Narsil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam cerita rekaan Penguasa Cincin, Narsil merupakan pedang milik Raja Elendil dari Dúnedain. Narsil adalah pedang yang ditempa dari api barat dengan logam yang sangat keras. Narsil pecah ketika digunakan oleh oleh Elendil yang turut terbunuh ketika menentang Sauron. Anaknya, Isildur berjaya memotong Cincin yang Satu dari tangan Sauron dengan serpihan Narsil. Selepas beberapa lama, pedang ini kemudiannya ditempa semula menjadi Andúril dan digunakan oleh Aragorn, waris Isildur.