Myisha Mohd Khairul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Myisha Mohd Khairul
Maklumat peribadi
Nama kelahiranMyisha binti Mohd Khairul
NegaraMalaysia
Lahir (2002-07-27) 27 Julai 2002 (umur 21)
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Cakat tanganKanan
Perseorangan wanita
Ranking tertinggi322 (22 Februari 2022)
Ranking semasa328 (12 April 2022)
Rekod pingat
Badminton wanita
Mewakili  Malaysia
Kejohanan Berpasukan Asia
Pingat gangsa – tempat ketiga Selangor 2022 Pasukan wanita
Profil BWF

Myisha Mohd Khairul (lahir 27 Julai 2002) ialah seorang pemain badminton perseorangan wanita professional Malaysia.[1][2] Beliau merupakan antara pemain dalam pasukan Malaysia yang membantu membawa pulang pingat gangsa pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2022.[3] Pencapaian terbaiknya adalah menjuarai Antarabangsa Belanda pada 2022.[4]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau mempunyai dua lagi adik beradik dan menghabiskan sebahagian besar hidupnya di kampung halamannya, Johor Bahru. Ibu bapanya pada mulanya mahu beliau menjadi seorang penari balet pada usia muda. Beliau cuba untuk meneruskan kerjaya dalam bidang taekwondo tetapi beliau tidak menggemari sukan itu kerana ia terlalu keras. Pada usia 9 tahun, beliau menceburi dalam sukan badminton selepas menemani abangnya ke kelas badminton pertamanya.[5][6]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Siri Antarabangsa BWF (1 gelaran)[sunting | sunting sumber]

Perseorangan wanita

Tahun Kejohanan Lawan Skor Keputusan
2022 Antarabangsa Belanda Malaysia Siti Nurshuhaini 21–19, 18–21, 21–19 Tempat pertama, pemenang pingat emas Juara
     Kejohanan Cabaran Antarabangsa BWF
     Kejohanan Siri Antarabangsa BWF
     Kejohanan Siri Masa Depan BWF

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Player: Myisha Mohd Khairul" (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Badminton Malaysia. Dicapai pada 19 Mac 2022.
  2. ^ "MYISHA Mohd Khairul". Persekutuan Badminton Dunia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2022.
  3. ^ "Badminton: Malaysian women's team fail to reach Badminton Asia Team Championships final after 3-0 loss to South Korea" (dalam bahasa Inggeris). The Star. Dicapai pada 19 Februari 2022.
  4. ^ "Myisha rangkul gelaran antarabangsa sulung". Berita Harian. 17 April 2022. Dicapai pada 17 April 2022.
  5. ^ "PLAYER PROFILE: MYISHA KHAIRUL". Persatuan Badminton Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 September 2021.
  6. ^ "These Two 15-Year-Olds Could Become Malaysia's Future Badminton Champions" (dalam bahasa Inggeris). Astro Gempak. Dicapai pada 17 Januari 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]