Najibah Mohd Zin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Profesor Dr

Najibah Mohd Zin

Ph.D
Kelahiran
Najibah binti Mohd Zin
Pendidikan
  • B.A Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • M.A Perbandingan Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Ph.D Perbandingan Undang-Undang, Kolej Glasgow
PekerjaanPensyarah di Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Karya terkenal
Daleleer Kaur Randawar; Najibah Mohd. Zin (2019). The Law On Domestic Violence In Malaysia. Gombak: IIUM Press. ISBN 9789674184834.

Profesor Dr Najibah Mohd Zin ialah seorang ahli akademik di Malaysia. Beliau merupakan pensyarah di Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)[1]. Beliau juga dilantik sebagai Ahli Panel Isu-Isu Semasa Wanita Islam Malaysia (PISWI), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada 2019[2]. Beliau pernah terlibat membentangkan kertas kerja bertajuk Peranan Majlis Agama Islam Negeri Memperkasa Undang-Undang Syariah dalam Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia[3]. Beliau pernah menjadi Felo Pelawat di Universiti Nasional Singapura pada 2005 dan di Pusat Pengajian Islam Oxford, Universiti Oxford pada tahun 2010–2011[4].

Pendidikan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Najibah Mohd Zin memperoleh sarjana muda undang-undang (LL.B) dari UIAM pada 1988 dan memulakan kerjayanya sebagai pensyarah di AIKOL selepas bergraduasi. Beliau memperoleh Sarjana Perbandingan Undang-Undang pada 1990 di universiti yang sama dan melanjutkan pengajian kedoktoran di Glasgow Caledonian University, United Kingdom pada 1995[4].

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Bukunya berjudul The Law On Domestic Violence In Malaysia yang ditulis bersama Prof. Madya Dr. Daleleer Kaur Randawar telah memenangi Anugerah Buku Negara 2019 sebagai buku terbaik dalam kategori sains sosial untuk institusi pengajian tinggi di Malaysia[1].

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Roslina Che Soh @ Yusoff (25 Jun 2021). "Resensi: Menangani keganasan rumah tangga". Utusan Malaysia. Dicapai pada 22 Julai 2021.
  2. ^ "KEANGGOTAAN PISWI SESI 2019-2021". PISWI. 2 Oktober 2019. Dicapai pada 22 Julai 2021.
  3. ^ Mohd. Shah Che Ahmad (14 Oktober 2011). "Perluas skop, fungsi MAIN". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Oktober 2011. Dicapai pada 22 Julai 2021.
  4. ^ a b Najibah Mohd Zin di Direktori Kakitangan IIUM