Nagasuram
Nagasuram (Tamil: நாகசுரம், rumi: nāka-curam "suara naga")[1] ialah sejenis serunai yang lazim dimainkan di selatan tanah India termasuk negeri-negeri Tamil Nadu, Andhra Pradesh, Telangana, Karnataka dan Kerala[2] serta utara dan timur pulau Sri Lanka diduduki orang Tamil. Bunyi nagasuram sangat lantang sampai hanya digunakan di luar seperti majlis perkahwinan, upacara dalam kuil atau keraian keagamaan seperti Thaipusam (di mana peniupnya mesti berdiri[3]) dan perarakan patung.[4][5]
Nagasuram sering dimainkan dengan paluan sepasang thavil[6][4] dan alat pendengung iaitu ottu.[7]
Binaan
[sunting | sunting sumber]Badan nagasuram lazim ditukang daripada kayu cendana gelap, tetapi logam juga boleh digunakan. Badannya dibahagikan kepada bahagian atas dengan tiga lubang manakala bahagian bawah mempunyai 9 lubang, hanya empat lubang bawah sahaja yang dimainkan sambil lima yang selebihnya dekat muncung dibiarkan berperanan mengawal naik turun bunyi tiupan.[3]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "நாகசுரம்". Tamil Lexicon. University of Madras. 1936. m/s. 2195 – melalui Digital Dictionaries of South Asia kelolaan University of Madras.
- ^ Venkatasubramanian, T. K. (2010). Music as History in Tamilnadu (dalam bahasa Inggeris). Primus Books. m/s. 50. ISBN 978-93-80607-06-1.
- ^ a b Day, Charles Russell (1985). The Music and Musical Instruments Of Southern India And The Deccan. Delhi: B R Publishing. m/s. 147.
- ^ a b Ranee Narendranath (2017). Garis Panduan Kuil Hindu Kebangsaan. Petaling Jaya: Malaysia Hindu Sangam. m/s. 128. ISBN 978-967-14546-5-7.
- ^ Light Isaac (1967). Theory of Indian music. Printed at Shyam Printers. m/s. 156.
- ^ Percussioner International Audio Magazine. Sal Sofia Industries, Inc. 1984. m/s. 38.
- ^ Ragini Devi (1990). Dance Dialects Of India. Motilal Banarsidass. m/s. 222. ISBN 978-81-208-0674-0.