Nafas Cahaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
"Nafas Cahaya"
Single oleh Misha Omar
daripada album Misha Omar
Dikeluarkan pada 28 Ogos 2006
Format CD
Genre Pop, Traditional
Panjang 5:00 minit
Syarikat Sony BMG Music Malaysia
Penulis M. Nasir & Loloq
Penerbit Ramli MS
Kronologi single Misha Omar
"Tak Ku Duga"
(2006)
"Nafas Cahaya"
(2006)
"Cinta"
(2006)

Nafas Cahaya yang meledak di corong-corong radio pada 2006 merupakan salah sebuah lagu terbaik ciptaan komposer terkenal M. Nasir yang pernah diberikan kepada mana-mana artis wanita di Nusantara. Lagu ini dinyanyikan oleh penyanyi bervokal gemersik Misha Omar dan dicipta khas sebagai single pengenalan album ketiga beliau berjudul Misha Omar yang diterbitkan pada 2008.

Lagu ini ditangani oleh barisan pemuzik yang pernah memenangi anugerah dalam industri rakaman seperti Ramli MS, Peter Chin, M. Nasir, Loloq dan Misha Omar sendiri serta penyanyi latar, Juanita Ismail yang pernah mengiringi persembahan Siti Nurhaliza di Konsert Royal Albert Hall, London. Barisan genius ini berjaya menghasilkan sebuah lagu yang disifatkan antara yang paling dikenang sepanjang dekad lalu.

Pembikinan[sunting | sunting sumber]

Selepas kejayaan album kedua, Misha membayangkan akan bekerjasama dengan komposer terkenal M. Nasir untuk album ketiganya. Hasrat Misha mendapat perhatian masyarakat dan media kerana M. Nasir sememangnya agak jarang memberikan hasil karyanya untuk artis-artis wanita. Ella, Ramlah Ram, Ziana Zain, Sheila Majid dan Umie Aida adalah antara artis wanita yang bertuah kerana dapat bekerjasama dengan M. Nasir.

Misha cukup bertuah kerana M.Nasir sendiri mengaguminya, malah bersedia mencipta sebuah lagu yang bersesuaian dengan karektor Misha. Projek Nafas Cahaya disifatkan Misha sebagai gabungan 3 genius kerana ia melibatkan M. Nasir sebagai komposer, serta Loloq sebagai penulis lirik dan penggubah muzik Ramli MS sebagai penerbit dan penyusun lagunya.

Lagu ini pertama kali diperdengarkan di corong radio pada 28 Ogos 2006 dan pada 8 Jun 2006, Misha terlebih dahulu menyanyikannya secara eksklusif di hadapan para peminatnya ketika rakaman Konsert Fenomena RTM (yang kemudiannya disiarkan di kaca TV pada 21 Oktober 2006).

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Nafas Cahaya mengejutkan pemerhati seni apabila lagu ini mula diperdengarkan. Ia sebuah lagu pop yang diadun dengan tradisional Melayu secara minimal serta sedikit sentuhan hindi. M. Nasir menyifatkan lagu ini hanya sesuai dinyanyikan Misha yang bervokal manja dan gemersik.

Lirik lagu yang dicipta Loloq ini secara puitis membayangkan sang gadis yang meminta kepastian daripada seorang pemuda tentang cintanya. Simbolik lain untuk lagu ini ialah mengenai cerita umat manusia di zaman Arab Jahilliah yang mendambakan junjungan mulia Nabi Muhammad SAW menurunkan ilmu dan wahyu-wahyu Allah yang disampaikan kepadanya agar jalan dan jiwa manusia selalu terang. Pelbagai tafsiran boleh dibuat melalui lagu ini kerana unsur seninya yang cukup mendalam.

Lirik[sunting | sunting sumber]

Sebelum bintang ada sana
Di manakah cahaya?
Jawablah pemuja
Jika benar kau cinta
Tanpa berkerana
Bisikanlah buatku
Jika terbukti rindumu

Lamaku menanti
Sabda rindumu kasih
Membelai nurani
Biar sempatku bermimpi
Keindahan malam seri

lalalalalalalalalala....

Cinta bukan kata
Rindu bukan madah
Dalam nafas pun tersimpan cahaya

Kalimah cinta bersakti
Melamar hati yang suci
Kalimah cinta berperi
Melamar kasih ke sisi

Kalimah cinta sejati
Menguji diri di sini
Kalimah cinta terpatri
Melayar hari insani

Redakan gelora
Cinta mendampar jiwa
Biarlah terasa
Dalam aman semula

lalalalalalalalala.....

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Ketika lagu ini dicalonkan di peringkat separuh akhir Muzik-muzik untuk kategori Etnik Kreatif, ramai yang meramalkan lagu ini akan ke final. Malangnya keputusan juri menunjukkan sebaliknya. Ramai pemerhati seni melihat keputusan ini agak mengejutkan memandangkan lagu ini amat baik mutu penciptaannya.

Nafas Cahaya akhirnya menebus maruah apabila menang di Anugerah Industri Muzik ke 16, 4 tahun selepas diperkenalkan.

Tenaga Produksi[sunting | sunting sumber]

Lagu: M. Nasir
Lirik: Loloq
Hakcipta Lagu & Lirik: Luncai Emas Publishing
Penerbit Eksekutif: Ramli MS
Penerbit: Ramli MS
Susunan Muzik: Ramli MS
Jururakam: Mat
Juruadun: Peter Chin
Suara Latar: Juanita Ismail
Akordian: Ramli MS
Strings (Live): KL Symphony
Studio Rakaman: Wake The Baby Studio

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Lagu ini mencapai kedudukan teratas di carta-carta muzik Malaysia seperti Era.fm, Hot.fm, Muzik.fm, KL.fm, Suria.fm dan red.fm. Lagu ini mendapat kedudukan kedua di carta mingguan Muzik-Muzik pada minggu pertama pencalonannya.

Menang

  • Lagu Terbaik - Anugerah Industri Muzik ke 16 :: (Nafas Cahaya)
  • Lagu Etnik Terbaik - Anugerah Industri Muzik ke 16 :: (Nafas Cahaya)
  • Lagu Terbaik Tempat Kedua - Pertandingan Akhir Hits 1 Musim ke-4 RTM :: (Nafas Cahaya)
  • Lagu Global Pilihan - Anugerah Era 07 :: (Nafas Cahaya)

Pencalonan

  • Semi-finalis - Separuh Akhir Etnik Kreatif Muzik-muzik / Anugerah Juara Lagu ke 21 :: (Nafas Cahaya)