Najip Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Najip Ali
نجيب علي
Kelahiran (1967-04-19) 19 April 1967 (umur 57)
PekerjaanPengacara, pelakon, personaliti TV, pelawak, penyanyi, penerbit
Tahun aktif1990–kini

Najip Ali (lahir 19 April 1967) ialah seorang penghibur, penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti dan penerbit televisyen Singapura[1] yang terkenal kerana mengacara pelbagai rancangan televisyen sejak awal 1990-an, khususnya pertandingan nyanyian sebenua Asia Bagus dari 1993 hingga 2000. Beliau juga merupakan penerbit Nescafé Kick-Start untuk TV3 di Malaysia.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Selain menjadi personaliti TV, Najip Ali turut berbakat dalam bidang nyanyian dan pernah menerbitkan dua album solo, Oonik (1995) dan Rawjak (1997).

Beliau pernah menjadi salah seorang pengacara rancangan bual bicara TV: ISM bersama Afdlin Shauki (Malaysia) dan Sarah Sechan (Indonesia).

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Kenyataan persenda Najib Razak[sunting | sunting sumber]

Pada 5 April 2017, Najip membuat permohonan maaf kepada Perdana Menteri (bekas), Datuk Seri Najib Tun Razak atas keterlanjurannya dalam program Ok Chope! Episod 26 yang disiarkan pada 29 Mac 2017.

Najip dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman sesawang rasmi Mediacorp Channel 5 berkata, dia menyesali tindakannya pada program tersebut yang telah mengundang ketidakpuasan hati penonton.

Najip membuat kenyataan sebahagiannya:

"Sejak beberapa hari lepas saya sudah memikirkan sedalam-dalamnya komen yang dibuat semasa segmen dalam rancangan komedi Channel 5 yang merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia. Saya sedar betapa saya tidak sensitif dan tidak berhati perut. "Saya ingin memohon maaf kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak. Saya merayu agar beliau, penonton dan rakan-rakan memaafkan saya," [3]

Dalam program tersebut, peserta diminta melengkapkan satu tajuk berita berkaitan Najib yang telah dikurangkan satu perkataan iaitu “Najib slams... for threatening Malaysia’s progress.” ("Najib menghentam... untuk mengancam kemajuan Malaysia"). Para peserta mula meneka dengan mengeluarkan ayat-ayat sendiri yang disifatkan memperlekehkan Najib.[4]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album solo[sunting | sunting sumber]

  • Oonik (1995)
  • Rawjak (1997)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Rancangan Peranan Saluran TV
1993-2000 Asia Bagus! Pengacara TV3
2000 Nescafé Kick-Start Penerbit
2003 TV: ISM Pengacara (bersama Afdlin Shauki dan Sarah Sechan) Indosiar
MediaCorp Suria
TV3
2004 Anugerah Juara Lagu ke-19 Pengacara (bersama Sarimah Ibrahim dan Cheryl Samad) TV3
2007 Keletahnya Dia! Pengacara
2012 Maharaja Lawak Mega 2012[5] Juri Tetap Astro Warna
2015 Juara Parodi 2015 Pengacara
2016 Maharaja Lawak Mega 2016 Juri Tetap
2017 Maharaja Lawak Mega 2017 Juri Tetap (minggu 1 - 7)
2019 Maharaja Lawak Mega 2019 Juri Tetap

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Najip Ali, Creative Director, Dua M Pte Ltd". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-02-29. Dicapai pada 2016-02-13.
  2. ^ Najip Ali pilihan pertama mengacara "Keletahnya Dia!"
  3. ^ Isu Persenda PM: Mediacorp, Najip Ali Mohon Maaf
  4. ^ Pengacara Terkenal Najip Ali Mohon Maaf Kepada PM.
  5. ^ "Tiada bunga api". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-24. Dicapai pada 2016-02-13.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]