Myuchelys latisternum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Myuchelys latisternum
At Wildlife Habitat, Port Douglas, Australia
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Keluarga: Chelidae
Genus: Myuchelys
Spesies:
M. latisternum
Nama binomial
Myuchelys latisternum
(Gray, 1867)[1]
Sinonim[2]
  • Elseya latisternum Gray, 1867
  • Euchelymys spinosa Gray, 1871
  • Elseya latisternon Gray, 1871 (ex errore)
  • Elseya spinosa Gray, 1872
  • Emydura latisternum Boulenger, 1889
  • Elseya latisternum latisternum Blackmore, 1969

Myuchelys latisternum, ialah spesies kura-kura dari keluarga Chelidae yang berasal dari Australia, dan mendiami kawasan berair seperti sungai, tasik dan lagun iaitu kawasan berhampiran pantai Semenanjung Cape York ke utara New South Wales. Populasinya boleh ditemui hingga ke Newcastle - (Tapak Sungai Williams atau dahulunya ialah Empangan Tilligra). Haiwan ini asalnya berasal dari Tasik Eacham di Atherton Tablelands. Antara nama lain haiwan ini ialah: Kura-kura Sentap Bergerigi atau Kura-kura Punggung Gergaji.[3][4]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Kura-kura betina lebih besar berbanding jantan, dengan Karapas mencecah hingga 28 cm panjang berbanding jantan yang hanya mencapai kurang daripada 18 cm. Karapasnya bujur dan lebar di bahagian belakang.[3][4] Mereka jarang bersifat agresif, tetapi boleh menggigit, malah menghasilkan bau busuk.[4] Cangkerangnya bergerigi."[4]

Karapasnya berwarna coklat terang hinggalah gelap, dan kadangkala bertompok. Plastron (bahagian bawah perutnya) berwarna kuning. Kepalanya besar dan hidungnya muncung. Lehernya boleh dilentur ke sisi dan kakinya pula berselaput renang. Kaki hadapan anak kura-kura yang baru menetas bergerigi dan semakin licin apabila dewasa.[5]

Sejarah tatanama[sunting | sunting sumber]

Myuchelys latisternum (Gray, 1867) (Kura-kura Punggung Gergaji)

  • 1867 Elseya latisternum Gray, 1867, holotip, BMNH 1947.3.4.13, dari Utara Australia.[1]
  • 1871 Euchelymys spinosa Gray, 1871, holotip, BMNH 1946.1.22.77, dari Utara Australia. Sinonim

dengan Gray (1872a) dan Boulenger (1889).[6]

  • 2009 Myuchelys latisternum — Thomson & Georges, 2009[7] Pertama kali menggunakan kombinasi.

Kombinasi Wollumbinia latisternum (Gray, 1867) Wells, 2007, tidak diterbitkan dan tidak digunakan oleh Georges & Thomson, 2010.[2][8]

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Kura-kura betina membina sarang bermula bulan September ke Disember. Mereka boleh bertelur sehingga empat kali penetasan dalam satu musim dan mampu menghasilkan 9 ke 36 biji telur yang akan menetas sebelum musim sejuk, iaitu dalam masa 60 hari, dengan tempoh pengeraman lebih pendek di bahagian yang lebih ke selatan.[4] Telur-telurnya bervariasi iaitu sama ada "keras (34 X 22 mm)",[3] atau kecil dan "fleksibel".[4]

Diet[sunting | sunting sumber]

Haiwan ini bersifat maging. Menjadikan ikan, berudu, katak dan serangga akuatik sebagai makanan. Kodok yang sangat besar untuk ditelan, dikoyakkan menggunakan kuku kaki hadapan.[4]

Kelakuan[sunting | sunting sumber]

Haiwan ini menyerap oksigen melalui kulit, kloaka dan rongga bukofarinks yang menjadikan mereka mampu bertahan dalam air pada waktu yang lama.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Gray, J.E. 1867. Description of a new Australian tortoise. Annals and Magazine of Natural History. 3(20):43-45
  2. ^ a b Fritz Uwe; Peter Havaš (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 329. ISSN 1864-5755. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-12-17. Dicapai pada 29 May 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ a b c Ryan, Michelle, General Editor. (2000). Wildlife of Tropical North Queensland: Cooktown to Mackay. Queensland Museum. ISBN 0-7242-9349-3.
  4. ^ a b c d e f g Ehmann, Harold (1992). Encyclopedia of Australian Animals: Reptiles. Angus&Robertson. ISBN 0-207-17379-6 (Reptiles)
  5. ^ "Elseya latisternum". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-17. Dicapai pada 2018-09-20.
  6. ^ Gray, J.E. 1871. On Euchelymys a new genus and two new species of Australian freshwater tortoises. Annals and Magazine of Natural History. (4)8:117-118.
  7. ^ Thomson, S. & Georges, A. (2009) Myuchelys gen. nov. —a new genus for Elseya latisternum and related forms of Australian freshwater turtle (Testudines: Pleurodira: Chelidae) Zootaxa 2053: 32–42.
  8. ^ Georges, A. & Thomson, S. 2010. Diversity of Australasian freshwater turtles, with an annotated synonymy and keys to species. Zootaxa 2496: 1–37.
  9. ^ King, Peter; Heatwole, Harold (1994). "Partitioning of aquatic oxygen uptake among different respiratory surfaces in a freely diving pleurodiran turtle, Elseya latisternum". Copeia. 1994: 802–806. doi:10.2307/1447197. JSTOR 1447197.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]