Pergi ke kandungan

Lebuhraya Baru Pantai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada NPE)
Lebuhraya E10 shield
Lebuhraya E10
Lebuhraya Baru Pantai
New Pantai Expressway
Lebuhraya NPE
新班底大道
Maklumat laluan
Diselenggara oleh New Pantai Expressway Sdn Bhd
Panjang19.6 km (12.2 mi)
Hubungan utama: 14.0 km (8.7 bt)
Hubungan Salak: 5.6 km (3.5 bt)
Wujud2000–kini
SejarahSiap pada 2004
Simpang utama
Hujung barat dayaPersiaran Tujuan di Subang Jaya, Selangor
Persimpangan utamaPersiaran Kewajipan
Lebuhraya Damansara–Puchong
LP 2 Lebuhraya Persekutuan
B14 Jalan Klang Lama
Jalan Kuchai Lama
Lebuhraya Hubungan Timur–Barat
Lebuhraya Maju
Hujung timur lautJalan Bangsar di Bangsar, Kuala Lumpur
Lokasi
Destinasi
utama
USJ, Subang Jaya, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Kuchai Lama, Pantai Dalam, Pantai Bahru, Bangsar, Kuala Lumpur
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

E10 Lebuhraya Baru Pantai, (bahasa Inggeris: New Pantai Expressway, NPE) ialah sebatang lebuh raya utama di kawasan Lembah Klang, Malaysia. Lebuhraya berukuran 19.6 km (12.2 batu) ini mempermudah capaian ke Kuala Lumpur dari kawasan Subang Jaya dan Bandar Sunway, mengelakkan kesesakan di laluan LP 2 Lebuhraya Persekutuan pada waktu puncak. NPE terdiri daripada Penghubung Utama dan Penghubung Salak. "Lebuhraya Baru Pantai" ialah nama yang ditetapkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia, tetapi ramai yang menyangka namanya "Lebuhraya Pantai Baru".

Kilometer sifarnya terletak di Persimpangan Jengka di Subang Jaya, Selangor.

Lebuhraya ini sebenarnya merupakan gabungan Jalan Subang Utama (Persiaran Tujuan - PJS), Jalan Klang Lama LP 2 (Lebuhraya Persekutuan - Jalan Templer) dan Jalan Pantai Dalam (Jalan Bangsar - Kampung Pantai Dalam).

NPE dibina dari tahun 2000 hingga 2003. Pembinaan lebuh raya dipimpin oleh IJM Corporation bersama anak syarikatnya Road Builder. Fasa 1, iaitu di antara bulatan Jengka dan Bandar Sunway siap pada tahun 2002., diikuti bahagian seterusnya dari Bandar Sunway ke Pantai Baharu (Fasa 2) dan dari Pantai ke Salak Selatan (Fasa 3: Hubungan Salak) pada tahun 2003. Lebuhraya ini dibuka pada 30 April 2004.

Persimpangan Tujuan yang menggantikan simpang jalan T dibina dari tahun 2004 hingga 2006. Susur Bulatan Gasing dari NPE ke Jalan Gasing turut dibina dari tahun 2004 hingga 2006. Susur khas ke aras tempat letak kereta Sunway Pyramid juga dibina dari Januari hingga November 2007, sebelum dibuka pada Disember 2007.

Penutupan plaza tol PJS 2 (ke arah Kuala Lumpur)

[sunting | sunting sumber]

NPE ada tiga buah plaza tol di Jalan PJS 5, PJS 2 dan Pantai Dalam. Pada 13 Februari 2009, plaza tol PJS 2 untuk lalu lintas ke arah Kuala Lumpur sepanjang NPE diruntuhkan terutamanya untuk meringankan beban penduduk Taman Medan, Kampung Dato' Harun dan kawasan-kawasan berdekatan kerana tiada laluan alternatif bagi penduduk arah KL berikutan pengaturan semula aliran lalu lintas di kawasan itu.

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Antara ciri-cirinya termasuk jejambat ke arah Bangsar dan Susur Kewajipan, iaitu dari Jalan Kewajipan ke arah lebuh raya. Tiadanya hentian sebelah dan pondok rehat di sepanjang lebuh raya ini. Satu lagi ciri khas ialah susur masuk ke Sunway Pyramid di Bandar Sunway.

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Plaza tol PJS 2

[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Februari 2009, seramai 50 orang berkumpul di Petaling Jaya Selatan untuk menunjuk perasaan di plaza tol PJS 2 NPE berhampiran Taman Medan, dengan menyeru agar tol NPE dimansuhkan kerana membebankan rakyat, khususnya penduduk berhampiran. Pemangku Ketua UMNO Petaling Jaya Selatan Raja Datuk Hanipuddin Raja Datuk Nong Chik berkata para penduduk terpaksa membelanjakan purata RM500 sebulan untuk membayar tol itu. “Mereka terpaksa membayar RM1.60, padahal rumah mereka terletak hanya 200 m dari plaza tol. Caj tol ini mungkin yang tertinggi di Lembah Klang,” katanya.

Kerajaan bersetuju memansuhkan plaza tol PJS 2 dari Seri Setia dekat Lebuhraya Persekutuan ke arah Kuala Lumpur mulai jam 12.01 tengah malam, 14 Februari 2009.[1]

Kadar tol

[sunting | sunting sumber]
Kelas Jenis kenderaan Kadar (RM)
PJS 5 PJS 2 Pantai Dalam
0 Motosikal, basikal atau kenderaan 2 roda ke bawah Percuma
1 Kenderaan 2 gandar, 3 atau 4 roda kecuali teksi 2.30
2 Kenderaan 2 gandar, 5 atau 6 roda kecuali bas 3.20
3 Kenderaan 3 gandar ke atas RM4.80
4 Teksi RM0.80
5 Bas RM1.60

Senarai persimpangan

[sunting | sunting sumber]

Hanya persimpangan utama yang disenaraikan dalam jadual.

Petunjuk:

Hubungan Utama

[sunting | sunting sumber]
Negeri/wilayahDaerahLokasikmKeluarNamaDestinasiCatatan
SelangorPetalingSubang Jaya1001Persiaran Tujuan – Subang Jaya (SS18, SS19), UEP Subang Jaya, Glenmarie, Shah Alam
0.0Persiaran Jengka – Subang Jaya (SS12, SS13, SS14, SS15, SS17, SS18)
0.81002Persiaran Kewajipan – Subang Jaya (SS12, SS13, SS14, SS15), UEP Subang Jaya, Sri Petaling, Shah Alam
2.2Service road – Sunway Pyramid
3.01003 Lebuhraya Damansara–Puchong – Bandar Sunway, Kelana Jaya, Damansara, Petaling Jaya, Shah Alam, Putrajaya
Petaling Jaya4.0Penchala River bridge
4.2PJS 5 toll plaza (barrier system; eastbound)
LP 2 Federal Highway – Kelana Jaya, Shah Alam
B14 Jalan Klang Lama – Kampung Medan, Petaling Jaya (PJS 2)
Westbound exit and eastbound entrance only
Western terminus of concurrency with B14
PJS 2 toll plaza (barrier system; westbound)
7.61005Taman Maju JayaJalan PJS 2/12 – Taman Maju Jaya, Petaling Jaya (PJS 2, 3, 4)Westbound exit and eastbound entrance only
19.11006Jalan TemplerJalan Templer – Petaling Jaya
B14 Jalan Klang Lama – Section 18, Taman Seri Sentosa
No westbound exit
Eastern terminus of concurrency with B14
Kuala LumpurLembah PantaiPantai Dalam19.8Jalan Kampung Pasir – Bandar Kinrara, PuchongWestbound exit and eastbound entrance only
10.1Pantai Dalam toll plaza (barrier system)
10.6 Lebuhraya Baru Pantai (Salak link) – Seremban, Sungai Besi, Kuchai Lama
11.4Jalan Kubur – Pantai Sentral
Jalan Pantai Dalam – Pantai Dalam
No northbound exit and southbound entrance to/from Jalan Pantai Dalam
12.11008Lembah PantaiJalan Pantai Permai – Bukit Kerinchi, Kampung Pasir Baru
Bangsar12.8 LP 2 Jalan Syed Putra – No accessSouthbound entrance from northeast only
13.11009Pantai BaharuJalan Pantai Baharu – Kerinchi, KL Eco City
Through to Jalan Bangsar
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Hubungan Salak

[sunting | sunting sumber]
WilayahDaerahLokasikmKeluarNamaDestinasiCatatan
Kuala LumpurLembah PantaiPantai Dalam10.6Main Link Lebuhraya Baru Pantai – Subang Jaya, Bandar Sunway, Petaling Jaya, central Kuala Lumpur, Bangsar, Pantai Dalam
SeputehKuchai Lama16.61007AJalan Kuchai LamaJalan Kuchai Lama – Kuchai Lama, Sungai Besi
17.0Salak South Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban – central Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Seremban, Sungai Besi
Lebuhraya Maju – Kuala Lumpur International Airport, Putrajaya, Cyberjaya
No exit to E20 northbound or entrance from E20 southbound
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi
  1. ^ "Toll at PJS2 plaza abolished". The Star. 2009-02-14.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]