Najib Mikati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Najib Mikati
Perdana Menteri Lubnan
Memegang jawatan
25 Januari 2011
PresidenMichel Suleiman
Didahului olehSaad Hariri
Dalam jawatan
15 April 2005 – 19 Julai 2005
PresidenÉmile Lahoud
TimbalanElias Murr
Didahului olehOmar Karami
Digantikan olehFouad Siniora
Ahli Parlimen daripada Tripoli
Memegang jawatan
4 Disember 1998
Butiran peribadi
Lahir (1955-11-24) 24 November 1955 (umur 68)
Tripoli, Lubnan
Parti politikHarakat Majd

Najib Azmi Mikati (Arab: نجيب ميقاتي) (lahir 24 November 1955) adalah Perdana Menteri Lubnan pada masa ini. Beliau dipelawa membentuk kerajaan oleh presiden Michel Suleiman selepas kerjaan Saad Hariri runtuh.[1] Sebelum ini, beliau pernah dilantik oleh Presiden Emile Lahoud menjadi perdana menteri sementara pada April hingga Julai 2005 untuk menggantikan Omar Karami, yang mundur setelah gagal membentuk pemerintahan baru dalam tujuh minggu setelah perletakan jawatan dirinya yang sebelumnya.

Mikati merupakan seorang usahawan yang kaya, berdagang dalam perusahaan telekomunikasi. Forbes menyenaraikan beliau sebagai antara 500 terkaya di dunia pada 2008.[2] Beliau adalah seorang Muslim Ahli Sunah Waljamaah dan dikenal sebagai seorang yang pro-Syria.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hezbollah-backed Najib Mikati appointed Lebanon's PM designate Xinhua
  2. ^ "The World's Billionaires". Forbes. Dicapai pada 4 Januari 2011.
  3. ^ Presiden Lebanon tunjuk PM pro Suriah BBC Indonesia

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Jawatan politik
Didahului oleh:
Omar Karami
Perdana Menteri Lubnan
2005
Digantikan oleh:
Fouad Siniora
Didahului oleh:
Saad Hariri
Perdana Menteri Lubnan
2011-
Digantikan oleh:
sedang menjawat