan & Pakaian

Muzium Sungai Lembing adalah mempamerkan pameran tetap, ianya berkaitan dengan perlombongan bijih timah di Sungai Lembing. Muzium Sungai Lembing memperagakan koleksi peralatan-peralatan perlombongan yang pernah digunakan untuk melombong bijih timah bawah tanah di Sungai Lembing. Di antara koleksi menarik yang dipamerkan adalah berusia lebih 50 tahun. Antara koleksi yang dipamerkan ialah topi pelombong lengkap dengan lampu, pakaian pelombong, tong bijih timah, wagon, dan sebagainya. Keseluruhan konsep muzium adalah berteraskan “edutainment” gabungan proses pembelajaran bercirikan hiburan mengikut citarasa pengunjung, bermaklumat, ceria, terhibur dan menarik.


SINOPSIS GALERI

Muzium Sungai Lembing mempunyai 2 aras iaitu aras satu dan aras dua. Aras satu terdiri daripada Kaunter Informasi, Pengenalan Sungai Lembing, Diorama Perlombongan, Sejarah PCCL & Pameran Luar.

a)Kaunter Informasi

Pelawat dialu-alukan kedatangan ke Muzium Sungai Lembing melalui pintu masuk utama.Pelawat boleh mendapat sebarang informasi berkaitan dengan Muzium Sungai Lembing di Kaunter Informasi.

b)Pengenalan Sungai Lembing

Segmen ini memaparkan panel-panel informasi berkaitan sejarah Bangunan Muzium Sungai Lembing, Objektif Penubuhan Muzium Sungai Lembing, Asal-usul Sungai Lembing, Perkembangan Awal Sungai Lembing dan Sungai Lembing Sekarang.

c)Diorama Perlombongan

Segmen ini mengambarkan bagaimana suasana perlombongan bijih timah yang sebenar.

d)Sejarah PCCL

Segmen ini dikhususkan kepada PCCL, syarikat yang beroperasi sejak 1906 sehingga 1986. PCCL merupakan syarikat yang memajukan lombong bijih timah bawah tanah secara komersial dan membangunkan Pekan Sungai Lembing.

Syarikat PCCL juga telah terlibat semasa pendudukan jepun di Sungai Lembing. Syarikat PCCL telah menghentikan operasi perlombongannya.Pihak British mengarahkan semua kolong ditengelamkan supaya pihak Jepun tidak memusnahkannya.

e)Pameran Luar

Antara koleksi-koleksi yang dipamerkan ialah pemadam api,pam air, penuang bijih, troli,kotak merah, pengusung,mini mox, dan alat-alat elektrik dan jentera yang lain.

`Aras dua terdiri daripada Sejarah Perlombongan, Geologi & Geomorfologi, Mining Arcade,Mining Memoir, Ekonomi Perlombongan, Kaedah Perlombongan, dan Peralatan dan Pakaian.

a)Sejarah Perlombongan

Segala paparan sejarah perlombongan ini yang bermula dengan penemuan bijih timah. Terowong bawah tanah adalah sinonim dengan kaedah perlombongan di Sungai lembing. Segmen ini menampilkan replika yang seumpama ini agar dapat mencernakan era awal perlombongan bijih timah bawah tanah di sungai Lembing. Pelawat akan dapat melihat,menjiwai seterusnya memahami kaedah perlombongan bawah tanah di Sungai Lembing.

b)Geologi & Geomorfologi

Model perlombongan di Sungai Lembing dipamerkan di segmen ini. Contoh-contoh batuan,contoh-contoh galian yang diperolehi di Sungai Lembing juga dipaparkan di Segmen ini.

c)Mining Arcade

Konsep ruang tamu turut diadaptasikan semasa era British untuk persembahan audio-visual Muzium Sungai lembing. Ruang ini dilengkapkan pelbagai perabut seperti kerusi,meja dan almari yang bersesuaian mengikut era tersebut. Pengunjung dapat menonton video dokumentari sejarah Sungai Lembing disudut yang disediakan.

d)Mining Memoir

Mining memoir adalah merupakan segmen mengimbas kembali kegemilangan industri bijih timah di Tanah Melayu. Bilik tidur dan bilik air sedia ada telah dibaikpulih dan dilengkapkan dengan perabut bilik tidur mengikut era tersebut.Beberapa penal berkaitan tokoh-tokoh yang berkait rapat dengan perlombongan Sungai Lembing serta paparan senarai nama pengurus-pengurus lombong yang pernah menginap dan berkhidmat dari tahun 1887 hingga 1986 turut di pamerkan kepada para pelawat.

Antara tokoh-tokoh yang terlibat ialah

•Sultan Ahmad •Sultan Abu Bakar

e)Ekonomi Perlombongan

Pelbagai peralatan pejabat dipamerkan di segmen ini antaranya Mesin teleks, Mesin Taip Elektrik, Mesin Taip Manual, Mesin Tunai, Kalkulator dan sebagainya. Foto-foto gambar pekerja-pekerja Asia dan Inggeris yang pernah berkhidmat di Sungai Lembing suatu ketika dahulu turut dipamerkan.

f) Kaedah Perlombongan

Pada amnya terdapat 5 kaedah perlombongan bijih timah yang dijalankan di Malaysia.

 Mendulang  Kapal Korek  Pam Hidrolik  Lombong Bawah Tanah  Lombong Dedah

g)Peralatan dan pakaian

Peralatan dan kelengkapan-kelengkapan pelombong dipamerkan di segmen ini. Antara peralatan yang digunakan ialah topi pelombong,lampu berkuasa bateri, gergaji, dapur semawang, bekas minuman & makanan dan sebagainya.

PENGANGKUTAN YANG DISEDIAKAN UNTUK KE MUZIUM SUNGAI LEMBING DARI BANDAR KUANTAN PAHANG

 Teksi - Tambang Pengangkutan pergi / balik RM 40.00 dari Bandar Kuantan  Bas - Tambang Pengangkutan Biasa – RM 5.00

 Tambang Pengangkutan Hawa Dingin – RM 5.20

Kemudahan  Tandas  Tempat Letak kereta percuma

WAKTU MELAWAT MUZIUM SUNGAI LEMBING

Isnin hingga Ahad = 9.00am-5.00pm

Jumaat = 9.00am-12.15pm 2.45 pm- 5.00pm

Tutup = Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Aidiladha

Tiada Bayaran Masuk 

MAKLUMAT TENTANG PEGAWAI/KETUA MUZIUM YANG BOLEH DIHUBUNGI

Rebiah bt Mohd Yusof Ketua Muzium Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Timur Muzium Sungai Lembing 26200 Kuantan Pahang Tel:09-5412378 Fax:09-5412377 E-Mail: rebiahmyusof@gmail.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]