Nabiha Mashut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nabiha Mashut
Kelahiran
Nabiha Mohd Mashut

(1989-10-30) 30 Oktober 1989 (umur 34)
WarganegaraMalaysia
Terkenal kerana
  • Fesyen
  • Penulisan
  • Lukisan
  • Ilustrasi
  • Usahawan
  • Pengkarya
Gerakan politik
AnugerahAnugerah Sastera Johor
Laman web rasmiwww.nabihamashut.com

Nabiha Mohd Mashut (Jepun: نبيها محمد مشاوت, Hepburn: Nabiha Mashut, lahir pada 30 Oktober 1989) ialah seorang penulis, penyair, pengkarya dan juga merupakan pereka fesyen muslimah[1] di Malaysia. Beliau dilahirkan di Johor Bahru, Johor dan berasal daripada daerah Kota Tinggi, Johor. Mula menulis sejak usia 16 tahun atas dorongan gurunya, Mohd Kasim Mahmud dan keluarga. Memilik latar belakang pengajian diploma, sarjana muda dan sarjana dalam bidang Kejuruteraan Sistem Maklumat, Beliau kini merupakan mengasaskan Marhuna Apparel, Malaysia[2] yang aktif mereka desain dan fesyen hijab serta aksesori muslimah. Hingga kini beliau masih aktif dalam bidang penulisan karya kreatif dan lapangan sastera.

Karya[sunting | sunting sumber]

  • Makan Berdamai, Antologi Bila YB Dipalu Kompang, 2022
  • Mayong : Tunas Cipta, DBP. Julai 2023
  • Dendangan Zikrullah : Tunas Cipta
  • Maw'izhah Hasanah (Peringatan yang Baik) : Harian Metro (Sisipan Varsiti)
  • Siulan Si Tua : Berita Minggu
  • Putih : Berita Minggu
  • Mencanting : Harian Metro
  • Tembok Petang : Dewan Siswa
  • Tiket Kecewa : Majalah Remaja
  • Warna Alam : Tunas Cipta
  • Permainan Hati : Remaja, April
  • Segak Bergaya : Dewan Siswa, DBP. Mac 2007
  • Pembunuh Masa : Dewan Sastera, DBP. Ogos 2007
  • Rumahku Pulau Banjir : Dewan Siswa, DBP, Ogos 2007
  • Gurindam Rintihan Al-aqsa : Tunas Cipta, DBP.
  • Syair Ratna Pakaja I : Legasi (Edisi Berani) Bil.2, Legasi Oakheart

Cerpen[sunting | sunting sumber]

  • Dendam Terlerai Dihujung Keinsafan : Fokus SPM, September 2006
  • Tenggelam dalam Keredaan : Dewan Sastera (Sisipan Tunas Cipta)
  • Gesekan Kematian : Dewan Siswa
  • Sekilas Kasihmu : Tunas Cipta
  • Angka Berkembar Cerdas di Pengkalan Nager : Dewan Kosmik, 2012
  • Titipan Rindu : Fokus SPM, November 2012

Antologi[sunting | sunting sumber]

  • Antologi Bila YB Dipalu Kompang (Antologi Puisi Politik), Terbitan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), 2022. Sajak 'Makan Berdamai' (antologi bersama)
  • Antologi Suara Bukit Timbalan (Sempena 50 tahun Kemerdekaan Malaysia), Terbitan Persatuan Penulis Johor (PPJ) : Sajak 'Jajahan Jati Jaya' (antalogi bersama)
  • Antologi Mudahnya Move On! 19 Karya Bangkit Selepas Putus Cinta (Terbitan Lejen Press Sdn. Bhd.) : Cerpen 'Liga Cinta Juara' (antalogi bersama)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

2022 : Hadiah Pertama, Pertandingan Baca Naskhah Melayu Klasik Malaysia 2022, Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Sempena Hari Buku & Hak Cipta Sedunia.

2021 : Anugerah Sastera Johor 2021 (Kategori Puisi Eceran 'Bunga Kebebasan')

2013 : Hadiah Kedua 'e-education for e-generation Photographic Competition', University Carnival in e-Learning (UCEL), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor.

2011 : Hadiah Pertama, Rekaan Poster ICT Carnival, anjuran Fakulti Sains Komputer & Matematik, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor.

2008 : Hadiah Pertama, Pentandingan Menulis Cerpen peringkat Universiti, usahasama Universiti Teknologi MARA dan Kelab Karyawan Universiti Teknologi MARA, Segamat, Johor.

Sumber[sunting | sunting sumber]

External links[sunting | sunting sumber]