Nadia (penyanyi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nadia
Nama lahirZarina binti Mohd Ali
Kelahiran (1972-09-04) 4 September 1972 (umur 51)
Tawau, Sabah, Malaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu, usahawan
Instrumen
Tahun aktif
  • 1996–1999
  • 2011–2014
Syarikat rakaman
Sky Music

Zarina Mohd Ali atau lebih dikenali dengan mononim Nadia (lahir 4 September 1972) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia.[1] Antara lagu-lagu terkenal beliau ialah "Salam Untuk Kekasih" yang menguasai carta muzik tempatan.[2][3] Pada tahun 2014, beliau menjadi salah seorang peserta Gegar Vaganza musim pertama.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Nadia mula menunjukkan minat terhadap nyanyian sejak di bangku sekolah.[4] Pada tahun 1996, album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai tajuk album diterbitkan oleh Sky Music. "Salam Buat Kekasih" dikeluarkan sebagai single pertama dan ia menjadi kejayaan komersial sekaligus melonjakkan nama beliau dalam bidang muzik.[5] Setahun kemudian, beliau dicalonkan bagi kategori Artis Baru Wanita Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-4, namun dimenangi oleh Siti Nurhaliza (kini Dato' Seri) yang ketika itu sedang meniti puncak populariti. Nadia kemudian merakamkan dua lagi album, Nadia 2 (1997) dan Unggul (1999). Selepas perkahwinannya, beliau menamatkan kerjaya sebagai penyanyi.[6] Selepas 13 tahun menyepi, Nadia membuat kemunculan semula dengan merakamkan dua lagu baharu—"Buatmu Kekasih" dan "Hanya Untukmu".[7]

Gegar Vaganza 2014[sunting | sunting sumber]

Nadia ialah salah seorang daripada 12 peserta Gegar Vaganza pertama yang turut disertai oleh Shima, Adilla Idris, Ayai Illusi dan Mamat Exists, namun tersingkir di konsert minggu keempat. Berikut ialah senarai persembahan beliau:

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza 2014
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Throwback "Salam Buat Kekasih" Dirinya sendiri Ke-6
Minggu 2 Memori Berkasih "Takkan Terpisah" Black Hanifah Pertama
Minggu 3 Kenangan Mengusik Jiwa "Tinggal Kenangan" Saleem Ke-11
Minggu 4 Ada Berani? "Pawana" Search Tersingkir

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Nadia dibesarkan di Tawau, Sabah.[8] Beliau ialah ibu tunggal kepada dua anak, seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan selepas bercerai dengan bekas suaminya.[1] Selain itu, Nadia juga mengusahakan syarikat motel milik keluarganya, Timah's Motel yang beroperasi di Sipitang.[9][10] Motel ini terletak di sempadan antara Brunei dan Sarawak.[1]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  • Nadia (1996)
  • Nadia 2 (1997)
  • Unggul (1999)

Single[sunting | sunting sumber]

  • "Salam Untuk Kekasih" (1996)
  • "Buatmu Kekasih" (2011)
  • "Hanya Untukmu" (2012)

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
1997 Anugerah Industri Muzik ke-4 Artis Baru Wanita Terbaik Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Budiey (26 September 2012). "Nadia penyanyi Salam Buat Kekasih buat comeback". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 10 April 2020.
  2. ^ Rozila Saibi (29 Mei 1996). "Nadia artis bertuah". Harian Metro. Dicapai pada 10 April 2020.
  3. ^ "Nadia tidak mahu dimanjakan". Utusan Malaysia. 16 Disember 1999. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  4. ^ "Nadia bersemangat majukan diri". Utusan Malaysia. 22 Mac 2000. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  5. ^ "Nadia ketepi masalah". Harian Metro. 14 Mei 1996. Dicapai pada 18 Oktober 2020.
  6. ^ Tengku Khalidah Tengku Bidin (10 Mei 2001). "Nadia tinggalkan dunia nyanyian". Utusan Malaysia. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  7. ^ "Cerai bukan punca Nadia kembali". Radio Kita. 7 April 2011. Dicapai pada 10 April 2020.
  8. ^ Noor Joha Ahmad (13 Jun 2010). "Tau tau Nadia dah jadi ibu tunggal". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Jun 2010. Dicapai pada 4 Januari 2015.
  9. ^ Wahiduzzaman (8 November 2012). "Isu buka tudung, seksi hanya salah faham - Nadia". mStar Online. Dicapai pada 10 April 2020.
  10. ^ Raja Nurfatimah Raja Mohamad (1 Julai 2012). "Nadia buka motel". Berita Harian. Dicapai pada 10 April 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]