Amir Amzah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari ND Lala)
Lompat ke: pandu arah, cari
ND Lala
Nama lahir Amir Amzah bin Salleh
Juga dikenali sebagai ND Lala
Kelahiran Malaysia
Genre Tradisional, Folk
Pekerjaan Penyanyi, Penerbit, Pengacara TV dan Pelakon
Tahun aktif 1982 - kini

Amir Amzah Salleh atau lebih dikenali sebagai ND Lala merupakan seorang penyanyi Malaysia yang terkenal di era 1980an dan 1990an menerusi muzik genre pop tradisional dan rakyat (folk). Beliau juga bergelar pengacara TV dan pelakon selain melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Beliau juga adalah salah seorang penyanyi Malaysia yang berjaya melahirkan album solo di setiap 4 dekad berturut selain M Nasir, Sharifah Aini, Anita Sarawak, Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, Jamal Abdillah dan Noraniza Idris.

Muzik[sunting | sunting sumber]

Sepanjang bergiat serius sebagai penyanyi sejak 1987, beliau telah melahirkan 8 buah album solo termasuk Rezeki pada tahun 2000. Album lain yang pernah dihasilkan oleh N.D Lala ialah Buah Hati Dikebas Orang, Balada Cintamu Balada Cintaku, Peel dan Bila Lagi . Beliau juga pernah menghasilkan album Ya Y.B dan Rumah Kita yang dijual di kalangan ahli-ahli UMNO sahaja [1]. ND berpeluang berkerjasama dengan penerbit handalan seperti Ahmad Nawab dan Adnan Abu Hassan ketika awal karier muziknya sebelum bertindak menerbitkan sendiri lagu-lagu dalam 4 album terakhirnya. Beliau juga antara penyanyi terawal yang mendapat sentuhan daripada komposer terkenal Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) yang ketika itu belum begitu aktif menerbitkan album pop tradisional. Kejayaan beberapa buah lagu ND membuka pasaran yang baik untuk muzik tradisional pada tahun 1996. Antara lagu yang hit dendangan beliau adalah lagu "Mat Tahir Mata Air", "Diari YB", "Syair Cak Pong", "Zapin Berharap". Dua buah lagunya pernah memenangi Juara Lagu Kategori Etnik Kreatif pada 1995 dan 1996 selain pernah bertanding sebagai komposer untuk lagu nyanyian Noraniza Idris ("Hala Timur", 2002). Beliau juga pernah memenangi Anugerah Industri Muzik.

Sebagai penyanyi beliau cukup terkenal dengan lagu-lagu bergenre tradisional yang berkonsepkan satira, komedi, rakyat dan pop. Malahan namanya berjaya diletakkan sebaris dengan penggiat muzik tradisional era 90an lain seperti Kopratasa (lagu puisi), M. Nasir (nusantara dan sufi), Sheqal (nusantara), To'ki (pop tradisional), Noraniza Idris (pop tradisional, etnik fusion) dan Zainal Abidin (etnik fusion).

Pengacaraan[sunting | sunting sumber]

Sebelum betul-betul aktif dalam industri rakaman, ND terlebih dahulu menceburi bidang pengacaraan apabila diberi peluang mengacarakan program Muzik Muzik selama satu musim pada tahun 1988. Beliau juga diberi peluang mengacarakan peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-3 anjuran TV3. Selain itu ND Lala juga terkenal sebagai pengacara program pencarian penyanyi anjuran RTM iaitu Bintang RTM untuk edisi tahun 1993, 1995, 1997, 1999 dan 2001 di mana menerusi pertandingan ini lahirnya bakat baru seperti Nora Ariffin, Siti Nurhaliza, Alyah Abu Hasan dan Misha Omar. Dalam pada itu, ND juga pernah mengacarakan acara hiburan berprestij Anugerah Bintang Popular Berita Harian sebanyak tiga kali iaitu pada edisi 1988, 1992 dan 2001.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau menikahi wanita bernama Fauziah Sharman pada tahun 1989 setelah berkenalan ketika sama-sama terlibat dalam program Mekar Sejambak di Radio Televisyen Malaysia. Mereka dikuarniakan empat cahaya mata, Nur Shahila (lahir 1990), Amir Syafiq (lahir 1993), Amir Syahir (lahir 1995) dan Nur Syuhada (lahir 1998) [2]. Nur Shahila atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah merupakan penyanyi terkenal yang mencipta nama di peringkat antarabangsa.

Pada awal tahun 2013, ND Lala menghiasi dada-dada akhbar utama negara ekoran pergeseran dengan pelakon muda Sharnaaz Ahmad yang ketika berpacaran dengan anak gadisnya, Shila. ND dikatakan menghalang usaha Sharnaaz untuk memperisterikan Shila yang ketika itu sedang berusaha membina nama di negara China. Akibatnya kedua-dua mereka berperang mulut di media[3].

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Solo

Single

  • "Buah Hati Di Kebas Orang"
  • "Alah Emak Kahwinkan Aku"
  • "Tahun Melawat Malaysia"
  • "Sebuah Lakunan Cinta"
  • "Jangan Suka Mengata"
  • "Mat Tahir Mata Air"
  • "Haruskah Kita Berpura"
  • "Ingat Mengingat"
  • "Dondang Sayang Anak Emak" (duet bersama biduanita Rosiah Chik)
  • "Pandu Cermat, Hati-hati" (menampilkan Tushee)
  • "Kata Tak Sekata"
  • "Diari Y.B"
  • "Cok Cok Kendung"
  • "Masa Bercinta"
  • "Syair Cak Pong"
  • "Bila Lagi?"
  • "Kisah Benar"
  • "Jenguk-jenguklah Anak Kita" (menampilkan Shila Amzah)
  • "Zapin Berharap"
  • "Yang Benar"
  • "Joget Sayang Y.B"
  • "Rezeki"
  • "Cerita Rekaan"
  • "Rumah Kita"
  • "PM Kita Untuk Semua"

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Filem

Televisyen

  • Penghujung Rindu (1982-1983)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]