Nancie Foo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nancie Foo

DIMP (Pahang)
Kelahiran
Nancie Foo

1957 (umur 66–67)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, penerbit TV
Tahun aktif1979—kini
PasanganWong Kang Yeow
Anak-anakAi Dee
Ai Vee
Ai Lee

Dato' Nancie Foo[1] merupakan seorang penyanyi, pelakon, penerbit TV di Malaysia. Dia dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor dan fasih berbahasa Inggeris, Bahasa Melayu, dan Mandarin.[2]

Nancie Foo merupakan Ratu Cantik Malaysia 1979[3][4] dan telah berkahwin dan memiliki tiga anak perempuan iaitu Ai Dee, Ai Vee, dan Ai Lee hasil perkahwinannya dengan ahli perniagaan, Wong Kang Yeow[5].

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Air Panas.

Nancie Foo menjalankan perniagaan penerbitan bersama bersama rakan kongsinya, Wendy Wong, di bawah syarikat Produksi Seni 2020 yang telah ditubuhkan sejak 1997[6].

Anugerah Dalam Industri Lakonan[sunting | sunting sumber]

Nancie Foo mula berlakon dalam drama RTM sebelum ditawarkan peranan dalam filem Bintang Pujaan pada tahun 1981.

Pada Pesta Filem Malaysia ( FFM ) Ke - 2 yang bertemakan Malam Merak Kayangan pada tahun 1981, Beliau telah dianugerahkan Bintang Harapan (Aktres) [7].

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1981 Bintang Pujaan Nancie Filem pertama
1982 Pemburu May
1984 Sindrom Mana Anakku Dr. Lisa
1989 Sayang Ibu
1990 Main-main Hantu Cikgu Nancy
Siluman Lirikan Ular
1991 O.C.J. Operasi Cegah Jenayah Detektif Nancy
1994 Red Haired Tumbler di Malaya Juga sebagai penerbit
2006 Persona Non Grata
2023 Sumpahan Jerunei Sebagai penerbit

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1979 Drama Minggu Ini: Tepuk Air Di Dulang TV1
1982 Drama Minggu Ini: Buruan
1983 Drama Minggu Ini: Cempaka
Drama Minggu Ini: Mendung
1984 Drama Minggu Ini: Sindrom
1985 Drama Minggu Ini: Lorong Hitam
1986 Remang-Remang Kota Raya Inspektor Suzy
1987 Harimau Rimba
1988 Siti Naquiah Siti Naquiah
1989 Debu-Debu Kota
1995-1986 Sambal Siew Kim Episod 7
2015 Gerak Khas (Musim 15) ACP Suzy TV2 Pelakon undangan
2018–2020 Moonlight Saigon Sebagai penerbit

Penglibatan dalam persatuan[sunting | sunting sumber]

Nancie Foo mula aktif dalam persatuan sejak memegang beberapa jawatan antaranya ialah ;

  • Bendahari Kehormat Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) (2019 - kini)[8].
  • Ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM)[9].
  • Ahli Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT)[10].
  • Pengerusi Jawatankuasa Penjurian FFM28 untuk Tahun 2016[11].
  • Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Penyertaan dan Penjurian FFM22 untuk Tahun 2009[12].

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Nancie Foo kagum dan hormati Michelle Yeoh". bebasnews.my.
  2. ^ "Nancie Foo". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-26. Dicapai pada 2013-12-25.
  3. ^ "Exercise and eat right, advise veteran celebs". www.nst.com.my.
  4. ^ "Nancie Foo hampir kahwin jejaka Melayu". bebasnews.my.
  5. ^ "Nancie Foo Berlakon Semula Selepas 20 Tahun 'Hilang'". www.mstar.com.my.
  6. ^ "Pertukaran karya seni menerusi Produksi Seni 2020". www.mstar.com.my.
  7. ^ "IMBAS KEMBALI FFM: PESTA FILEM MALAYSIA KEDUA (1981)". www.amyikram.com.
  8. ^ "Sekalung Tahniah buat filem guang". www.finas.gov.my.
  9. ^ "Norman abd halim di pilih sebagai presiden persatuan penerbit filem Malaysia". www.finas.gov.my.
  10. ^ "YKAT bantu anak seni". www.hmetro.com.my.
  11. ^ "Pendekatan dilaksana untuk kekalkan identiti berimej Filem Nasional - PFM". www.astroawani.com.
  12. ^ "Penyertaan Festival Filem Malaysia ke-22 2009 Dibuka". www.budiey.com.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]