Najwa Latif
Najwa Latif | |
---|---|
Kelahiran | Imratul Najwa binti Abdul Latif 23 Mei 1995 |
Pekerjaan | Penyanyi, komposer, pensyarah |
Tahun aktif | 2011–kini |
Ejen | NAR Records |
Pasangan | Akwa Arifin (k. 2022) |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | Vokal |
Pengkarya berkait | |
Alat muzik terkenal | |
Gitar akustik | |
Laman web rasmi | www.najwa595.net |
Imratul Najwa binti Abdul Latif (Jawi: إمرة النجوى بنت عبد اللطيف)[1] (lahir 23 Mei 1995; umur 29 tahun) merupakan seorang penyanyi, dan pencipta lagu Malaysia. Beliau mulai terkenal menerusi lagu - lagu ciptaan beliau yang diletakkan dalam sebuah laman video, YouTube. Beliau mencipta kejutan pada Separuh Akhir Muzik Muzik 26 apabila lagu beliau, Cinta Muka Buku layak ke pusingan akhir Anugerah Juara Lagu ke-26.
Beliau kini telah berjaya melahirkan sebuah mini album berjudul Najwa Latif[2]Sehingga Mac 2013, Najwa berjaya mengekalkan kedudukan konsisten dalam radar muzik Malaysia apabila kesemua single yang dikeluarkan sejak debut berjaya menduduki tangga pertama carta utama seperti Radio Era dan Radio Hot. Lagu beliau yang menjadi juara (mengikut turutan) adalah Cinta Muka Buku (Ogos-September 2011), Carta Hati (Februari - April 2012), Kosong (April-Jun 2012), Untuk Dia (Jun - Ogos 2012), Adamu (November 2012) dan Sahabat (Februari-Mac 2013). Lagu Untuk Dia dendangan bersama kumpulan Sleeq masih menjadi lagu Melayu paling banyak ditonton sehingga kini iaitu mencecah 20 juta tontonan. Pada tahun 2013, single terbarunya yang berjudul AdaMu telah dimuatkan dalam tema lagu drama Setia Hujung Nyawa.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Najwa mula mempelajari bermain gitar pada tahun 2009 ketika berumur 14 tahun, dan kemudian menulis lagu untuk lagu bersama kakaknya Ika, yang menulis liriknya. Pada September 2010, Najwa mula memuat naik lagu saduran ke YouTube; yang pertama ialah lagu "Baby" nyayian Justin Bieber.[3] Pada Mac 2011, beliau telah menandatangani kontrak dengan NAR Records dan single rasmi pertamanya, "Cinta Muka Buku", dikeluarkan pada Julai 2011. Video sebelum siaran lagu dimuat naik ke YouTube. Menurut Najwa, single ini amat bermakna baginya, kerana ia menandakan langkah pertama dalam industri muzik Malaysia dan akhirnya memenuhi cita-cita menjadi penyanyi. Ia juga merupakan hadiah untuk peminatnya yang lama menanti-nantikan singlenya dan menunjukkan sokongan mereka kepadanya sebelum beliau menjadi penyanyi yang mantap. Video muzik rasmi "Cinta Muka Buku" menerima lebih dari 6 juta tontonan dalam lebih dari enam bulan, dan merupakan video muzik yang paling banyak ditonton di Malaysia. Juga, Najwa smenulis lirik dan menulis lagu dengan kakak sulungnya, Syafiqa Latif.[4]
Pada Mac 2013, penyanyi idola Cina, Wang Leehom (王力宏) telah menjemput Najwa menjadi tetamu khas di konsertnya di Genting Highlands, Pahang. Mereka menyanyikan lagu "All The Things You Don’ypt Know" (你不知道的事).
Pada tahun 2013, Najwa dilantik sebagai duta kempen Ramadan Colgate dan KidZania “Mari Beramal Bersama Colgate”. Kempen ini diadakan bagi mengumpul dana RM150,000 untuk 15 pusat anak yatim di Malaysia.[5]
Pada 20 November 2016, Najwa menerima Anugerah Komposer Muda Berpotensi di Anugerah Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Malaysia (MACP) yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Damansara.[6][7]
Selain menjadi penyanyi, Najwa ialah salah seorang pensyarah di UNITAR.[8][9]
Pada 22 Mac 2018, Najwa melancarkan single terbarunya bertajuk "Jauh".[10]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Najwa ialah anak ketiga daripada empat beradik, lahir dan membesar di Temenggong, Batu Pahat, Johor.[11] Seluruh ahli keluarganya berkecimpung dalam bidang muzik.
Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, Johor.[12]
Mendapat 4A daripada sembilan mata pelajaran yang diambil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu, Najwa merupakan pelajar aliran Sains Tulen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim bagaimanapun tidak hadir bagi mengambil slip keputusan itu. Keputusan SPM Najwa diambil oleh kakaknya, Syafikah yang hadir seorang diri dengan membawa kad pengenalan adiknya sebagai bukti.
Najwa merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) daripada Universiti Antarabangsa Unitar (UNITAR).[13]
Beliau juga merupakan pemegang sarjana dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) daripada Universiti Malaya.[14]
Najwa telah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Akwa Arifin pada 11 November 2022 di Batu Pahat, Johor.
Kontrovesi
[sunting | sunting sumber]Pada 10 Oktober 2012, Abdul Latif Ismail, bapa Najwa sendiri telah menghubungi Berita Harian dan mendakwa dia telah diabaikan termasuk mengeluarkan kenyataan ".....“Cukup-cukuplah menjadi anak derhaka!.....".[15] Ketika diwawancara kemudiannya, Najwa menjelaskan bahawa ibu dan bapanya memang sudah bercerai tetapi enggan mengulas lebih lanjut dengan alasan mengelak jaja kisah peribadi. [16]
Diskografi
[sunting | sunting sumber]- Najwa Latif (2012)
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2012 | Anugerah Juara Lagu ke-26 | Finalis (Cinta Muka Buku) | Tercalon |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 | Penyanyi Wanita Popular | Tercalon | |
Artis Baru Wanita Popular | Tercalon | ||
Artis Wanita Popular (Online) | Tercalon | ||
Anugerah Planet Muzik | Best Vocal Performance In A Song (New Female Artiste) | Tercalon | |
New Media Icons | Tercalon | ||
2013 | 26th Bintang Popular Berita Harian Awards | Popular Duo / Group Artists "(with Sleeq)" | Tercalon |
Most Popular Female Singer | Tercalon | ||
Stailo Female Artist | Tercalon | ||
Influential Artist in Social Media | Tercalon | ||
Most Popular Asian Artist | Tercalon | ||
Best on Screen Chemistry "with SleeQ" | Tercalon | ||
Anugerah Planet Muzik | Best Collaboration (with SleeQ & Syamkamarul) | Menang | |
Most Popular Singapore Song | Menang | ||
Icon Social Media | Tercalon | ||
2014 | 28th Anugerah Juara Lagu | Finalist (Sahabat) | Tercalon |
27th Bintang Popular Berita Harian Awards | Most Popular Female Singer | Tercalon | |
2016 | Komposer Muda Berpotensi MACP | Najwa Latif | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/JadilahInternetglamor/Article/artikelMA
- ^ http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Intermezzo_AlunansantaiNajwa/Article/index_html
- ^ "NAJWA LATIF". NAR Records. Diarkibkan daripada yang asal pada October 25, 2014. Dicapai pada October 25, 2014.
- ^ Najwa Latif’s new song might make you cry. Diarkibkan 2019-02-04 di Wayback Machine Star 2. Retrieved January 1, 2019.
- ^ Singer Najwa Latif adds excitement to Ramadan campaign. The Star. Retrieved January 29, 2014.
- ^ MACP hargai usaha penggiat seni. Diarkibkan 2019-02-04 di Wayback Machine Kosmo. Retrieved April 17, 2017. (artical in Malay).
- ^ Di luar jangkaan Najwa. Harian Metro. Retrieved April 17, 2017. (artical in Malay).
- ^ Lama menyepi rupa-rupanya Najwa Latif kini bergelar seorang pensyarah. Makin cantik ayu!. Hijabista. Retrieved October 17, 2018. (artical in Malay).
- ^ Tugas pensyarah tak halang Najwa menyanyi. Berita Harian. Retrieved 19 December 2018. (artical in Malay)
- ^ Najwa Latif bersyukur single terbaru ‘Jauh’ semakin diminati ramai. Utusan Borneo. Retrieved July 16, 2018. (artical in Malay)
- ^ Najwa Latif Biodata, Lyick81.blogspot.com.
- ^ Najwa Latif Cetus Fenomena Di Stesen Radio
- ^ "Najwa Latif genggam Ijazah TESL, kini sambung Sarjana". MalaysiaGazette.Com. 20 Disember 2017. Dicapai pada 25 Februari 2019.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (23 November 2018). "Tugas pensyarah tak halang Najwa menyanyi". Berita Harian. Dicapai pada 25 Februari 2019.
- ^ "Bapa kecewa dengan Najwa, 18-10-12 - 05:39:08 AM, Oleh Serimah Mohd Sallehuddin". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-07. Dicapai pada 2012-12-20.
- ^ "Jawablah!: Elak jaja kisah peribadi, 2011/11/02 - 07:19:26 AM Oleh Farihad Shalla Mahmud". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-02. Dicapai pada 2012-12-20.