Nasi dagang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Nasi dagang Terengganu.

Nasi dagang (Jawi: ناسي داڬڠ) merupakan hidangan tempatan istimewa yang terkenal dalam kalangan orang Melayu seberapa tempat serata ia tersebar utama di Pantai Timur Malaysia khususnya di Terengganu dan Kelantan namun ia juga boleh didapati di rantau selatan Thailand (merangkumi Pattani, Yala dan Narathiwat)

Jenis[sunting | sunting sumber]

Nasi dagang Kelantan[sunting | sunting sumber]

Nasi dagang Kelantan biasanya bewarna perang kerana menggunakan beras berbeza dikenali sebagai 'beras dagang'.

Nasi dagang Terengganu[sunting | sunting sumber]

Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan aya hitam (ikan tongkol) saiz besar yang dipotong=potong. Selain itu acar timun juga disediakan.

Nasi dagang dikatakan dikenali sedemikian kerana, hanya mempunyai satu lauk (tanpa acar timunnya). Mudah, bagaikan mereka yang dalam perdagangan tanpa penyediaan lauk-pauk yang banyak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.