Pergerakan Negara-Negara Berkecuali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari NAM)
Jump to navigation Jump to search
Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM)
Peta negara-negara ahli dan pemerhati NAM
  •      Negara ahli
  •      Negara pemerhati
  • Biro PenyelarasanNew York City, New York, Amerika Syarikat
    Keahlian[1]
    • 120 negara ahli
    • 17 negara pemerhati
    • 10 badan antarabangsa
    Leaders
    • Badan perancang
    keputusan
    Persidangan Ketua Negara atau Kerajaan Berkecuali[2]
    • Negara ketua
     Venezuela
    • Pengerusi
    Nicolás Maduro[3]
    Pengasasan1961 di Yugoslavia Belgrade, Yugoslavia sebagai Persidangan Ketua Negara atau Kerajaan Berkecuali
    Laman sesawang
    mnoal.org

    Pertubuhan/Pergerakan Negara-negara Berkecuali atau NAM ialah sebuah organisasi antarabangsa yang disertai 120 negara yang berkecuali dan tidak memihak kepada mana mana blok kuasa.

    Sejarah[sunting | sunting sumber]

    Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah NAM

    NAM ditubuhkan pada tahun 1961 atas inisiatif Presiden Yugoslavia, Josip Broz Tito yang mengumpul negara negara yang tidak memihak kepada mana mana kuasa Perang Dingin. Ketika penubuhan NAM, hanya ada empat negara yang menyertainya iaitu India, Mesir, Indonesia dan Ghana. Walaupun penubuhan NAM diharap dapat merapatkan negara anggota sebagai satu pakatan seperti NATO atau Pakatan Warsaw, ia tidak pernah bersatu dan negara anggota sering kali ditarik atau tertarik untuk menyertai kuasa besar seperti NATO dan Pakatan Warsaw.

    Mesyuarat pertama NAM diadakan di Belgrade pada September 1961 dan menyaksikan penyertaan 25 ahli dengan sebelas ahli datang dari Asia dan Afrika, bersama sama Yugoslavia, Cuba dan Cyprus. Kumpulan ini berhasrat untuk menentang kolonisme, imperialisme dan neo-kolonialisme.

    Mesyuarat berikutnya diadakan di Kaherah pada 1964. Perhimpunan ini disertai oleh 46 negara dengan kebanyakan ahli baru datang dari negara negara Afrika yang baru merdeka. Mesyuarat ketika itu lebih banyak membincangkan konflik Arab-Israel dan Perang India-Pakistan.

    Mesyuarat ketiga diadakan di Lusaka ialah antara perhimpunan yang paling penting dalam sejarah NAM kerana pada tahun ini pergerakan ini menubuhkan organisasi untuk membantu hubungan ekonomi dan politik. Kenneth Kaunda, presiden Zambia memainkan peranan yang penting dalam perhimpunan ini.

    Pada 1973, mesyuarat diadakan di Algiers menyaksikan pergerakan ini berhadapan dengan realiti ekonomi terkini. Kejutan Minyak (Oil Shock) menyebabkan sesetengah ahli anggota lebih kaya daripada yang lain.

    Setiausaha Agung[sunting | sunting sumber]

    Ketika ini (2016), jawatan Setiausaha Agung NAM dipegang oleh Venezuela.

    Berikut ialah senarai penjawat Setiausaha Agung NAM sejak awal penubuhannya:

    Nama Negara Tempoh
    Josip Broz Tito  Yugoslavia 1961-1964
    Gamal Abdel Nasser  Mesir 1964-1970
    Kenneth Kaunda  Zambia 1970-1973
    Houari Boumédienne  Algeria 1973-1976
    William Gopallawa  Sri Lanka 1976-1978
    Junius Richard Jayawardene 1978-1979
    Fidel Castro  Cuba 1979-1983
    N. Sanjiva Reddy  India 1983
    Zail Singh 1983-1986
    Robert Mugabe  Zimbabwe 1986-1989
    Janez Drnovšek  Yugoslavia 1989-1990
    Borisav Jović 1990-1991
    Stjepan (Stipe) Mesić 1991
    Branko Kostić 1991-1992
    Dobrica Ćosić 1992
    Suharto  Indonesia 1992-1995
    Ernesto Samper Pizano  Colombia 1995-1998
    Andrés Pastrana Arango 1998
    Nelson Mandela  Afrika Selatan 1998-1999
    Thabo Mbeki 1999-2003
    Mahathir bin Mohammad  Malaysia 2003
    Abdullah Ahmad Badawi 2003-2006
    Fidel Castro  Cuba 2006-2008
    Raúl Castro 2008-2009
    Hosni Mubarak  Mesir 2009-2011
    Mohamed Hussein Tantawi 2011-2012
    Mohammed Mursi 2012
    Mahmoud Ahmadinejad  Iran 2012-2013
    Hassan Rouhani 2013-2016
    Nicolás Maduro  Venezuela 2016-kini

    Persidangan[sunting | sunting sumber]

    Tarikh Negara tuan rumah Bandar tuan rumah
    1 1–6 September 1961  Yugoslavia Belgrade
    2 5–10 Oktober 1964  Republik Arab Bersatu Kaherah
    3 8–10 September 1970  Zambia Lusaka
    4 5–9 September 1973  Algeria Algiers
    5 16–19 Ogos 1976  Sri Lanka Colombo
    6 3–9 September 1979  Cuba Havana
    7 7–12 Mac 1983  India New Delhi
    8 1–6 September 1986  Zimbabwe Harare
    9 4–7 September 1989  Yugoslavia Belgrade
    10 1–6 September 1992  Indonesia Jakarta
    11 18–20 Oktober 1995  Colombia Cartagena
    12 2–3 September 1998  Afrika Selatan Durban
    13 20–25 Februari 2003  Malaysia Kuala Lumpur
    14 15–16 September 2006  Cuba Havana
    15 11–16 Julai 2009  Mesir Sharm el-Sheikh
    16 26–31 Ogos 2012  Iran Tehran
    17 13–18 September 2016  Venezuela Porlamar
    18 25–26 Oktober 2019  Azerbaijan Baku

    Jawatan[sunting | sunting sumber]

    Ketika jawatan sekretariat NAM dipegang oleh Malaysia, pembaharuan yang dilakukan oleh Malaysia ialah penubuhan Majlis Perniagaan NAM. Majlis ini ditubuhkan dengan tujuan mengukuhkan kerjasama selatan-selatan dan membantu perdagangan dan pelaburan antara negara anggota. Majlis diketuai oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai penasihat dan Azman Hashim sebagai presiden.

    Rujukan[sunting | sunting sumber]

    1. ^ "NAM Members & Observers". Dicapai 20 March 2019. 
    2. ^ "The Non-Aligned Movement: Background Information". Government of Zaire. 21 September 2001. Diarkibkan daripada asal pada 9 February 2016. Dicapai 23 April 2011.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
    3. ^ "NAM Structure". Dicapai 4 Julai 2019. 

    Pautan luar[sunting | sunting sumber]