Pergi ke kandungan

Nas-T

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nas-T
ناس-T
Kelahiran
Nas Muammar Zar bin Nasruddin

(1983-10-04) 4 Oktober 1983 (umur 42)
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPemuzik, DJ, pengacara, pelakon, model
Tahun aktif2001–kini
Karya
Filemografi
PasanganAtita Haris (k. 2016)
Anak-anak2
Kerjaya muzik
GenreHip hop, EDM, elektropop
Alat muzikCDJ, meja pusing
Kegiatan berkaitanDragon Red

Nas Muammar Zar Nasruddin atau lebih dikenali sebagai Nas-T (lahir 4 Oktober 1983) ialah seorang pemuzik, DJ, pengacara, pelakon dan model Malaysia. Beliau mula aktif sejak 2001 menerusi kugiran Dragon Red serta aktif sebagai DJ di kelab-kelab terkemuka di Kuala Lumpur dan kemudian menceburi bidang lakonan menerusi filem Goodbye Boys arahan Bernard Chauly pada tahun 2006.[1]

Pada tahun 2008, beliau meraih pengiktirafan menerusi watak Abu dalam siri TV KAMI dan meraih pencalonan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22 menerusi watak sama dalam filem KAMI The Movie.

Dalam bidang muzik, bakat Nas-T sebagai DJ mula dikesan oleh DJ Fuzz sejak dibangku sekolah lagi. Beliau kemudiaannya menyertai kumpulan Dragon Red sebagai pemain meja pusng yang mana kugiran ini berjaya meraih anugerah Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-14 pada tahun 2007. Nas-T keluar dari Dragon Red pada 2008, selain itu, beliau juga muncul sebagai DJ tetap untuk rancangan bual bicara L8 Nite with Lo bersama Jason Lo.

Bakat Nas-T lebih bersinar dalam bidang lakonan apabila membintangi banyak drama TV popular seperti KAMI, Kamelia Katrina, Ghost, Blogger Boy dan Lagenda Budak Setan The Series. Beliau juga aktif dalam sukan bina badan dan pernah memasuki beberapa pertandingan bina badan dalam kategori “men’s physique”

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Nas-T telah sah menjadi suami kepada Atita Haris pada 29 Januari 2016 dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan pada pukul 7.30 pagi di Surau Al-Ikhlas, Subang Jaya, Selangor.[2][3]

Beliau dikurniakan tiga anak termasuk seorang anak tiri dari perkahwinan terdahulu isterinya.[4] Anak sulungnya dari perkahwinannya dengan Atita, Nas Taliyah binti Nas Muammar Zar dilahirkan pada sambutan Maulidur Rasul dan anak keduanya Nur Halili binti Nas Muammar Zar dilahirkan pada 21hb December 2021 [5]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
Album bersama Dragon Red
  1. Holocaust (2006)

Anugerah dan pencapaian

[sunting | sunting sumber]
  1. "Lelaki Bulan Ini: Nas-T". Eh!. Dicapai pada 23 Mac 2015.
  2. Kemalia Othman (4 Februari 2016). Nas-T & Atita Nikah Awal Selepas Foto Kursus Kahwin Tersebar. mStar Online.
  3. Akui Nas-T lelaki pilihan Utusan Malaysia (15 April 2013). Dicapai pada 23 Mac 2014.
  4. Zaidi Mohamad (2 Februari 2017). Hidup Nas T berubah 360 darjah Berita Harian. Dicapai pada 22 Mac 2017.
  5. Zaidi Mohamad (13 Disember 2016). Nas T sambut Maulidur Rasul dengan kelahiran anak Berita Harian. Dicapai pada 22 Mac 2017.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]