Nafar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam konteks haji, nafar bermaksud “keluar” atau lebih tepat lagi diertikan sebagai "keluar meninggalkan Mina".

Nafar Awwal[sunting | sunting sumber]

Nafar Awwal adalah jemaah Haji yang keluar "awal" bagi meninggalkan Mina pada 12 Zulhijjah sebelum terbenam matahari (masuk waktu Solat Maghrib) dengan syarat-syarat tertentu.Ia dibenarkan kepada semua jemaah Haji sama ada ia dalam keadaan sihat, uzur, lapang ataupun sibuk.

Namun terdapat beberapa syarat untuk melaksanakan Nafar Awwal, iaitu seperti berikut:

  • Hendaklah ia meninggalkan Mina sebelum terbenam matahari (masuk waktu solat maghrib) pada 12 Zulhijjah.
  • Telah menyempurnakan segala lontaran pada ketiga tiga Jamrah @ Jumrah pada 2 hari Tasyriq iaitu pada 11 dan 12 Zulhijjah.
  • Telah Mabit dalam 2 malam (malam 11 dan 12 Zulhijjah) dengan sempurna.
  • Hendaklah berniat Nafar Awwal sebelum meninggalkan Mina. Berniat boleh dilakukan sewaktu dalam perjalanan keluar ingin meninggalkan Mina.
  • Tidak berazam untuk kembali bermalam di Mina pada musim Haji kali ini.

Nafar Thani[sunting | sunting sumber]

Nafar Thani adalah di mana jemaah Haji yang keluar "lewat" bagi meninggalkan Mina pada 13 Zulhijjah setelah menyempurnakan amalan-amalan Haji di Mina pada 10, 11, 12, dan 13 Zulhijjah.

Peringatan[sunting | sunting sumber]

  • Jamaah Haji yang melakukan Nafar Awwal tidak perlu untuk Mabit di Mina pada malam 13 Zulhijjah dan tidak perlu melontar ketiga-tiga Jamrah @ Jumrah pada hari berkenaan.
  • Melakukan Nafar Awwal tidak menjejaskan kemabruran ibadah Haji seseorang Muslim itu.
  • Jamaah Haji dibenarkan untuk kembali ke Mina selepas Nafar Awwal sekiranya ada sesuatu keperluan penting buatnya misalnya tertinggal barang di Mina, keselamatan dan lain-lain yang bersangkutan.
  • Pelaksanaan Nafar Awwal juga adalah digalakkan kepada mereka yang Muslim yang tidak dapat menahan lagi pantang larang dalam Ihram atau terpaksa meninggalkan Mina atas alasan yang terlalu Mustahak serta melibat keselamatan dan keperluan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Buku Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah, m/s 94&95, cetakan 2007/2008. Terbitan Lembaga Tabung Haji Malaysia. Buku itu telah mendapat kebenaran untuk diterbitkan dari Kementerian Haji dan Wakaf, Kerajaan Arab Saudi.
  • Buku Teks Pendidikan Syariah Islamiah, Tingkatan 4, m/s 191, cetakan 2003, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Diperakuan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.