My (stesen radio)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
MY
BandarKuala Lumpur
Kota Kinabalu
Kuching
Kawasan penyiaranMalaysia, Singapura dan Brunei
SloganMY, 好玩! (MY, lebih menyeronokkan!)
Tarikh siaran pertama1 Jun 1996; 26 tahun yang lalu (1996-06-01) (Saluran Astro 853)
1 Januari 1997; 26 tahun yang lalu (1997-01-01) (Talk Radio)
1 Ogos 1998; 24 tahun yang lalu (1998-08-01) (MY Semenanjung Malaysia)
25 Oktober 2010; 12 tahun yang lalu (2010-10-25) (MY Sarawak)
1 Disember 2010; 12 tahun yang lalu (2010-12-01) (MY Sabah)
BahasaMandarin (utama)
Kantonis (utama)
Hakka (siaran Sabah)
PemilikAstro Radio
(Measat Radio Communications Sdn Bhd)
Saluran kembar
Siaran webaudio1.syok.my/myfm
Tapak webmy.syok.my

MY (dahulu dikenali sebagai My FM)[1] merupakan stesen berbahasa Cina di Malaysia yang mula bersiaran pada 1 Ogos 1998. Ia adalah stesen radio ketiga yang berbahasa Cina di Malaysia, dan stesen radio swasta bahasa itu yang kedua, selepas Redi-FM (sekarang 988) memulakan siaran pada Disember tahun sebelumnya, setelah sebelum ini menjadi stesen radio tiga bahasa. Ia menggantikan TalkRadio yang muncul di gelombang FM Malaysia pada bulan Februari 1997 setelah sebelum ini menjadi salah satu saluran bunyi sahaja di Astro.

MY terus mendominasi pasaran pendengar berbangsa Cina sebagai stesen radio berbangsa Cina nombor satu dengan dua juta pendengar setiap minggu pada 2013. Fokus stesen radio ini adalah untuk semua golongan umur, tetapi setelah Astro Radio memperkenalkan radio Melody FM (akhiran FM digugurkan mulai Januari 2018), ia telah bertukar kepada stesen radio untuk pendengar muda. MY kini merupakan salah satu daripada dua radio berbahasa Cina yang dimiliki oleh AMP Radio Networks, setelah Melody FM mula bersiaran pada Ogos 2012. Beberapa penyampai dari stesen radio MY juga berpindah ke radio yang baru ditubuhkan itu.

Dengan perubahan nama kepada MY pada Januari 2018 yang turut menyaksikan perubahan logo dan tumpuan kepada media digital, cogankata baru MY untuk tahun 2018 adalah MY 好玩! (MY, lebih menyeronokkan!)[petikan diperlukan]

Frekuensi[sunting | sunting sumber]

Radio[sunting | sunting sumber]

MY Malaysia (1996-kini)[sunting | sunting sumber]

Frekuensi Kawasan Pemancar Kuasa Pemancar
101.8 MHz Lembah Klang Gunung Ulu Kali 2 kW
99.7 MHz Alor Setar, Kedah dan Perlis Gunung Jerai 2 kW
Pulau Pinang
100.2 MHz Taiping, Perak Bukit Larut 2 kW
100.6 MHz Ipoh, Perak Gunung Kledang 2 kW
100.6 MHz Seremban, Negeri Sembilan Gunung Telapak Buruk 2 kW
106.4 MHz Melaka dan Johor Utara Gunung Ledang 2 kW
95.4 MHz Johor Bahru, Johor dan Singapura Gunung Pulai 2 kW
Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia
100.1 MHz Langkawi, Kedah Gunung Raya 2 kW
101.1 MHz Kuantan, Pahang Bukit Pelindung 2 kW
101.2 MHz Kuala Terengganu, Terengganu Bukit Jerung 2 kW
102.3 MHz Kota Bharu, Kelantan Bukit Panau 2 kW

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Platform TV Saluran
Astro/NJOI 853

MY Sarawak (2010-kini)[sunting | sunting sumber]

Frekuensi Kawasan siaran Tapak pemancar Kuasa Pemancar
96.9 MHz Kuching, Sarawak Bukit Djin 2 kW
103.2 MHz Miri, Sarawak Bukit Lambir 2 kW

MY Sabah (2010-kini)[sunting | sunting sumber]

Frekuensi Kawasan siaran Tapak pemancar Kuasa Pemancar
104.0 MHz* Kota Kinabalu, Sabah Bukit Karatong 2 kW
100.6 MHz* Sandakan, Sabah Bukit Trig 2 kW
  • MY Sabah 104.0 MHz dari Bukit Karatong diganggu oleh Sabah V FM 104.1 MHz dari Bukit Pompod yang meliputi Kota Belud, Sabah dan kawasan sekitarnya namun, boleh didengari secara online melalui Aplikasi SYOK.
  • MY Sabah 100.6 MHz dari Bukit Trig diganggu oleh Radio IKIM 100.7 MHz dari Gunung Andrassy meliputi Tawau, Sabah dan kawasan sekitarnya namun, boleh didengari secara online melalui Aplikasi SYOK.

Radio internet[sunting | sunting sumber]

Siarkan dalam talian di laman web dan Aplikasi SYOK

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Astro.com.my. "Astro Radio refreshes 11 brands to deliver better value to fans | Press Release | Mediaroom | Astro". www.astro.com.my. Dicapai pada 2018-01-12.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]