Watak bukan pemain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari NPC)

Watak bukan pemain (bahasa Inggeris: Non-player character), seringkali disingkatkan dan disebut sebagai NPC sahaja, ialah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada watak yang dikawal oleh gamemaster dalam sebuah permainan video berperanan. Dalam penggunaan yang merujuk kepada mana-mana judul permainan video, seorang NPC merupakan salah satu watak daripada program, dan tidak dikawal oleh manusia.

Permainan berperanan (RPG)[sunting | sunting sumber]

Dalam sebuah permainan berperanan tradisional seperti Dungeons & Dragons, seorang NPC dikawal oleh seorang gamemaster. Watak-watak NPC memenuhi dunia fantasi tersebut, dan boleh memainkan mana-mana peranan yang belum diisi oleh watak pemain (PC). NPC mungkin sekali sekutu, orang tengah mahupun penentang kepada PC.

Permainan video dan komputer[sunting | sunting sumber]

Istilah non-player character turut digunakan dalam permainan video berperanan konsol dan permainan video berperanan komputer untuk menerangkan sesetengah makhluk ynag tidak berada di bawah kawalan para pemain. Seringkali penggunaan ini mencadangkan bahawa NPC bersekutu atau berpihak (sekurang-kurang neutral) dengan watak para pemain, manakala musuh-musuh pula kadang-kala dirujuk sebagai mob ataupun creeps. Dalam permainan video, NPC kadang-kala dikembangkan menjadi non-player character atau non-player class.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]