NHK

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Logo NHK

NHK (日本放送協会 Nippon Hōsō Kyōkai?), atau Perbadanan Penyiaran Jepun, merupakan sebuah agensi penyiaran awam di Jepun. Radio Tokyo adalah nama tidak rasmi NHK, dan merujuk kepada asal-usulnya sebagai sebuah stesen radio. NHK kini mengendalikan dua perkhidmatan televisyen melalui pancaran dari darat (terrestrial), NHK General TV dan NHK Educational TV, tiga perkhidmatan TV menerusi satelit, NHK BS-1, NHK BS-2 dan NHK Hi-Vision (penyiaran definisi tinggi) dan tiga rangkaian radio, NHK Radio 1, NHK Radio 2 dan NHK FM. Untuk mereka yang berada di luar negara, ia juga menyiarkan perkhidmatan NHK World TV, NHK World (boleh didapati di stesen televisyen berbayar Astro di Malaysia) dan NHK World Radio.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

NHK dimulakan pada 1926, berdasarkan model syarikat radio BBC. Sebuah rangkaian kedua radio dimulakan pada 1931 dan siaran gelombang pendek dipancarkan ke luar negara pada 1935.

Pada November 1941, Tentera Diraja Jepun memiliknegarakan semua agensi berita awam dan mengkordinasikan usaha mereka menerusi penubuhan Majlis Perhubungan Maklumat Sulit yang terdiri daripada wakil dari Tentera Darat dan Laut, dan juga dari beberapa agensi kerajaan seperti Kementerian Luar, Kementerian Asia Timur Raya, Kementerian Pengangkutan, Biro Maklumat Kabinet dan agensi media, Domei dan NHK. Selepas ini, segala media cetak dan penyiaran menjadi pengumuman rasmi Ibu Pejabat Tentera Diraja Jepun di Tokyo selama berlangsungnya Perang Dunia II.

NHK memulakan perkhidmatan televisyen pada 1953 dan menyiarkan siaran berwarna yang pertama pada 1960. NHK merupakan syarikat pertama yang memperkenalkan penyiaran iklan ke televisyen Jepun, tetapi kini syarikat tersebut dibiayai oleh yuran penonton. Penduduk Jepun yang memeliki televisyen diwajibkan membayar yuran USD 12 setiap bulan dibawah Akta Penyiaran "Hōsō Hō". Namun, akta tersebut tidak menyebut hukuman yang dikenakan jika yuran tidak dilunaskan.

Segala rangkaian NHK berpindah kepada penyiaran digital pada 2000.

Rancangan[sunting | sunting sumber]

NHK General TV menyiarkan berbagai rancangan seperti berikut:

  • Berita. Tempatan, nasional dan dunia.
  • Cuaca. Cuaca secara terperinci, dalam dan luar negeri.
  • Sukan. NHK menyiarkan pertandingan tahunan "Grand Sumo", besbol sekolah menengah, Olimpik, dan bermacam-macam lagi rancangan sukan.
  • Analisa berita. NHK menawarkan rancangan yang memaparkan laporan secara khusus mengenai topik-topik yang terkini, perdebatan politik dan rancangan-rancangan yang serupa.
  • Muzik. Acara tahunan Kouhaku Uta Gassen sehari sebelum Tahun Baru merupakan rancangan paling menarik pada hari tersebut. Rancangan setiap minggu termasuk rancangan satu jam untuk pemuzik amateur.
  • Drama. Rancangan pagi sentimental, cerita-cerita yang bertema zaman lama yang dipanggil jidaigeki, dll.
  • Lain-lain. Rancangan memasak, komedi, anime dll.

Stesen televisyen lain di Tokyo[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]