Nasarudin Hashim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dato' Mohd Nasharuddin Hashim merupakan ADUN Bota, Perak setelah menang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008. Beliau seorang graduan dan bekas pegawai kerajaan di Wisma Putra dan Kementerian Penerangan.

Beliau pernah menjadi ahli Parlimen Parit selepas menang pada 2004. Pernah menjadi Pengerusi Felcra Berhad selama dua tahun sejak Oktober 2006 - 16 Oktober 2008. Pengerusi Felcra terkini ialah Dato' Tajuddin Abdul Rahman.

Melompat ke PKR[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Januari 2009, Dato' Nasarudin Hashim menyatakan beliau meninggalkan Barisan Nasional / UMNO dan menyertai Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PKR.[1] Perkembangan tersebut diumumkan oleh Anwar Ibrahim di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya. Nasarudin merupakan ADUN pertama dari Barisan Nasional (BN) dan ADUN kedua menyertai PKR sejak 8 Mac 2008.[2] Hadir sama ialah Pengerusi Perhubungan PKR negeri Perak, Hj. Osman dan Bekas Pengerusi, Hj. Ismail.

Badan Perhubungan UMNO diketuai Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali mengadakan mesyuarat tergempar. Tindakan Nasharuddin melompat parti yang memberi kepercayaan kepadanya amat tidak wajar. Tajol mahu sebarang masalah diselesaikan secara dalaman dam timbang semula keputusannya . Hasil mesyuarat akan dirujuk kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Sebelum ini ahli politik UMNO seperti Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Kapten (B) Datuk Zahar Ibrahim dari Petaling Jaya Selatan berani melompat parti. 20 daripada 28 Adun menghadiri mesyuarat tergempar yang tamat pada 11 malam . 8 Adun yang tidak hadir sedang berada di luar negara.

Nasarudin tewas dalam pertandingan jawatan Ketua Umno Bahagian Parit kepada penyandang ,Datuk Mohd Zaim Abu Hassan pada pemilihan UMNO pada Oktober 2008 dan antara punca lompat kilas beliau.

Tahun 2008 ,Nasarudin menewaskan calon PKR, Kapten (B) Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi. Nasarudin dari Umno memperoleh 6,556 undi. Nasaruddin dipindahkan dari parlimen Parit ke DUN Bota bagi meredakan kemarahan penyokong UMNO. Nama bekas guru, Datuk Che Ri Daud, mantan Adun Bota digugurkan disaat-saat akhir. Dikatakan penduduk Lambor Kanan, Teluk Bedayung, Kampung Tua Batu 16 dan Rimba Raja mengundi pembangkang sebagai protes terhadap tindakan Umno Bahagian Parit membelakangkan calon mereka dari Kgampung Tua Batu 16 . Di Belanja calon BN Mohd Zaim Abu Hassan dapat 5,479 undi manakala Muhammad Ismi Mat Talib dari parti PAS 3,592 undi iaitu majoriti 1,887 .

Parit , Bota, Tanjung Belanja bukanlah kubu kuat UMNO / Perikatan atau Barisan Nasional kerana pernah kalah kepada PAS dalam pilihan raya 1969 dan 1999. Pada 1969 , Hashim Gera dari PAS menang di Parit menewaskan Dato Husein Nordin tetapi kemudian menyertai UMNO / Perikatan dan menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO .Pada 1999, Datuk Seri Megat Junid Megat Ayob kalah mengejut kepada calon PAS , Ustaz Mat Bashir Rahmat setelah dipindahkan dari Pasir Salak ke Parit akibat undi protes - 'orang luar'. Tahun 2004,Nasaruddin Hashim menang dengan majoriti 4,696 undi menewaskan Muhammad Ismi Mat Taib dari PAS. Pada 1995 ,Ainon Khariyah Mohd Abas dari BN/UMNO menewaskan wartawan veteran Subky Latif (PAS) dengan majoriti 7,573. Pada 2008, kerusi Parlimen Parit calon BN Ustaz Mohd Nizar Zakaria dapat 12,399 undi menewaskan calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad 9,526 undi iaitu majoriti 2,873. Datuk Nasharuddin Alang Saidin pernah menjadi ahli Parlimen Parit.

Perak kini diterajui Pakatan Rakyat dengan menguasai 31 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala Barisan Nasional (BN) pula 28 kerusi. Maka Pakatan Rakyat negeri Perak yang dianggota DAP, PAS dan PKR mempunyai 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala BN 27 kerusi iaitu 26 UMNO dan satu MCA.

Menyertai semula UMNO[sunting | sunting sumber]

Nasarudin Hashim menyetai semula UMNO setelah dipujuk rakan-rakan dan pemimpin UMNO seperti Datuk Seri Najib Tun Razak. Ekorannya 3 Adun menjadi ahli Bebas dan krisis politik Perak berlaku.

Rujukan[sunting | sunting sumber]