N. Periasamy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

N. Periasamy merupakan bekas timbalan Pengerusi MIC Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Beliau telah menjadi calon bebas bagi kawasan parlimen Lembah Pantai dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 menentang Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Barisan Nasional) dan calon Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008. Beliau kalah kerusi itu dengan mendapat hanya 489 undi undi berbanding calon BN 18,833 undi dan calon PKR 21,728 undi.

Semasa berkempen, beliau telah banyak kali diminta supaya menarik diri dari bertanding kerusi Parlimen itu termasuk menerima banyak panggilan. Ini kerana pencalonannya dapat memecah undi daripada kaum India. Walau bagaimanapun, dia tetap dengan pendiriannya untuk bertanding dan hanya akan berundur sekiranya seorang daripada lima anggota pertubuhan haram HINDRAF yang dikenakan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibebaskan. Di kawasan itu 54.5% pengundi adalah berbangsa Melayu, 27% berbangsa Cina manakala bangsa India hanya merangkumi 18.2% dan lain-lain bangsa 0.3%.

N. Periasamy juga merupakan pemilik Thangamalar Video Centre di Brickflieds dan juga di Masjid India, Kuala Lumpur. Beliau dikatakan pernah dituduh mengedar cakera padat video (VCD) haram, namun beliau memberitahu dakwaan ke atasnya telah pun digugurkan.