Nachos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nachos
Nachos-cheese.jpg
Nachos ditabur keju, buah zaitun,cili jalapeño, krim masam dan salsa.
Jenis sajianHidangan utama atau snek
Tempat asalMexico
Suhu penghidanganPanas
Bahan utamaKepingan tortilla
di Wikibuku Buku Masakan: Nachos  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Nachos

Nacho adalah suatu hidangan yang berasal dari utara Mexico.[1][2] Ia asasnya diperbuat daripada kepingan tortilla yang disaluti keju cair.

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Makanan ini datangnya daripada suatu idea hidangan spontan daripada Ignacio "Nacho" Anaya, seorang ketua pelayan di sebuah restoran di Piedras Negras, Coahuila[3][4] bagi menyambut para isteri askar tentera A.S yang singgah di tempat tersebut setelah membeli-belah berdekatan. Beliau segera menggoreng kepingan tortilla yang ditabur dengan jeruk cili jalapeño dan keju cheddar.[Note 1][5] Apabila Ignacio ditanya mengenai hidangan ini, dia berseloroh memanggilnya "Nacho's especiales" ("hidangan istimewa Ignacio"), lama-kelamaannya menjadi "special nachos" ("nachos istimewa").[6] Khabar mengenai hidangan tersebut mula menjadi tersebar di negeri Texas serta Barat Daya Amerika Syarikat yang berjiranan tidak lama selepas itu.

Ramuan[sunting | sunting sumber]

Perencah tambahan termasuklah:

  • ketulan daging ground beef atau ayam
  • hirisan lada Jalapeño
  • kekacang yang digoreng semula
  • salsa
  • guakamole
  • krim masam
  • buah zaitun

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Editors of the American Heritage Dictionaries (2007). Spanish Word Histories and Mysteries: English Words That Come From Spanish. Houghton Mifflin Harcourt. m/s. 157. ISBN 9780547350219. Dicapai 7 Mac 2015. 
  2. ^ Strong, Franklin (2012). Herrera-Sobek, Maria, penyunting. Celebrating Latino Folklore: An Encyclopedia of Cultural Traditions. ABC-CLIO. m/s. 825. ISBN 9780313343407. Dicapai 26 Mac 2016. 
  3. ^ Orr, Adriana P. (July 1999). "Nachos, anyone?". OED News. Oxford University Press. Diarkibkan daripada asal pada 2 Januari 2010. Dicapai 26 Julai 2011. 
  4. ^ Haram, Karen (14 Februari 2002). "The Legend of Nacho's Appetizer". Sun Sentinel. Sun Sentinel. Dicapai 18 Julai 2011. 
  5. ^ Myers, Dan (19 September 2014). "The invention of nachos and other juicy origin stories". foxnews.com. Dicapai 12 Februari 2018. 
  6. ^ Ellerbee, Linda (2005). Take Big Bites: Adventures Around the World and Across the Table. Penguin. m/s. 73–74. ISBN 0-399-15268-7.