Nahor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nahor atau Nahur dalam kitab Kejadian dari Kitab Suci Ibrani dan Alkitab, adalah salah seorang anak dari Serug atau Saru dan isterinya yang tidak disebutkan namanya. Nama Nahor disebut sebanyak enam kali dalam Alkitab, empat kali di dalam kitab Kejadian, sekali di dalam I Tawarikh dan sekali di dalam kitab Lukas.

Ia mempunyai seorang anak yang bernama Terah atau Azar pada usia 29 tahun [1] dan hidup hingga mencapai usia 148 tahun[2].

Melalui keturunan Nahor dilahirkanlah Abraham, Daud, hingga akhirnya menurunkan Yesus[3]. Menurut ahli sejarawan Islam juga[perlu rujukan], dari keturunan Nahor ini jugalah akhirnya telah turunnya Nabi Muhammad SAW. Hal ini kerana Nabi Muhammad SAW juga datangnya dari sub keturunan Nabi Ibrahim a.s.

Nahor saudara Abraham[sunting | sunting sumber]

Nahor juga mempunyai cucu bernama Nahor. Terah atau Azar, anak Nahor, mempunyai tiga anak: Abram (Abraham), Nahor, dan Haran. Nahor saudara Abraham mempunyai isteri bernama Milka mertua bernama Haran dan saudara/i ipar bernama Yiska[4]. Ia memiliki lapan putera: Us, Bus, Kemuel (ayah suku Aram), Kesed, Hazo, Pildash, Yidlaf, dan Betuel (ayah Laban dan Ribka, isteri Ishak). Ia juga memiliki empat putera dari gundiknya, Reuma, yakni Tebah, Gaham, Tahash, dan Maakha[5]. Ia dan keturunannya tinggal di Aram-Mesopotamia[6]

Referensi[sunting | sunting sumber]

Templat:Adam hingga Daud

Templat:Kotak keturunanTemplat:Kotak akhir