Naga Parsi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Azhi Dhaka merupakan satu simbol kejahatan di dalam teks dan mitos Zoroastrianisme, yang mana ia merupakan salah satu subordinat Angra Mainyu. Nama lain Azhi Dhaka ialah Azi Dahak, Dahaka atau Dahak.

Azhi Dhaka digambarkan sebagai berkepala tiga dan kelihatan seperti Naga. Ia dikatakan mempunyai seribu jenis deria dan memakan binatang-binatang berbisa seperti ular, kala jengking dan binatang-binatang berbisa yang lain. Ia juga dikatakan berupaya mengawal cuaca dan penyakit. Naga ini diceritakan tewas di tangan Thraetaona, tetapi tidak boleh dibunuh. Sebaliknya, ia dipenjara dan digarikan di Gunung Damavand. Mengikut lagenda, Azhi Dhaka akan berjaya melepaskan diri sebagai sebahagian daripada bencana Zoroastrian. Ia juga dikatakan akan membunuh satu-per-tiga manusia sebelum dibunuh oleh Keresaspa

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.