Nabi Idris a.s.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Nabi Idris)
Lompat ke: pandu arah, cari
Nabi Idris
إدريس

Sebahagian daripada siri berkaitan
Allah-green.svg
Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Muhammad
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam


Nabi Idris a.s. ialah salah seorang rasul dan nabi yang diturunkan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Nabi Idris merupakan rasul kedua daripada 25 rasul yang wajib diketahui oleh umat Islam.

Abdullah Bin Abbas meriwayatkan[perlu rujukan] bahawa Nabi Idris mempunyai paras rupa yang menarik, susuk tubuh tegap, tinggi, berjanggut lebat dan bersifat pendiam.

Etimologi nama Idris[sunting | sunting sumber]

Nama "Idris" (Bahasa Arab: إدريس‎) telah dihuraikan mungkin sebagai perkataan asal untuk maksud "penghurai."[1] Menurut tradisi Islam, Rasul dikira mempunyai fungsi atau tugas menyampaikan , menghuraikan sesuatu perkara mistik dengan tujuan mendapatkan penerimaan umum. Menurut sumber Muslim terkemudian, kira-kira kurun ke-8, mula merujuk Idris kepada dua nama iaitu "Idris" dan "Enoch," dan sumber lain menetapkan "Idris' ialah nama yang tepat bagi Enoch dan ia digelar Idris dalam bahasa Arab kerana kesetiaannya mempelajari kitab suci dari moyangnya Nabi Adam a.s. dan Seth."[2] Oleh itu, terdapat juga sumber lain yang terkemudian menerangkan samada Idris bermaksud "penghurai" atau mempunyai maksud lain yang berdekatan dengan tugas penghurai. Penafsir klasik bagi al-Quran misalnya tafsir Al-Baizawi, mengatakan ia digelar Idris dari perkatan Arab dars, bermaksud "untuk mengarahkan," daripada ilmunya tentang misteri ketuhanan."[3]

Al-Quran[sunting | sunting sumber]

Nabi Idris disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran. Baginda dihuraikan sebagai seorang yang bijaksana. Dalam surah Maryam, Allah SWT berfirman:

Juga disebut di dalam Kitab tentang Nabi Idris a.s.: Sesungguhnya ia amat benar (tutur katanya dan imannya), serta ia seorang Nabi:
Dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya.
—al-Quran, Surah 19 (Surah Maryam), ayat 56-57[4]

Kemudian, dalam surah 21, Nabi Idris dipuji sekali lagi:

Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta Zulkifli; semuanya dari orang-orang yang sabar.;
Dan Kami masukkan mereka dalam (kumpulan yang dilimpahi) rahmat Kami: sesungguhnya mereka dari orang-orang yang soleh.
—al-Quran, Surah 21 (Surah Al-Anbiyaa’), ayat 85-86[5]

Kisah Nabi Allah Idris a.s[sunting | sunting sumber]

Tidak banyak keterangan yang didapati tentang kisah Nabi Idris di dalam al-Quran mahupun dalam kitab-kitab Tafsir dan kitab-kitab sejarah nabi-nabi. Di dalam al-Quran hanya terdapat dua ayat tentang Nabi Idris iaitu dalam surah Maryam ayat 56 dan 57 dan dalam surah Anbiya ayat 85 dan 86:

"Dan ceritakanlah { hai Muhammad kepada mereka , kisah } Idris yang terdapat tersebut di dalam al-Quran. Sesungguhnya ia seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi. 57 - Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi." { Maryam : 56 - 57 }

"Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta Zulkifli; semuanya dari orang-orang yang sabar. Dan Kami masukkan mereka dalam (kumpulan yang dilimpahi) rahmat Kami: sesungguhnya mereka dari orang-orang yang soleh." { Anbiya : 85 - 86 }

Nabi Idris merupakan keturunan keenam dari Nabi Adam a.s. putera dari Yarid bin Mihla'iel bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam a.s. dan keturunan pertama yang dikurniai kenabian menjadi Nabi setelah Adam dan Syith. Menurut Ibnu Kathir dalam Qhisasul Anbiya', beliau mengatakan bahawa Nabi Idris a.s sempat bertemu dengan Nabi Adam. Ini menggambarkan bahawa enam generasi dapat bertemu diantara satu sama lain.[6]

Nabi Idris dianugerahkan kepandaian di dalam pelbagai disiplin ilmu kemahiran serta mencipta peralatan yang digunakan manusia sekarang ini seperti penulisan, matematik, astronomi, dan lain-lain lagi. Menurut sebuah kisah, terdapat satu masa kebanyakan manusia telah melupakan tuhan, dan bumi telah dihukum dengan kemarau. Walau bagaimanapun, Nabi Idris a.s. telah berdoa ke hadrat Allah SWT dan berakhirlah musim kemarau tersebut dengan turunnya hujan.

Nabi Idris menurut sementara riwayat bermukim di Mesir. Bagina berdakwah di sana untuk agama Allah mengajarkan tauhid dan beribadat menyembah Allah serta memberi beberapa pendoman hidup bagi pengikut-pengikutnya agar menyelamatkan diri dari seksaan di akhirat dan kehancuran serta kebinasaan di dunia. Baginda hidup sampai usia 82 tahun.

Syariat yang dibawa ialah Jihad iaitu memerangi Pengikut Qabil yang melakukan kerosakan di muka bumi pada waktu itu. Baginda ialah pelopor kepada Jihad, mengerakan pasukan tentera berkuda dan ada yang berjalan kaki. Allah memberi kemenangan kepada baginda.

Menurut sebuah buku The Prophet of God Enoch: Nabiyullah Idris, Idris ialah nama Arab bagi Enoch. Baginda dinyatakan di dalam al-Quran sebagai manusia yang dipilih oleh Allah SWT sehingga baginda diangkat ke langit.

Satu kepercayaan yang tidak dipastikan kesahihannya mengatakan bahawa piramid telah dibina sebagai merujuk kepada Nabi Idris a.s., kerana di kawasan itulah baginda diangkat ke langit.

Nasihat dan pengajaran[sunting | sunting sumber]

Antara beberapa nasihat dan kata-kata mutiaranya ialah:

  1. Kesabaran yang disertai iman kepada Allah membawa kepada kemenangan.
  2. Orang yang bahagia ialah orang yang berwaspada dan mengharapkan syafaat daripada Tuhannya dengan amal-amal solehnya.
  3. Apabila kamu memohon sesuatu kepada Allah dan berdoa maka ikhlaskanlah niatmu demikian pula puasa dan solatmu.
  4. Janganlah bersumpah dalam keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntut sumpah dari orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka dalam dosa.
  5. Taatlah kepada raja-rajamu dan tunduklah kepada pembesar-pembesarmu serta penuhilah selalu mulut-mulutmu dengan ucapan syukur dan pujian kepada Allah.
  6. Janganlah iri hati kepada orang-orang yang bernasib baik, kerana mereka tidak akan banyak dan lama menikmati nasib baiknya.
  7. Barang siapa melampaui kesederhanaan tidak sesuatu pun akan memuaskannya.
  8. Tanpa membahagi-bahagikan nikmat yang diperolehnya seorang tidak dapat bersyukur kepada Allah atas nikmat-nikmat yang diperolehinya itu.

Firman Allah bahawa Nabi Idris diangkat martabatnya. Ibnu Abi Hatim dalam tafsirnya meriwayatkan bahawa Nabi Idris wafat tatkala berada di langit keempat dibawa oleh seorang Malaikat Wallahu a'alam bissawab.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Encyclopedia of Islam, Juan Eduardo Campo, Infobase Publishing, 2009, pg. 344: "It probably originated as a term in ancient Hebrew for "interpreter"..."
  2. ^ Encyclopedia of Islam, Juan Eduardo Campo, Infobase Publishing, 2009, pg. 344
  3. ^ A Dictionary of Islam, T.P. Hughes, Ashraf Printing Press, repr. 1989, pg. 192
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan cite quran|19|56|e=57|s=ns tidak disediakan
  5. ^ Quran 21:85–86
  6. ^ Ibnu Katsir. Qhisasul Anbiya'. Sayed Gad & Hadeer Refat (2000). Dar al-Manarah: el-Mansoura- Mesir