Nashrudin Elias

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nash Lefthanded
Nash - Nash '92 - (1992).jpg
Album solo pertama Nash
Latar belakang
Nama lahirJamaluddin bin Hj Elias
Juga dikenali sebagai
Dato' Nash
Kelahiran (1959-10-04) 4 Oktober 1959 (umur 60)
Muar, Johor
Berasal dariMalaysia
GenreRock , Balada , Pop Etnik
PekerjaanPenyanyi/Pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif1979 - sekarang
Kegiatan berkaitan
Lefthanded, Kumpulan Step Closer

Datuk Nashrudin Elias (lahir 4 Oktober 1959)[1] atau lebih dikenali sebagai Nash adalah seorang penyanyi rock yang popular di Malaysia. Beliau merupakan bekas vokalis bagi Kumpulan Step Closer dan Kumpulan Lefthanded. Datuk Nash telah dianugerahkan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.N.M), dari Kerajaan Naning, yang membawa gelaran Datuk, Beliau menerima Darjah Kebesaran sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Orang Kaya Seri Raja Merah Datuk Undang Naning ke-21 di Melaka pada 8 Mei 2014.

Pembabitan awal dalam bidang muzik[sunting | sunting sumber]

Memulakan kariernya sebagai penyanyi bersama kumpulan Lefthanded yang ditubuhkan pada tahun 1979. Nash sempat menghasilkan empat buah album bersama Lefthanded sebelum mengundurkan diri pada tahun 1990.

Kerjaya solo[sunting | sunting sumber]

Datuk Nash kemudiannya meneruskan kerjaya sebagai penyanyi solo. Album solo pertamanya berjudul Nash memuatkan lagu Pada Syurga Di Wajahmu meletup di pasaran pada tahun 1992 dan mengangkat nama beliau sebagai pemenang Juara Lagu 1992.

Pada tahun berikutnya album solo kedua menyusul dengan judul Nash 1993 menampilkan lagu Zahir Tak Terucap. Menarik tentang Datuk Nash, beliau bukan saja merupakan lagenda rock tanah air malah turut berkebolehan menyanyikan lagu-lagu berirama tradisional seperti asli dan zapin. Antara lagu tradisional yang pernah dinyanyikan beliau ialah Asli, Ya Maulana dan Masa.

Beliau menghasilkan satu lagi album solo pada tahun 1994.

Reunion bersama Lefthanded[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1998 Datuk Nash kembali menjadi vokalis Lefthanded dan menghasilkan dua lagi album.

Tahun 2003 merupakan tahun di mana Datuk Nash dan Lefhanded mengadakan reunion dan bergerak aktif semula dalam menjayakan konsert di mana-mana. Datuk Nash pula selalu membuat persembahan secara solo di seluruh negara. Ini membuktikan bahawa Datuk Nash merupakan seorang lagenda rock yang diminati ramai. Datuk Nash dan Lefthanded kini dilihat agak kerap membuat konsert bersama kumpulan MAY yang mempunyai vokalis yang amat mantap vokalnya iaitu Mus.

Bidang lakonan[sunting | sunting sumber]

Datuk Nash juga turut mencuba bakat dalam bidang lakonan. Sebagai permulaan beliau muncul sebagai pelakon undangan dalam filem Rozana Cinta '87, pada Kemudian beliau membintangi filem Memori pada tahun 1991, memegang watak sebagai Helmi. Beliau juga pernah berlakon dalam drama Si Gagah arahan Harun Salim Bachik. Pada tahun 2012, beliau muncul dalam filem Aku, Kau dan Dia bersama Remy Ishak menjadi penjual kedai alat muzik. Beliau pernah berlakon dalam drama bersiri Tanah Kubur dalam episod "Anak Angkat" bersama Nasir Bilal Khan. Beliau juga berlakon dalam drama bersiri Roda-Roda Kuala Lumpur memegang watak sebagai Sarjan Malik.

Pada tahun 2005 beliau muncul sebagai undangan dalam filem Rock.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah berkahwin dengan Hayati Mohd Yusuf dan mempunyai empat orang anak iaitu Fareena Nasha (sudah berumahtangga dan mempunyai dua anak), Najeeha Nasha, Mohamed Shameer Nasha dan Jasmen Hanis Nasha. Bagaimanapun jodoh mereka tidak panjang apabila berpisah pada tahun 1998.

Pada 16 November 2006 beliau berkahwin dengan Sosilawati Lawiya, seorang pengusaha produk kecantikan terkenal tetapi berpisah pada 2009.

Beliau juga merupakan bekas YDP PIBG Sekolah Menengah Seksyen 7, Shah Alam.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Bersama Lefthanded[sunting | sunting sumber]

  1. Battle Of The Bands 1 - Pelbagai Artis (1986)
  2. Battle Of The Bands 2 - Pelbagai Artis (1986)
  3. Keadilan (1986)
  4. Seruan (1987)
  5. Qabul (1988)
  6. Evolusi (1989)
  7. Dimensi Baru (1998)
  8. Syurga & Neraka (1999)
  9. Live & Unplugged at Planet Hollywood '06 (2006)

Album solo[sunting | sunting sumber]

  1. Nash (1992)
  2. Nash 1993 (1993)
  3. Asli (1994)
  4. Pilihan Terbaik Nash (1997) - kompilasi

Nash (1992)[sunting | sunting sumber]

  1. Pada Syurga Di Wajahmu 
  2. Menanti 
  3. Di Tempat Ini 
  4. Ilusi Mungkin Realiti 
  5. Rohana 
  6. Masa 
  7. Apa Yang Dicari 
  8. Alang Kepalang 
  9. Belantara Stagnan
  10. Mahligai 

Nash 1993 (1993)[sunting | sunting sumber]

01.Zahir Tak Terucap ( Din/Saari Amri Music Factory Sdn Bhd BMG Music Publishing Sdn Bhd)

02.Ya Maulana ( Jay Jay/S.Amin Shahab Dunia Muzik WEA/Luncai Emas)

03.Warkah Terakhir ( Ramli Sarip Dunia Muzik WEA)

04.Segitiga Bermuda ( Pat Pustaka Muzik EMI Sdn Bhd)

05.Nur Hidayah ( Nash/Azam Dungun Dunia Muzik WEA/Luncai Emas)

01.Juvana ( Pak Pandir Pustaka Muzik EMI Sdn Bhd)

02.Tak Mungkin Terjadi ( Ramli Sarip/S.Amin Shahab Dunia Muzik WEA/Luncai Emas)

03.Selamat Pagi Dunia ( Ramli Sarip Dunia Muzik WEA)

04.Kalut ( Jay Jay/Nash Dunia Muzik WEA)

05.Tiada Lagi Kidungmu[duet Shanty Rein] ( Arie Wibowo)

Asli (1994)[sunting | sunting sumber]

01.Asli ( Awang BPR/S. Amin Shahab)

02.1 + 1 = ? (Belum Tentu Dua) ( Jay Jay/Nurbisa)

03.Rindu Yang Sangsi ( M. Nasir/Keon)

04.Jaringan Api ( Jay Jay/Rosli Ali)

05.Suara Terindah ( Saari Amri)

06.Benarkah Kekasih ( Jay Jay/S. Amin Shahab)

07.Bellarinea ( L.Y/Baiduri)

08.Intipati Hidup ( Jay Jay/Azam Dungun)

09.Kicau ( Yusri/Azam Dungun)

10.Kemuncak Khayalan ( M. Nasir/Nurbisa)

Pilihan Terbaik Nash (1997)[sunting | sunting sumber]

  1. Pada Syurga Di Wajahmu *4.53
    Lagu : Fauzi Marzuki
    Lirik : Bob
  2. Alang Kepalang *3.57
    Lagu & Lirik : Mohd Khair Mohd Yassin
  3. Khursani (lagu baru) *3.50
    Lagu : Jay Jay
    Lirik : Rosli Ali
  4. Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi *4.34
    ** bersama Lefthanded
    Lagu : Ramli Sarip
    Lirik : S. Amin Shahab
  5. Juvana *6.15
    Lagu & Lirik : Pak Pandir
  6. 1+1 (Belum Tentu Dua) *5.06
    Lagu : Jay Jay
    Lirik : Nurbisa II
  7. Ku Di Halaman Rindu *5.20
    ** bersama Lefthanded
    Lagu : Ramli Sarip
    Lirik : S. Amin Shahab
  8. Kemuncak Khayalan *5.40
    Lagu : M.Nasir
    Lirik : Nurbisa II
  9. Carina (lagu baru) *4.12
    Lagu : Tichiro
    Lirik : Habsah Hassan
  10. Bellarinea *5.19
    Lagu : LY
    Lirik : Baiduri
  11. Mahligai *4.13
    Lagu : Jay Jay
    Lirik : Azam Dungun
  12. Tiada Lagi Kidungmu *3.43
    Lagu & Lirik : Arie Wibowo

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

  1. 3 Dimensi Pop Rock Lelaki Terbaik (2001)
  2. Semangat Zaman (2005)
  3. Semangat Zaman 2 (2006)
  4. Memori hits Nash (2009)

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.N.M), yang membawa gelaran Datuk dari Kerajaan Naning, pada 8 Mei 2014.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]