Nadia Brian
Nadia Brian | |
---|---|
Kelahiran | Nadia Najwa binti Mohamed Rashidi 30 Mei 1991 |
Pendidikan | Diploma Seni Teater Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 2015–kini |
Pasangan | Muizz Nasruddin (k. 2019-c. 2020) |
Nadia Najwa Mohamed Rashidi (Jawi: ناديا بريان ; lahir 30 Mei 1991)[a] merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau mula dikenali umum setelah membintangi drama Akulah Balqis (2015) dan diikuti oleh Sweetie Nanie yang bersiaran di TV3.
Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]
Nadia dilahirkan pada 30 Mei 1991 di Kangar, Perlis, namun dibesarkan di Kelantan. Beliau mempunyai darah peranakan Melayu-Australia dan datuk kepada ibu beliau merupakan warga Australia bernama Brian Goldring Abdullah.[1] Nadia mempunyai kelulusan Diploma Seni Teater dan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa di UiTM Shah Alam.
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Nama Brian yang digunakan oleh Nadia untuk nama komersial beliau telah lama digunakan dalam keluarga dan rakan-rakan beliau sejak kecil lagi. Beliau juga menggunakan nama ini sewaktu Nadia menceburi bidang peragaan dan melangkah masuk ke bidang lakonan. Nama Brian yang digunakan juga diambil daripada nama datuk kepada ibu beliau iaitu Brian Goldring Abdullah sebagai tanda penghargaan Nadia kepada datuk beliau.[2]
Kehadiran Nadia dalam industri lakonan mula dikenali orang ramai selepas membintangi drama Akulah Balqis sebagai peneraju utama dalam drama tersebut bersama Puteri Balqis. Beliau memegang watak sebagai Milda dan digandingkan dengan Nazim Othman, Aeril Zafrel, dan Nabila Huda. Drama ini ditayangkan pada tahun 2015.
Nadia muncul dalam drama Sape Dari Itali arahan Hazali Ramli terbitan Bright Network yang bersiaran pada 23 Mac 2017 di TV2. Drama yang disiarkan dalam slot Selekta Prima ini bersiaran setiap hari Selasa hingga Khamis pada jam 9.00 malam. Drama ini juga dibintangi oleh Syafie Naswip, Geoff Andre Feyaerts, Beego dan artis terkenal yang lain.[3]
Selain itu, beliau juga muncul dalam drama Cik Serba Tahu terbitan Orangetree Production Sdn Bhd sebagai pelakon pembantu, ditayangkan pada Mac 2017 di Astro Ria dan Astro Ria HD serta dibintangi oleh Remy Ishak, Sari Yanti, Zarul Umbrella, Iedil Putra, Dynas Mokhtar dan ramai lagi.
Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]
Nadia berkahwin dengan ahli perniagaan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019, pasangan ini mula berkenalan pada 2017 dan mengikat tali pertunangan pada 4 Mei 2019.[4]
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Filem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Peranan | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2018 | Badang | Puteri Bunian | A Razak Mohaideen | Filem pertama |
Blok 404 | Intan | Azma Aizal Yusoof | ||
2019 | Bu: Kasih Suci | Norimah | Jeany Amir | |
2020 | Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda | Siti | Bade Hj. Azmi |
Drama[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2015 | Akulah Balqis | Milda | TV3 |
2016 | Rumi & Jawi | Maya | Astro Prima |
Kifarah Mistik: "Nifaq" | TV3 | ||
Sweetie Nanie | Nanie Nadira | ||
2017 | Sape Dari Itali | Lisandra | TV2 |
Cik Serba Tahu | Fazlin | Astro Ria | |
Mak Cun Musim 3 | Puteri | TV3 | |
My Sweet Lavender | Sara | TV9 | |
Dendam Aurora | Dr. Kamelia | Astro Prima | |
Dia | Fatimah (muda) | TV3 | |
Dekatkan Jarak Kita | Della | ||
2018 | Teratai Kemboja | Laila | TV3 |
Nafas | Alya | ntv7 | |
Shah & Zam | Mila | TV3 | |
Mocha Kau Bahagia 2 | |||
Rahasia Kasih | Alina | ntv7 | |
Aku Cinta Dia | Sarina | TV3 | |
2019 | Cinta Tanpa Henti | Zakiah | |
Lelakimu Yang Dulu | Zana | ||
2020 | Titian Takdir | Latifah | |
Leon Zalika | Dayana | TV Okey | |
2021 | Aku Yang Kau Gelar Isteri | Raihani | TV3 |
Rudy Vs Jolie | Jolie | TV Okey |
Telefilem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2016 | Lamar | Fara | TV3 |
2017 | Sayang Achu Ketat-Ketat | Auliyah Insyirah | HyppSensasi |
2018 | Super Menantu | Qeyra Lyana | ntv7 |
Haluan | Wati | TV2 | |
2019 | Cinta Paling Indah | Latifah | |
Benua | Sofea |
Teater[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
2015 | Bawang Putih, Bawang Merah[5] | |
2016 | Bikers Kental | |
Mok Cun Diwalei[6][7] | Julie |
Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2018 | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem | Blok 404 | Tercalon |
Catatan[sunting | sunting sumber]
- ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan pelakon Scha Al-Yahya yang lapan tahun lebih tua daripadanya.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Biodata Nadia Brian, Pelakon Cantik Kacukan Melayu-Australia". Azhan.co. 25 Oktober 2016. Dicapai pada 1 Mac 2017.
- ^ Agenda Daily - Kisah di sebalik nama Nadia Brian Agenda Daily (6 Januari 2016). Dicapai 10 Mac 2017.
- ^ "Gambar mesra dengan Nadia Brian hanya untuk promosi drama - Syafie Naswip". mStar Online. 30 April 2016. Dicapai pada 10 Mac 2017.
- ^ Zaidi Mohamad (9 November 2019). Nadia Brian bergelar isteri Berita Harian. Dicapai pada 13 November 2019.
- ^ "Aura Nadia Brian". Sinar Harian. 30 Disember 2015. Dicapai pada 2 Mac 2017.
- ^ Teater Mak Cun D'Walei Tampil Pelakon Kacak Pakistan Youth Bernama. Dicapai pada 12 Mac 2017.
- ^ "Curi tumpuan". Utusan Online. 27 November 2016. Dicapai pada 10 Mac 2017.