Nasi kucing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nasi kucing dengan langgi

Nasi kucing atau "segå kucing" dalam bahasa Jawa bukanlah suatu menu tertentu (nasi yang dimakan kucing) tetapi lebih pada cara menghidangkan nasi bungkus yang banyak ditemukan pada warung angkringan. Dinamai "nasi kucing" kerana dihidangkan dalam hidangan yang (sangat) sedikit, seperti menu untuk makan kucing. Ini adalah sejenis nasi rames, dengan berjenis-berjenis menu: tempe kering, ikan bilis goreng, sambal goreng, perut lembu, ikan susu, dan lain-lain lagi. Nasi yang dihidangkan adalah nasi biasa ataupun nasi gurih (nasi uduk).

Nasi kucing dikenali di berbagai-bagai tempat di Jawa Tengah dan Yogyakarta dan popular di kalangan mahasiswa. Harga untuk sebungkus nasi kucing pada masa ini Rp 500, dengan pilihan isi nasi serta sambal dan ikan bilis, atau nasi serta tumis tempe/ kacang panjang, manakala untuk gorengan seperti tempe tepung ataupun tauhu, harganya Rp 300 sebungkus. Terdapat lauk yang khas yang dikenali sebagai ceker yang merupakan olahan kaki ayam dan yang berharga Rp 500.