N'Golo Kanté

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari N'Golo Kante)
N'Golo Kanté
ߒߜ߭ߏߟߏ ߞߊ߲ߕߍ߫
Kanté di Piala Dunia Rusia tahun 2018
Maklumat peribadi
Nama penuh N'Golo Kanté[1]
Tarikh lahir (1991-03-29) 29 Mac 1991 (umur 33)[2]
Tempat lahir Paris, Perancis
Ketinggian 1.71 m (5 ka ​7 516 in)[3]
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Al-Ittihad
Nombor 7
Kerjaya remaja
2001–2010 JS Suresnes
2010–2011 Boulogne
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2011–2013 Boulogne 38 (3)
2013–2015 Caen 75 (4)
2015–2016 Leicester City 37 (1)
2016–2023 Chelsea 190 (11)
2023– Al-Ittihad 7 (1)
Pasukan kebangsaan
2016– Perancis 53 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23:06, 21 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 3 Jun 2022

N'Golo Kanté (bahasa Bambara: ߒߜ߭ߏߟߏ ߞߊ߲ߕߍ߫‎, lahir 29 Mac 1991) ialah seorang pemain bola sepak profesional Perancis yang bermain untuk kelab Arab Saudi, Al-Ittihad dan pasukan kebangsaan Perancis sebagai pemain tengah.

Awal hidup dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau lahir di Paris[4] kepada dua orang imigran Mali yang tiba di Perancis untuk memulakan kehidupan baharu.[5] Beliau berketurunan Bambara; beliau dinamakan sempena Ngolo Diarra seorang raja bekas hamba yang menawan kerajaan Bamana (terletak dalam kota Ségou, Mali moden) yang amat penting kepada bangsa tersebut.[6] Beliau dibesarkan dalam persekitaran Islam di sebuah kediaman apartmen terletak di Rueil-Malmaison, Hauts-de-Seine.[7]

Ayahnya meninggal dunia ketika berusia 11 tahun.[8]

Kerjaya bola sepak[sunting | sunting sumber]

Kanté memulakan kerjaya sukannya pada usia lapan tahun bersama JS Suresnes, sebuah kelab yang berada di pinggiran barat ibukota, selama beberapa dekade.Berdasarkan pernyataan dari pembantu pengurus Pierre Ville, Kanté tetap berada di luar radar kelab-kelab besar karena tubuhnya yang kecil dan gaya bermain tanpa pamrih.[9] melalui , beliau menyertai pasukan cadangan Boulogne pada tahun 2010 atas suatu rundingan dengan presiden Suresnes. Dia memulai debut profesionalnya di pertandingan terakhir Ligue 2 pada 18 Mei 2012, kekalahan 1-2 di kandang untuk pasukannya yang sudah terdegradasi ke Monaco menggantikan Virgile Reset selama 11 minit terakhir.[10]

Selama musim Championnat National 2012-2013, beliau bermain di peringkat ketiga liga itu dengan hanya kehilangan satu pertandingan sahaja. Pada 10 Ogos, beliau menjaringkan gol pertamanya, satu-satunya dalam kemenangan atas Luzenac di Stade de la Libération,[11]

Caen[sunting | sunting sumber]

Kanté bersama Caen tahun 2013

Pada 2013, beliau menyertai pasukan Ligue 2 Caen dan terlibat dalam sebanyak 38 pertandingan di musim pertamanya; kemajuan ini membawa pasukannya berada di tempat ketiga yang melayakkan mereka Ligue 1. Dalam pertandingan keduanya pada 9 Ogos,dia mencetak gol pertamanya untuk menyamakan kedudukan dalam kemenangan 2-1 di Laval.[12]

Kanté memainkan 37 pertandingan saat Caen tetap di papan atas,satu-satunya ketidakhadirannya adalah hukuman karena dikeluarkan dari ketika kalah 0-1 atas Rennes di kandang mereka sendiri pada 30 Ogos.

Leicester city[sunting | sunting sumber]

Kanté dipindahkan ke kelab Leicester City yang dirangkum dalam Liga Perdana Inggeris oleh Steve Walsh yang sebelumnya telah menguruskan pemindahan Jamie Vardy dan Riyad Mahrez ke pasukannya.[13] Pada 3 Ogos 2015, beliau menyertai Leicester dengan kontrak empat tahun dengan gaji yang dirahsiakan namun dilaporkan sebesar €8 juta (£5,6 juta).[14][15] Beliau melakukan debutnya lima hari kemudian ketika menggantikan Vardy untuk lapan minit terakhir ketika mereka menang 4-2 atas Sunderland. Pada 7 November, beliau menjaringkan gol pertamanya di Liga Perdana Inggeris dalam kemenangan 2-1 melawan Watford.[16]

Dia mendapatkan banyak pujian untuk penampilannya yang secara konsisten dan mengesankan untuk Leicester,dan secara luas dianggap sebagai faktor utama untuk kelab yang secara luar biasa memenangkan Liga Perdana Inggeris secara konsisten membuat sejumlah besar serangan dan intersep.[17][18] Namun, Kanté meninggalkan Leicester pada musim panas 2016 satu-satunya pemain kunci dari skuad tersebut;[19] pemergiannya menjadi faktor utama penurunan tajam persrestasi Leicester pada musim 2016-17,karena kelab tidak dapat menemukan pemain yang sama handal dan terampil untuk menggantikannya.[20]

Chelsea[sunting | sunting sumber]

Kanté bermain untuk Chelsea tahun 2017

Pada 16 Juli 2016, Kanté menandatangani kontrak untuk bergabung bersama Chelsea dengan biaya yang dilaporkan sebesar £32 juta. Setelah menandatangani kontrak lima tahun dengan kelab, Kanté mengatakan: "Saya sangat senang telah menandatangani kontrak untuk salah satu kelab terbesar di Eropah. Ini adalah mimpi yang menjadi kenyataan bagi saya."[21][22]

Pada 15 Ogos 2016,Kanté membuat debut kompetitifnya di awal musim melawan West Ham United. Meskipun beliau mendapatkan kuning di tiga minit awal pertandingan, beliau bermain bagus selama pertandingan berlangsung, untuk membantu Chelsea meraih kemenangan 2-1.[23] Tiga bulan setelah pindah ke London, beliau menghadapi mantan pasukannya, Leicester City untuk pertama kalinya,dan menjadi pemain terbaik dalam kemenangan 3-0.[24]

Pada 26 Desember 2016,Kanté dinobatkan oleh L'Équipe sebagai pemain sepak bola terbaik keenam dunia pada tahun 2016.[25]

Pada 13 Mac 2017, Kanté terpilih sebagai pemain terbaik dan mencetak satu-satunya gol di minit ke-51, dalam Piala FA di perempat final atas Manchester United di Stamford Bridge.[26][27] Pada 20 April tahun sama, Kanté masuk dalam senarai Pasukan Terbaik PFA untuk kedua kalinya secara berturut-turut.[28] Beliau juga kemudian dinobatkan sebagai Pemain terbaik versi PFA,[29][30] dan "Pemain terbaik Liga Perdana Inggeris".[31] Kanté menjadi pemain pertama sejak Eric Cantona pada tahun 1993 untuk memenangkan kembali gelar liga Perdana Inggeris bersama dua kelab yang berbeza.[32] Pada bulan Oktober, Kanté dicalonkan untuk Ballon d'Or.[33]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Décret du 31 décembre 2018 portant promotion et nomination" [Decree of 31 December 2018 on promotion and appointment]. Official Journal of the French Republic (dalam bahasa Perancis). 2019 (1). 1 January 2019. PRER1835394D. Dicapai pada 28 November 2020.
  2. ^ "FIFA World Cup Russia 2018: List of Players: France" (PDF). FIFA. 15 July 2018. m/s. 11. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 June 2019.
  3. ^ "N'Golo Kante". Chelsea F.C.
  4. ^ Edwards, Peter (30 March 2017). "N'Golo Kante Uncovered: This is what drives the Chelsea star on". The Express.
  5. ^ Edwards, Peter (30 March 2017). "N'Golo Kante Uncovered: This is what drives the Chelsea star on". Daily Express.
  6. ^ Dormé, Elodie (21 August 2017). "Kanté dévoile pourquoi ses parents l'ont appelé N'Golo" (dalam bahasa Perancis). Yahoo Sport.
  7. ^ Fletcher, Paul (29 March 2017). "N'Golo Kante: How can Premier League clubs create next star?". BBC Sport. Dicapai pada 1 April 2017.
  8. ^ Law, Matt (2020-05-20). "Exclusive: N'Golo Kante allowed to miss Chelsea training because of Premier League restart fears". The Telegraph (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0307-1235. Dicapai pada 2020-05-20.
  9. ^ Fletcher, Paul (29 March 2017). "N'Golo Kante: How can Premier League clubs create next star?". BBC Sport. Dicapai pada 1 April 2017.
  10. ^ "US Boulogne vs. Monaco – 18 May 2012 – Soccerway". soccerway.com. Dicapai pada 4 June 2014.
  11. ^ "Ngolo Kanté fait souffler un vent de fraîcheur sur Boulogne" [N'Golo Kanté blows a wind of freshness on Boulogne]. La Voix du Nord (dalam bahasa French). 12 August 2012. Dicapai pada 21 March 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  12. ^ "Stade Lavallois : À Caen la victoire !" [Stade Lavallois: Victory to Caen!] (dalam bahasa French). La Mayenne, on adore !. 9 August 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2016. Dicapai pada 21 March 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ Percy, John (17 January 2016). "Arsenal raid Leicester for highly-rated scout who helped sign Riyad Mahrez and N'Golo Kante". The Daily Telegraph. Dicapai pada 26 April 2016.
  14. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan ESPN FC tidak disediakan
  15. ^ "Leicester City: N'Golo Kante signs from Caen". BBC Sport. Dicapai pada 3 August 2015.
  16. ^ "Leicester City: Leicester beat Watford". BBC Sport. Dicapai pada 7 November 2015.
  17. ^ "Jamie Carragher: Leicester's N'Golo Kante has impressed me more than Arsenal's Petr Cech". Daily Express. 1 January 2016.
  18. ^ Hafez, Shamoon (23 January 2016). "Leicester 3–0 Stoke". BBC Sport. Dicapai pada 25 January 2016.
  19. ^ Lyall Thomas (12 January 2017), Claudio Ranieri urges Leicester fans to welcome N'Golo Kante on return, Sky Sports, dicapai pada 13 January 2017
  20. ^ "Leicester City: What has changed at the Premier League champions?". BBC Sport. 9 February 2017. Dicapai pada 11 February 2017.
  21. ^ "Kante Signs". Chelsea FC. 16 July 2016. Dicapai pada 16 July 2016.
  22. ^ "N'Golo Kante seals £32m transfer from Leicester to Chelsea". Sky Sports. 16 July 2016. Dicapai pada 16 July 2016.
  23. ^ "Chelsea 2–1 West Ham: Costa's late strike earns Conte's first Premier League win". BBC Sport. 15 August 2016.
  24. ^ "Chelsea 3–0 Leicester City". BBC Sport. 15 October 2016.
  25. ^ "Les 100 meilleurs joueurs de l'année 2016". L'Équipe (dalam bahasa French). 26 December 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  26. ^ "Kante Fires as Chelsea Sends United Packing". Bein Sports. 14 March 2017.
  27. ^ "Chelsea 1 Manchester United 0". BBC. 13 March 2017.
  28. ^ "PFA teams of the year: Chelsea and Tottenham dominate Premier League XI". BBC Sport. 20 April 2017. Dicapai pada 6 May 2018.
  29. ^ "Men's PFA Players' Player of the Year 2017". The Professional Footballers Association. 13 April 2017.
  30. ^ "N'Golo Kante is Footballer of the Year". Football Writers' Association. FWA. Dicapai pada 8 May 2017.
  31. ^ "Kante honoured to win EA SPORTS Player of the Season". Premier League. Premier League. Dicapai pada 6 June 2017.
  32. ^ "N'Golo Kanté's relentless drive takes him to historic title double". The Guardian. 14 May 2017.
  33. ^ "Kanté in the running for Ballon D'or". Chelsea FC Official News. 9 October 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]