Nasi Lemak 1Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Nasi Lemak 1Malaysia merupakan pertandingan memasak di Dataran Merdeka pada 13-14 Mac 2010. Ia dianjurkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Datuk Mohammed Mohd Daud menyatakan pertandingan itu terbahagi kepada dua - kategori A dan B. Kategori A untuk peserta yang bekerja sebagai chef. Kategori B pula terbuka untuk semua individu. Johan kategori A mendapat wang tunai RM20,000. Johan kategori B mendapat RM10,000. Pemenang bagi Nasi Lemak 1Malaysia akan dipilih daripada kedua-dua kategori ini. Bayaran penyertaan kategori A iaitu RM1,000 sementara kategori B ialah RM200.

Maklumat lanjut boleh didapati daripada laman web http://nasilemak1malaysia.webs.com/ ataupun menghubungi Pejabat Sekretariat di talian 03-42936678.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]