Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari NIOSH)
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH)
NIOSH
Intisari agensi
Dibentuk1 Jun 1992; 31 tahun yang lalu (1992-06-01)
JenisAgensi
Bidang kuasa
Malaysia
Ibu pejabatBandar Baru Bangi, Selangor
Menteri bertanggungjawab
Timbalan menteri bertanggungjawab
Eksekutif Agensi
Laman sesawang
www.niosh.com.my

Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (Bahasa Inggeris: National Institute of Occupational Safety and Health; NIOSH) ialah agensi persekutuan Malaysia yang bertanggungjawab menjalankan penyelidikan dan membuat cadangan untuk pencegahan kecederaan dan penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan. NIOSH terletak di bawah pentadbiran Kementerian Sumber Manusia Malaysia.[1][2]. Menurut laman web rasmi NIOSH, visi NIOSH adalah "To be a leading center of excellence in Occupational Safety and Health in Malaysia" dan Misi NIOSH adalah "To provide practical solutions in the field of Occupational Safety and Health". Terdapat lima(5) servis utama yang disediakan oleh NIOSH iaitu, i) Latihan; ii) Konsultasi; iii) Penyelidikan dan Pembangunan; iv) Penyebaran Maklumat; dan v) Peperiksaan [1].

Sejarah[sunting | sunting sumber]

NIOSH ditubuhkan pada 1 Jun 1992 sebagai sebuah syarikat berhad di bawah Kementerian Sumber Manusia dengan visi menjadi pusat kecemerlangan dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan. NIOSH pada awalnya bermula sebagai sebuah syarikat berdaftar pada tahun 1965 dengan geran sebanyak RM1 juta daripada Kerajaan dengan dana endaumen RM50 juta bersamaan RM40 juta dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang mana akan dilaburkan dan kembalinya pelaburan tersebut, akan digunakan untuk membiayai sebahagian operasi dan aktiviti yang dijalankan oleh NIOSH.[3] Ibu pejabat NIOSH yang pertama adalah di Damansara dan telah berpindah ke Bandar Baru Bangi.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Fatin Athirah (9 April 2019). NIOSH can give practical solutions to occupational health problems, says its chairman New Straits Times. Dicapai pada 24 April 2019.
  2. ^ Fahmi Azril Rosli (6 Ogos 2018). NIOSH tidak bergantung dengan kerajaan Berita Harian. Dicapai pada 24 April 2019.
  3. ^ NIOSH: Latar belakang Ilo.org. Dicapai pada 27 April 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]