Nasi goreng USA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Untuk kegunaan lain, sila lihat Nasi goreng Amerika.
Nasi goreng USA

Nasi goreng USA ialah salah satu masakan Malaysia yang terkenal dan mudah didapati di warung-warung dan restoran Melayu yang menjual secara à la carte. Nasi goreng USA adalah salah satu jenis variasi atau kepelbagaian menu nasi goreng yang boleh didapati di Malaysia.

Nasi goreng USA singkatan kepada Nasi goreng udang, sotong dan ayam. Penggunaan "USA" adalah merujuk kepada bahan yang digunakan iaitu udang, sotong dan ayam. Walaupun penggunaan istilah "USA", makanan ini tidak mempunyai asal-usul dari negara USA.

Walau bagaimanapun, ramai tukang masak yang menyalah tafsir USA itu sehingga memperkenalkan nasi goreng tersendiri iaitu nasi goreng, sedikit lauk (sama ada ayam, atau daging) dengan telur goreng.

Jenis masakan[sunting | sunting sumber]

Jelas pada menunya, bahan asas untuk masakan ini ialah kepada penggunaan nasi goreng. Lazimnya, nasi goreng tersebut hanyalah mempunyai ramuan lazim iaitu perencah utama seperti bawang, pes rencah dan sedikit sayuran. Walau bagaimanapun, penggunaan udang, sotong dan ayam dalam hidangan yang membezakan nasi goreng ini dengan nasi goreng yang lain.

Kepelbagaian jenis nasi goreng ini bergantung kepada tukang masak itu sendiri.

Hidangan[sunting | sunting sumber]

Nasi goreng USA secara lazimnya dihidang bersama hirisan timun dan telur goreng. Terdapat juga yang dihidangkan bersama beberapa racik daun selada, hirisan tomato ataupun keropok, bersama sos atau sambal. Ada juga yang meletakkan sup sebagai sampingan yang lazimnya dikaitkan dengan nasi ayam.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]