NETMA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Agensi Pengurusan Tornado dan Eurofighter NATO (bahasa Inggeris: NATO Eurofighter and Tornado Management Agency atau NETMA) merupakan pelanggan dan badan pengurusan utama untuk empat negara yang terlibat di dalam program pembangunan pesawat Eurofighter Typhoon. [1]

Ibu pejabat NETMA terletak di pinggir bandar Munich, Jerman dan mempunyai para pekerja awam dan tentera yang dipinjamkan oleh negara-negara yang mengambil bahagian iaitu - United Kingdom, Jerman, Itali dan Sepanyol.

Agensi NATO ini telah menggantikan dua pertubuhan sebelumnya - Agensi Pengurusan Pembangunan dan Pengeluaran Pesawat Tempur Pelbagai Peranan NATO (NATO Multirole Combat Aircraft Development and Production Management Agency atau NAMMA) dan Agensi Pengurusan Logistik dan Pembangunan Pengeluaran EFA NATO (NATO EFA Development Production and Logistics Management Agency atau NEFMA). NETMA bertanggunjawab bagi pembangunan dan pengeluaran bersama kedua-dua pesawat Typhoon dan Panavia Tornado.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "NATO Handbook". Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-05-31. Dicapai pada 2001-05-31.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]