Pergi ke kandungan

Nafea faa ipoipo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nafea faa ipoipo
Bahasa Perancis: Quand te maries-tu ?, bahasa Inggeris: When are you getting married?
PelukisPaul Gauguin
Tahun1892
BahanLukisan minyak
Dimensi101 kali 77 sentimeter (40 in × 30 in)

Nafea faa ipoipo ("Bilakah akan kamu berkahwin?", Perancis: Quand te maries-tu ?) ialah lukisan minyak bertarikh 1892 oleh Paul Gauguin, seorang pelukis gerakan pasca-Impresionisme dari Perancis.

Paul mengunjungi Tahiti buat kali pertamanya pada tahun 1891. Bahagian depan dan tengah tanah dibina dengan kawasan berwarna hijau, kuning dan biru. Ahli sejarah seni Nancy Nowll Matthews menulis bahawa Paul "menggambarkan orang asli tersebut seolah-olah mereka hidup hanya untuk menyanyi dan berasmara". Satu lakaran pensel pada rupa bentuk di tengah lukisan telah disahkan dalam sebuah episod 2017 Fake or Fortune.[1]