My Sweet Madu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
My Sweet Madu
Genre
Ditulis olehRehal Nuharis
PengarahRehal Nuharis
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Malaysia
Penerbitan
Tempoh siaran88 minit
Syarikat penerbitan
Dear Creative Media
Penyiaran
Saluran asalntv7
Tonton
Siaran asal11 November 2018

My Sweet Madu merupakan sebuah telefilem drama komedi Malaysia 2018 yang disiarkan pada 11 November 2018 di saluran ntv7 slot Luna pukul 9.30 malam.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Sebuah kisah komedi tentang perkahwinan Farel (Kamal Adli) bersama isteri-isterinya. Dalam perkahwinan pertama, Farel dipaksa berkahwin dengan Intan (Zulin Aziz) oleh ibunya dengan alasan Intan baru kehilangan ibunya dan tinggal sebatang kara sedangkan pada masa yang sama Farel sudah pun mempunyai pilihan hatinya sendiri iaitu Bella (Ain Edruce). Sejak hari pertama menjadi isteri kepada Farel lagi Intan sudah dapat rasakan suaminya itu tidak sukakannya. Akan tetapi Intan tetap menanam azam untuk terus berusaha memikat hati suaminya itu dan mahu menjadi isteri yang baik. Genap dua minggu perkahwinan Farel bersama Intan, Bella ajak Farel berkahwin. Bella bersetuju untuk adakan perkahwinan secara rahsia tanpa pengetahuan keluarganya. Bella juga mahu tinggal serumah dengan Intan walaupun pada awalnya Farel tidak bersetuju namun akhirnya Farel akur. Suatu hari tanpa disangka-sangka Mak Dian datang secara mengejut ke rumah Farel. Ketika itu Farel, Intan dan Bella berada di rumah. Kedatangan Mak Dian mula menghuru harakan keadaan. Tambahan bila Mak Dian memaklumkan dia akan tinggal di situ dalam seminggu dua. Mak Dian sedikit pelik bila melihat ada wanita lain (Bella) di dalam rumah itu dan dia mula rasakan ada sesuatu yang tak kena. Walaupun Farel memperkenalkan Bella sebagai orang gaji di dalam rumah itu, namun rasa sangsi dalam diri Mak Dian tetap ada. Akhirnya segalanya terbongkar, Farel mengaku yang dia telah memperisterikan Bella dan Intan yang membantu untuk menerangkan kepada Mak Dian. Farel sedar tentang kebaikkan Intan dan mula sayangkan kedua-dua isterinya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Muzik[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "My Sweet Madu (ntv7)". MyInfotaip. 11 November 2018.