My Coffee Prince

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
My Coffee Prince
GenreDrama, cinta, komedi
Berdasarkan daripada
The 1st Shop of Coffee Prince oleh MBC
PengarahMichael Ang
Dibintangi oleh
Fattah Amin
Janna Nick
Diana Danielle
Fahrin Ahmad
Daiyan Trisha
Zain Hamid
Sharifah Shahirah
Ellie Suriati
Jasmin Hamid
Ijoy Azhari
Lagu pembukaan"Akan Bercinta" oleh Janna Nick
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod28
Penerbitan
Tempoh siaranIsnin - Khamis, 10 malam
Syarikat penerbitan
Juita Viden Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria & Ria HD (Slot MegaDrama)
Siaran asal27 November 2017 – 11 Januari 2018
Kronologi
MengikutiRed Velvet
Diikuti olehLafazkan Kalimah Cintamu

My Coffee Prince[1] ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 yang diadaptasi daripada drama popular Korea Selatan, The 1st Shop of Coffee Prince lakonan Yoon Eun-hye dan Gong Yoo yang disiarkan di MBC pada 2007. Diarahkan oleh Michael Ang dan diterbitkan oleh Juita Viden, ia dibintangi oleh Fattah Amin dan Janna Nick sebagai teraju utama. Siri ini disiarkan serentak menerusi Slot MegaDrama di Astro Ria dan Astro Ria HD mulai 27 November 2017 menggantikan Red Velvet yang tamat bersiaran pada 23 November 2017.[2][3]

Malaysia menjadi negara ASEAN keempat yang mendapat hak eksklusif untuk menerbitkan semula drama Coffee Prince[perlu rujukan] selepas Thailand,[4] Filipina[5] dan China.[6]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Menceritakan kisah Dani, seorang gadis yang sering disalah anggap sebagai lelaki. Dani tinggal bersama ibunya Zahara dan adiknya Ira. Manakala Raikal, seorang ahli perniagaan muda tidak mengetahui Dani sebenarnya seorang gadis, lalu menawarkan pekerjaan kepadanya di kafe yang hanya dikhususkan untuk pekerja lelaki. Dani yang perlu bekerja keras untuk menyara keluarganya menerima tawaran tersebut.

Sejak Dani mula bekerja di kafe itu, Raikal secara tidak sengaja telah jatuh hati kepada Dani. Perasaan ini menyebabkan Raikal mula meragui seksualiti dirinya kerana di matanya, Dani ialah seorang lelaki. Sementara itu, Dani juga telah mula menyukai Raikal, namun tidak mahu mendedahkan bahawa dirinya ialah seorang gadis kerana beliau takut kehilangan pekerjaan.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

The 1st Shop of Coffee Prince (Hangul: 커피프린스 1호점) juga dikenali sebagai Coffee Prince ialah sebuah drama Korea 2007 lakonan Yoon Eun-hye, Gong Yoo, Lee Sun-kyun dan Chae Jung-an. Ia berdasarkan dari novel Lee Sun-mi dengan tajuk yang sama. Ia pada asalnya disiarkan di Korea Selatan oleh MBC pada 2 Julai 2007 dan dimuktamadkan pada 28 Ogos 2007. Ia menjadi salah satu siri paling popular di Korea pada tahun itu, meraih penarafan yang tinggi dan memenangi beberapa anugerah, termasuk Drama TV Terbaik di Anugerah Penerbit Korea ke-20; Pelakon TV Terbaik dan Pengarah TV Terbaik Terbaik di Anugerah Kesenian Baeksang ke-44 untuk Yoon Eun-hye dan Lee Yoon-jung; Kecemerlangan dalam Lakonan dan Anugerah Kecemerlangan dalam Lakonan untuk Yoon Eun-hye dan Gong Yoo, dan Anugerah PD untuk Kim Chang-wan di Anugerah Drama MBC 2007.[9]

Di Malaysia, siri ini disiarkan pada 2010 di Animax Asia dengan alih suara Bahasa Melayu dan sari kata Bahasa Inggeris.[10]

Penggambaran[sunting | sunting sumber]

Penggambaran My Coffee Prince dibuat menggunakan kamera resolusi 4K (ultra high definition) dengan nisbah aspek 22:9. Ketepuan warna yang rendah telah digunakan untuk memberikan kesan yang berbeza dari drama-drama yang lain.

Muzik[sunting | sunting sumber]

Lagu tema drama ini ialah "Akan Bercinta" nyanyian Janna Nick yang juga pelakon utamanya.

Selain dari itu, beberapa buah lagu tema juga telah dimainkan di dalam drama ini. Antaranya ialah:

  • "Aku Kamu" nyanyian Janna Nick dan Alvin Chong *
  • "Selalu" nyanyian Insomniacks *
  • "Mencintaimu" nyanyian Alvin Chong *
  • "Pejam" nyanyian The PRISM
  • "Cuma Kamu" nyanyian Ila Damiaa *
  • "Kita Manusia" nyanyian Daiyan Trisha *
  • "Heart of May" nyanyian Midnight Fusic *
  • "Mimpi" nyanyian Persis *
  • "Jatuh Cinta" nyanyian Alif Satar
  • "Di Persimpangan Dilema" nyanyian Nora
  • "Pesan" nyanyian Irfan Haris

* = original soundtrack untuk My Coffee Prince.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://www.astrogempak.com.my/artikel/5687/fattah-amin-hero-coffee-prince-malaysia-a-big-no-ini-reaksi-peminat-drama-korea/
  2. ^ Zaidi Mohamad (17 Julai 2017). "Drama 'Coffee Prince' terus kecoh". Berita Harian. Dicapai 26 Mei 2018. 
  3. ^ Zaidi Mohamad (2 Ogos 2017). "Coffee Prince milik Fattah Amin". Berita Harian. Dicapai 26 Mei 2018. 
  4. ^ "Brewing up a rich drama". Bangkok Post. 22 Jun 2012. Dicapai 7 Mac 2013. [pautan putus]
  5. ^ "Kris Bernal and Aljur Abrenica's Coffee Prince becomes trending topic on Twitter" ["Coffee Prince" Kris Bernal dan Aljur Abrenica menjadi topik sohor kini di Twitter]. Philippine Entertainment Portal (dalam bahasa Inggeris). 9 Oktober 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Julai 2014. Dicapai 7 Mac 2013. 
  6. ^ Vivi (17 Mac 2016). "Coffee Prince set for Chinese remake with the director of Heirs" [Coffee Prince akan dibikin sebuah versi baru di China dengan pengarah Heirs]. DramaFever (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 November 2017. Dicapai 25 November 2017. https://www.dramafever.com/news/coffee-prince-set-for-chinese-remake-with-the-director-of-heirs/
  7. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (20 Julai 2017). Fattah Amin Seperti Gong Yoo, Layak Jadi Hero ‘Coffee Prince’ mSTAR Online. Diperoleh pada 27 November 2017.
  8. ^ "Janna feels the heat of starring in 'Coffee Prince'". New Straits Times. July 25, 2017. Dicapai 27 November 2017. 
  9. ^ "Coffee Prince". Dicapai 2012-11-28. 
  10. ^ https://www.facebook.com/animaxasiatv/posts/119253794761750

Pautan luar[sunting | sunting sumber]