Nam Ron

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nam Ron
Kelahiran
Shahili bin Abdan

(1969-11-21) 21 November 1969 (umur 54)
Nama lainNamron, Tok Ayah
Pusat pendidikanAkademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA)
PekerjaanPengarah, penulis skrip, pelakon, aktivis teater
Tahun aktif1989–kini
PasanganJune Lojong (k. 2004)
Anak-anak3

Shahili Abdan atau lebih dikenali sebagai Namron (kadangkala dikreditkan sebagai Nam Ron; lahir 21 November 1969) merupakan seorang pengarah, penulis skrip dan pelakon Malaysia yang bergiat aktif untuk teater, filem dan televisyen.

Beliau bersama-sama dengan isterinya June Lojong, Syamsul Yusof, Bront Palarae, Shaheizy Sam, Chew Kin Wah, Zahiril Adzim, Maya Karin dan Puteri Balqis telah disenaraikan sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang berjaya meraih pengiktirafan di peringkat global oleh Harian Metro pada Jun 2018.[1]

Menerusi filem One Two Jaga (2018) arahan beliau,[2][3] Namron meraih kemenangan besar di Festival Filem Malaysia ke-30 dan Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2019 apabila beliau telah memenangi trofi Pengarah Terbaik. Menurut beliau, pengiktirafan karya berkisar gejala rasuah dalam kalangan anggota polis melalui filem arahannya itu membuatkan beliau lebih berani menghasilkan karya yang ada "suara".[4][5]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Namron dilahiran dan dibesarkan di Kangar, Perlis. Beliau berkahwin dengan June Lojong dan dikurniakan tiga anak.[6] Beliau ialah seorang yang menitik beratkan kedaulatan bahasa kebangsaan dan pernah bertutur bahasa kebangsaan ketika menghadiri forum teater di Jepun pada 2004 hingga 2008. Ketika menghadiri forum membicarakan filem arahannya One, Two, Jaga di New York Asian Film Festival (NYAFF), beliau bertutur sepenuhnya dalam bahasa Melayu.[7]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Penglibatan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau mula melibatkan diri di dalam pentas teater pada 1989 dengan menyertai kumpulan teater AKSI[8] di Kangar, Perlis. Semasa bersama kumpulan teater AKSI beliau terlibat dengan beberapa pementasan kecil sebagai pelakon. Hubungan beliau dengan group teater AKSI hanya selama dua tahun, perselisihan pandangan tentang pementasan teater telah mendorong beliau menubuhkan kumpulan teaternya sendiri pada tahun 1991 dengan menamakannya SEBATU. Ketika beliau bersama kumpulan teater SEBATU, dua buah teater telah dipentaskan di Kangar, Perlis iaitu Jiwa (1992) dan Sel Terakhir (1994). Semasa pementasan teater Jiwa, Nam Ron menjadi pengarah dan penulis skrip serta turut sama berlakon sementara di dalam pementasan Sel Terakhir, beliau hanya mengarah dan menulis skripnya.

Zaman pengajian[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1994, beliau sekali lagi terpaksa meninggalkan SEBATU kumpulan yang beliau asaskan sendiri kerana melanjutkan pengajian di dalam teater di Akademi Seni Kebangsaan (ASK) yang sekarang ini lebih dikenali sebagai ASWARA. Beliau sudahpun berusia 25 tahun ketika menjejak kaki ke ASK.[9] Ketika di ASK beliau rapat dengan pensyarahnya yang juga merupakan Ketua Jabatan Teater di ASK iaitu Datuk Krishen Jit (克里申吉). Datuk Krishen Jit yang juga merupakan seorang pengarah teater bahasa inggeris dan salah seorang pengasas Five Arts Center secara tidak langsung menjadi mentor kepada Nam Ron. Sepanjang tempoh pengajian di ASK, beliau menumpukan kepada kerja-kerja pengarahan, di antara teater-teater yang ditulis dan diarahkan olehnya adalah Main-Main Bersama Teater (1994), Kerana Anna (1995) dan Percakapan Seorang Aku (1995). Ketiga-tiga pementasan itu diadakan di kawasan kampus ASK dan penontonnya terdiri dari penuntut dan kakitangan ASK serta penonton dari luar yang terdiri dari pengemar teater. Kejayaan ketiga-tiga pementasan tersebut membuatkan beliau terus menghasilkan siri pementasannya. Pada tahun 1996 secara tidak rasmi Nam Ron telah menubuhkan kumpulan teaternya yang diberi nama Alternative Stage. Melalui Alternative Stage, beliau telah mementaskan sebuah skrip karya Dinsman (丁斯曼) berjudul Di Pulau Sa dan Di, di ASK. Pementasan teater tersebut kemudiannya dijadikan teater keliling apabila dipentaskan di Kuching, Sri Aman, Sarikei dan Mukah di Sarawak. Dan, penamatnya diadakan di British Council, Kuala Lumpur. Pada tahun 1997, beliau telah digantung dari pengajiannya kerana tidak menyiapkan kerja krusus dan kembali semula ke ASK pada tahun berikutnya. Pada tahun 1998, melalui Alternative Stage beliau mementaskan sebuah lagi karya Dinsman iaitu Bukan Bunuh Diri dan pada tahun 1999 beliau mementaskan Look Back in Anger karya[10] John Osborne sebagai projek akhir akademiknya di ASK.

Penggiat teater[sunting | sunting sumber]

Tamat pengajian Nam Ron bersama rakannya Toemoe telah mendaftarkan Alternative Stage sebagai sebuah syarikat teater. Pada tahun 2000 beliau telah mengarahkan teater MISI tulisan bersama Faisal Tehrani di Mini Auditorium MTC. Kejayaan teater tersebut mendorong Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menaja persembahan tersebut untuk dibawa ke Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang. Selepas teater Misi, beliau telah mengarah dan menulis beberapa lagi teater bersama Alternative Stage antaranya adalah Proses, Gedebe (2001),[11] Lembu (2002), Jangan Bunuh Sam karya Zakaria Ariffin (2003), Matderihkolaperlih (2003), Aku Nak Jadi Bintang (2004), Laut lebih Indah dari Bulan, Projek kolaborasi Ka Si Pe Cah (2006), Alih Punggong (2007).

Matderihkolaperlih telah dipentaskan di Singapura di bawah projek beg galas, projek kolaborasi antara pengiat teater Singapura dan Malaysia. Manakala melalui projek Kolaborasi Ka Si Pe Cah, beliau yang mementaskan karya WIP telah berkolaborasi bersama pengiat teater bahasa Cina iaitu Loh Kok Man dan penggiat teater bahasa Inggeris, Jo Kukathas telah mementaskannya di Malaysia dan Tokyo, Jepun.

Sepanjang tempoh ini juga beliau telah mengikuti suatu program yang dinamakan Asian Theatre Practice 1, bermula dari tahun 2003 hingga 2005 dan Asian Theatre Practice 2 bermula 2007 hingga 2008. Kedua-dua program tersebut diadakan di Tokyo, Jepun selain di Filipina dan Indonesia.

Bagi memastikan kesinambungan kerja-kerja teater dilaksanakan oleh generasi selepasnya, beliau bersama beberapa karyawan muda teater seperti Ayam Fared, Zahiril Adzim, Khairunazwan Rodzy, Khairil Ridzuan dll telah menubuhkan Rumah Anak Teater (RAT) dan Nam Ron bertindak sebagai pengarah artistik.[12]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Menunjukkan filem dan drama yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2003 Paloh Ahmad Filem pertama
Gedebe Juga sebagai pengarah dan penulis
The Big Durian Dirinya sendiri
2005 Tokyo Magic Hour Pencerita
2006 Gubra Li @ Pak Bilal
2008 Histeria Detektif Polis
2009 Gadoh Azman Sebagai pengarah dan lakon layar
2010 Berkelana: Year Without a Summer Azam
Aku Tak Bodoh Jaafar
2011 Jalan Pintas Sebagai pengarah
Misteri Jalan Lama Botak
2012 Bunohan Pok Wah
Chow Kit Osman
29 Februari Encik Salam
2013 Langgar Radzi
PSIKO : Pencuri Hati Sebagai pengarah
Ular Aziz
Kolumpo Lelaki Flat Penampilan khas
2014 Pintu Neraka Inspektor Forensik
Terbaik dari Langit Cikgu Deris
2015 Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium Maharaja Lela
2016 Redha Razlan
Babi Berbau Melon Di Musim Sejuk Filem pendek
2017 Mencari Rahmat Razak Filem bebas
Balun Tok Penghulu
Dari Hati Filem pendek
2018 Dukun ASP Talib
Munafik 2 Rahman Penampilan khas
One, Two, Jaga Dato' Sebagai pengarah dan penulis
PASKAL Leftenan Komander Maznan Pelakon undangan
Orang Itu Penjaga Gelandangan
Lelaki Yang Dirindui Bapak Filem pendek
2019 Misteri Dilaila Imam Aziz
Till Death: Azalea's Wrath Shahidan
Warkah Kamil
Dendam Pontianak Su'ut Din
Suatu Ketika Pak Sa'ad
Geran Pak Nayan
Wira Leftenan Komander Maznan Penampilan kameo
2020 Roh Pemburu
Pasal Kau! Maznan
Saka Nan Sepi Othman
2021 18 Puasa Di Kampong Pisang Tyson
Prebet Sapu Penumpang Buta
Tarantula X Adam Mahfuz
2022 Spilt Gravy on Rice Nordin Pelakon undangan
Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan Haji Sulong Semantan
2023 Pulau Azhan
Eraser Ahmad
Walid Pak Ku
La Luna Ayob
MagiK
2024 Pendekar Awang: Darah Indera Gajah Haji Sulong Semantan
Harimau Malaya: The Untold Story Aldi Pos-produksi
TBA Padang Kertas Pos-produksi
Geran 2 Pak Nayan Pra-produksi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2007 Sadiq & Co Lelaki misteri di koridor Mahkamah ntv7
2008 Lima Yazid Astro Ria
5 Jingga Encik Jaafar 8TV
2009 Warkah Terakhir: Rosli Dhoby Awang Ramli Mat Deli Astro Citra
2012 Dendam Sarakit Pak Bado TV3
2013 Karlos Rashid
2014 Seludup Tam Astro Prima
2019–2020 Kampung People Tuan Suhaimi TV3
2019–2021 Black Kapten Amirul Viu
Keluarga Baha Don Awang Kebas
2020 Kampung People 2 Tuan Suhaimi TV3
KL Gangster: Underworld 2 Mat Nor WeTV
2022 Histeria The Series Inspektor Ismail Astro Citra
Kudeta Hamid Nik Mohammad Astro Ria
2023 Special Force: Anarchy Tuan Amir Disney+ Hotstar
Alter-Naratif Jaafar Viu
Nak Dengar Cerita Hantu? Pak Harun DEGUP
Entitled Hamzah Prime Video
2024 Framed Aziz Astro Premier

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2008 Bernafas dalam Lumpur Din ntv7
Kurus Budi
2011 Sanggul Beracun Astro Citra
Parit Jawa Husaini Astro Box Office
Balasan Mak Tiri Roslan Astro Prima
2012 Lembut Bukan Lelaki Bapa Astro Ria
2013 Tetamu Maria Azlan TV9
2014 Kerana Lemang TV2
Yassin Buat Bidadari Kadir
2016 Rantai Sudin
Transmisi Kampung Pak Din (Tok Dalang)
Sirat Al-Mustaqeem Ustaz Muhammad Astro Oasis
2017 Janji Amran TV2
Che Pa Che Pa @ Jaafar Kasim Astro First Eksklusif
Jongkong Astro Citra
2018 Hamba Iblis Halim
The Hantus Bomoh Astro First Eksklusif
2020 Poster Wayang Terakhir Ibrahim / Ayen TV1
2021 Hierarki Pak Yus Astro Ria
2022 Yang Soleh TV2
2023 Pukul Mersing Tok Ayah Tonton

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak
2012 A Year Without Summer
2011 Malam

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2004 Festival Filem Malaysia ke-17 Pelakon Lelaki Terbaik Paloh Tercalon
2011 Anugerah Skrin 2011 Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) Sanggul Beracun Tercalon
2012 Anugerah Skrin 2012 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Parit Jawa Menang
2014 Anugerah Skrin 2014 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Balqis Menang
2017 Festival Filem Malaysia ke-29 Pelakon Lelaki Terbaik Redha Menang
2018 Anugerah Skrin 2018 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem Dukun Menang
2019 Festival Filem Malaysia ke-30 Pengarah Terbaik One Two Jaga Menang
Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2019 Pengarah Terbaik One Two Jaga Menang

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Nam Ron (2009) Laut Lebih Indah Dari Bulan: Antologi Skrip Teater Nam Ron, Kuala Lumpur, Oxygen Media.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Amirul Haswendy Ashari (30 Jun 2018). "Harum di pentas dunia". Harian Metro. Dicapai pada 30 Jun 2018.
  2. ^ Shazryn Mohd Faizal (13 September 2018). "'One Two Jaga' sebuah karya mahal Nam Ron dan rakan-rakan". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-18. Dicapai pada 18 September 2018.
  3. ^ Zim Ahmadi (6 Mac 2018). "One, Two, Jaga: Nam Ron's gritty film about foreign labourers is coming out this year!". The Daily Seni. Dicapai pada 15 Ogos 2018.
  4. ^ Amirul Haswendy Ashari (4 April 2019). Berani hasilkan karya ada 'suara' Harian Metro. Dicapai pada 22 November 2019.
  5. ^ Amirul Haswendy Ashari (28 April 2019).Nam Ron pengarah terbaik ASEAN Harian Metro. Dicapai pada 22 November 2019.
  6. ^ Syarrizuan Abdul Rashid (24 September 2017). Sedar wajah tak 'jambu' Berita Harian. Dicapai pada 22 November 2017.
  7. ^ Norhayati Nordin (10 Ogos 2018). Biar mereka tahu bahasa kita - Nam Ron Harian Metro. Dicapai pada 22 November 2018.
  8. ^ Nam Ron minyak hitam, jadi bintang Diarkibkan 2017-04-25 di Wayback Machine Utusan Malaysia (17 Ogos 2014). Dicapai pada 22 November 2014.
  9. ^ Daripada indie ke arus perdana Diarkibkan 2018-02-26 di Wayback Machine Utusan Malaysia (19 Februari 2014). Dicapai pada 22 November 2014.
  10. ^ Ijat generasi teater masa depan Diarkibkan 2018-02-26 di Wayback Machine Utusan Malaysia (12 Januari 2002). Dicapai pada 22 November 2011.
  11. ^ Gedebe...pemikiran generasi muda Diarkibkan 2018-02-26 di Wayback Machine Utusan Malaysia (30 April 2001). Dicapai pada 22 November 2010.
  12. ^ Najiy Jefri (25 September 2017). Tahun gemilang Namron Harian Metro. Dicapai pada 1 Oktober 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]