Nadya Syahera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nadya Syahera
Kelahiran
Nadya Syahera binti Rosli

(1993-09-28) 28 September 1993 (umur 30)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2013–kini
PasanganFizul Nawi (berkahwin 2015)
Anak-anak2

Nadya Syahera Rosli (lahir 28 September 1993) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia, berasal dari Kuala Nerang, Kedah. Jumlah pengikut Instagram milik Nadya meningkat lebih 80,000 orang selepas beliau melakonkan watak antagonis bernama Bella dalam drama Dia Semanis Honey. Nadya juga seorang yang kuat melatah dan sering menjadi mangsa usikan daripada rakan-rakannya.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Nadya Syahera dilahirkan di Kuala Nerang, Kedah[1] dan dibesarkan di Alor Setar. Beliau berkahwin dengan Hafizul "Fizul" Nawi pada 25 September 2015 selepas berkenalan di Facebook dan dikurniakan dua anak hasil perkongsian hidup mereka.[2] Anak sulungnya, Aleena Rose dilahirkan pada 1 Mac 2017.[3] Pada 7 Februari 2018, beliau selamat melahirkan cahaya mata keduanya, Mohamad Dayyan.[4]

Pada 18 Julai 2019, restoran milik suami beliau di Seksyen 7, Shah Alam terbakar kira-kira jam 10 malam.[5] Nadya sebelum ini dilaporkan pernah mendedahkan kecurangan suaminya yang didakwa membuat undian di Instastory berhubung nasib rumah tangga mereka.[6]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Nadya Syahera terlebih dahulu memulakan kerjaya awalnya sebagai peragawati busana Muslimah, dan pernah menjadi pengacara rancangan televisyen berkonsepkan fesyen dan hiburan.[1]

Sejak itu, beliau mula serius menceburi bidang lakonan, beliau membintangi telefilem Aku Bukan Haji di TV AlHijrah yang mana beliau digandingkan bersama Ashraf Muslim. Namun, beliau membuat keputusan untuk berhenti berlakon kerana malu dengan lakonannya selepas telefilem itu ditayangkan.[1] Beliau kembali berlakon dengan muncul dalam beberapa drama TV termasuk Isteri Separuh Masa lakonan Emma Maembong dan Aiman Hakim Ridza.[1]

Beliau diberi kepercayaan oleh Michael Ang bagi membintangi drama Dia Semanis Honey yang dibintangi oleh Siti Nordiana dan Alif Satar.[1] Nadya muncul bersama Hisyam Hamid dan Amira Othman dalam drama Abang Bomba I Love You, beliau memegang watak sebagai Mawar.[1]

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Pada Ogos 2016, Nadya berehat sementara dari kerjaya lakonannya. Beliau disahkan menghidap penyakit bengkak kelenjar atau cyst dan mula menjalani pembedahan. Penyakit tersebut membuatkan berat badannya menurun sebanyak 7kg.[7]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Beliau mula bertudung pada 2014 dan dikecam banyak pihak kerana membawa reputasi buruk kepada golongan wanita bertudung melalui watak antagonis lakonannya dalam Dia Semanis Honey yang tampak wanita baik tetapi penuh muslihat.[8]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2021 Dekatnya Cinta Nadira

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2014 Aku Bukan Haji Mastura TV AlHijrah
Maaf Jika Aku Tak Sempurna Kartini TV3
2015 M.A I. D Mak Su Astro Ria
Bencinta Tini TV3
Isteri Separuh Masa Jue Astro Ria
Jodoh Sebelah Pintu Dr Norma HyppTV
2016 Isteri vs Tunang Anissa Astro Ria
Dia Semanis Honey Bella
Dia Semanis Honeymoon
Abang Bomba I Love You Mawar
2017 Red Velvet Biha
2018 Rahsia Hati Perempuan Tok Muda
2019 Setelah Terlafaznya Akad Milah
Boyfriend Aku Dari Neraka Hasnah Astro Citra
Penaklukan Syaitan Siti
Satukan Rasa Yatt Astro Ria
2020 Chandelier Ajwa
Misi Santan Kampung Semangkuk TV Okey
2021 The Maid Juju Astro Ria
Malaysian Ghost Stories Episod: “Bomoh Puaka”
2022 Aku Pilih Bahagia Arneesa TV1
Lockdown 2 Astro Ria

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2017 Anugerah MeleTOP Era 2017 Artis Baharu MeleTOP Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f Nadya enggan hipokrit Utusan Malaysia (11 Oktober 2016). Dicapai pada 1 Disember 2016.
  2. ^ Nor Akmar Samudin (27 Februari 2017). Nadya bersanding ‘bertiga’ Harian Metro. Dicapai pada 4 Jun 2016.
  3. ^ Nadya Syahera selamat bersalin, namakan anak Aleena Rose Astro Gempak (2 Mac 2017). Dicapai pada 1 April 2017.
  4. ^ Officially mommy of two: Nadya Syahera dapat anak kedua Astro Gempak (11 Februari 2018). Dicapai pada 4 Jun 2018.
  5. ^ Nur Lela Zulkipli (19 Julai 2019). Restoran suami Nadya Syahera terbakar Harian Metro. Dicapai pada 20 Julai 2019.
  6. ^ Sudirman Mohd Tahir (3 Julai 2019). Nadya Syahera baik pulih hubungan dengan suami Harian Metro. Dicapai pada 20 Julai 2019.
  7. ^ Fatin Farhana Ariffin (3 Ogos 2016). Nadya Syahera hidapi cyst, perlu jalani pembedahan Berita Harian. Dicapai pada 1 April 2017.
  8. ^ Farhana Ab Rahman (6 September 2016). Nadya Syahera jawab tuduhan cemar imej wanita muslimah Berita Harian. Dicapai pada 1 April 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]